'Dasat tul'... itulah ayat yang diberikan sahabat saya Ara pada message di handphone.. :D Actually saya beritahu padanya yang saya akan ke Balad pula pagi tu (semalam) walaupun penat2 program family day masih terasa dan pada petangnya pula saya dan ara, awah, ain dan nazirah akan ke madrosah Hasaad At-Tarbawi bagi mengikuti program khusus wanita (berkenaan al-Quds)!
Hubby bagitahu saya seawal khamis lalu lagi yang Ust Mahyuddin ajak ke Balad sabtunya tu.. nak cari sedikit barang2 dan hadiah buat isteri tercintanya di Malaysia.. hubby kata dah janji kan..kenalah tepati.. saya pun memang dah lama juga tak ke Balad.. ada sesuatu yang nak dicari juga. selain hubby pun nak cari bahan2 tesisnya dan bahan bacaan harian. Lagipun Ust Mahyuddin pn dah macam adik kami, selalu juga ajak kami untuk temankannya membeli-belah. ;) boleh bagi cadangan atau pilih barang yang sesuai.. hihiii. Dia pun dah banyak bantu kami.. apalah salahnya tolong dia pulak.. :)
Bergerak dari sweileh kul 9.45am menaiki bas ke duar dakhiliyyah untuk ke ATM Machine HSBC. Then naik teksi terus ke Balad. Bermulalah pencarian kami di sana.. hehe.. macam suspen je ayat.. haha. Dapatlah saya satu buku Arab Cooking yang dah lama minta hubby carikan.. thanks abg..! :) dan juga buku pembacaan harian saya Hard Times (translation arab - English). alhamdulillah..
arab cooking step by step..lebanese taste.. susah nk cari yg versi english, selalunya dr lebanon lh ada versi ni..
Mahyuddin pun dah dapat apa yang beliau nak cari untuk zaujahnya dan buah tangan untuk keluarga di Malaysia. Kami yang dari tadi menahan perut asyik berbunyi keroncongnya, menuju ke Mat'am Qaherah untuk lunch.. Hubby belikan khabsah! saya dan mahyuddin amik yang dajjaj dan hubby amik laham.. uwais dapat nus dajjaj masywi..(banyak tu.. bawak balik, safari!) alhamdulillah... lega sikit.. kami teruskan perjalanan mencari kasut dan saya memujuk uwais yang tengah kepanasan dan mengantuk, menuju ke lorong berdekatan (banyak kedai mainan) uwais nampak satu kereta racing warna biru..dipeluknya..saya tanya 'ammu kedai berapa harganya.. belikanlah untuk uwais sbb nak pujuk (sebabnya nanti saya terpaksa tinggalkan dia bersama abinya untuk ke program petangnya)
pencarian last, hubby mencari buku2nya lagi di maktabah Dandis pula.. ada burung yang pandai bercakap! Ara yang bagitahu saya namanya burung tiong (tp besar lak) ara pernnah ke situ dan borak2 dengan burung tu..hihii.. Uwais pun terus diam dan kembali gelak dan suka tengok burung tu.. saya tengok jam dah pukul 2 lebih.. yaallah, dah lewat ni..dah janji dengan kawan2 kumpul kul 3pm di rumah saya untuk ke program tu. hubby cepat2 bayar dan mahyuddin tahan teksi. alhamdulillah sempat sampai ke rumah kul 3pm!! kawan2 pn tak tiba lagi.. bersihkan diri, solat, bagi susu uwais, salam dan cum hubby dan uwais, terus bergerak. maaf kawan2 atas kelewatan sikit.. (dah cuba tak nak lewat..huhu)
Uwais ternampak Hanin masa tu, sukalah dia..tapi 'mengamuk' bila saya tak bawanya..hubby call bagtau dia masih nangis.. saya kata insyaallah sekejap je tu dia nangis..selalunya macam tu jugalah bila abinya tinggalkannya.. ;) alhamdulillah bila saya call balik, hubby kata dia dah senyap..x nak tido main je dgn keretanya.. terima kasih banyak2 abg sudi jagakan uwais sebentar dan amat2 bertolak-ansur! love u!! :)
Program ni bertiket 1.5 JOD seorang dan memberi khidmat penghantaran percuma pergi dan balik menaiki bas sekolah tersebut dari jami' jami'ah Urduniyyah.. dalam program al-quds tu, yang dinanti-nantikan adalah ingin berjumpa dengan ulama terkenal di Jordan, Dr Solah Al-Kholidi.. dan akhirnya impian tu tercapai.. ceramah beliau saya recordkan..nak bg hubby dgr lak..dan terjemahkan untuk saya..saya tak dapat faham semuanya sebab bahasa arab yang masih bertatih ni.. ada faham sikit2 je..huhu.. sessi sebelum tu adalah nyanyian nasyid islami dan sajak oleh kumpulan wanita Janean. Habis saja ceramah Dr Solah, nyanyian , sajak dan slideshow ambil tempat hingga akhir program.. ucapan Takbir tiap kali habis setiap sessi.
Banyak sungguh perbandingan budaya antara kita dan mereka.. Kami rasakan budaya mereka banyak kepada berhibur walau ianya adalah satu majlis keislamian.. pasti ada tarian dan kami sempat melihat beberapa nyanyian tarian (boleh buat erobik ni tarian begitu) hihii. sekurang2nya dapat juga pengalaman melihat budaya orang arab ni.. memang jauh berbeza lah! Unik dan menarik juga! yang cuma kami pelik sedikit.. lepas2 tarian tu pun terus takbir! itulah budaya mereka..nak kena kenal..
Penat..memang penat tul!! balik tu belikan ais krim buat hubby dan anakanda uwais! :)
2 comments:
lepas tuh hantarkan daging ke rumah ude pn nangis ye uwais ye.. nampak aiskrim ude.. hihihi..
**ps.. ain tdo pun sampai termimpi2kan palestin.. yang yahudi yang jahat itu... huhu.. kuat betul kesan program semalam..
tulah... sape suruh ude bg uwais jamah ais krim coklat petra ude.. ha, kan dh nangis ude x bg sume.. kih2x..
uih.. smpai mimpi2..umi x sempat mimpi ape..nyenyak sungguh tido dek terlampau keletihan x berehat2.. hihii
Post a Comment