Saturday, May 23, 2009

:: Family Day & AGM PPMAj ::

Assalamu'alaikum wrt..

Program yang dinanti2..
Jumaat, 22 HB MEI 2009



Alhamdulillah.. selesai sudah program Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung PPMAj buat julung kalinya diadakan dalam satu waktu.. program ini dijalankan di Dibeen Forest, Jerash, Amman. Lebih kurang 1 jam jarak masa diambil dari sweileh ke sana..

berkumpul menunggu bas tiba..


Kami bertolak agak lewat sedikit dari waktu perancangan.. biasalah.. manusia hanya mampu merancang, Allah jua menetapkan segala-galanya.. kami tiba di sana lebih kurang pukul 8 ++am.. Berkumpul dan prepare untuk tempat melaksanakn program.. saya lihat, hutan simpan ni amat menarik.. (tapi taklah seperti hutan Malaysia..tebal dengan pokok2 dan diindahkan dengan air sungai yang mengalir).. mungkin itulah yang menjadi tarikannya.. sesuai untuk riadah dan santai buat yang berkeluarga.. :)

Program dimulakan dengan bacaan pembukaan dan doa oleh pengerusi majlis, Ust mahyuddin, dan Ucapan dasar Pengarah Program, Ust Shahrul dan sedikit tazkirah yang penuh bermakna oleh Ust syed Hilmi. Seterusnya ucapan perasmian majlis oleh Ust Nuh. Pengarah program bersedia memberi taklimat tentang perjalanan majlis dan aktiviti2 yang akan dijalankan.

Aktiviti-aktiviti dimulakan dengan 5 games yang dijayakan oleh 4 Kumpulan. saya dalam kumpulan 4 (akhawat) satu group je sebabnya bilangan kami yang sedikit..huhu.. dan my hubby dalam kumpulan 3 bersama Ust Muhaimin, Ust Mus'ab, Ust Nuh, Ust Abdullah dan Ust Muhammad.

Permainan2:
1) Isi air dalam botol (kain-pinggan-kertas A4-span-botol) - pemenang kump 4 :D

2) Baling belon berair & Jarak - pemenang kump 1

3) Makan, Cari & Susun - pemenang kump 4 juga :D
uwais kepanasan tika ummi dan kawan2nya sedang mencari jawapan silangkata dan susun ayat..huhu

4) Draw & Guess - pemenang kump 3

cuba teka jawapan yg dilukis oleh Pn Ain..

5) Iron Chef Amman - pemenang kump 3 jugak

juara masakan iron chef Amman..kicap sume depa bedal..x aci sungguh..:p

Dan juara keseluruhannya.. kami adalah juara!! kih3x..alhamdulillah..akhawat telah mengalahkan kump2 akhawan dengan markah keseluruhan 38 markah! syabas teman2ku..hihii

carta markah setiap kumpulan!

Then lepas solat jumaat, juri, encik Sagol mengumumkan pemenang iron chef amman dan kami lunch bersama.. makan masakan-masakan iron2 chef tadi hingga licin semuanya..hehee.. sume lah sedap ek? memang pandai2 belaka masak.. :)

Selesai makan2, sessi untuk program kedua bermula.. AGM sessi 2008/2009. Persidangan telah berlangsung di bawah pokok.. sah? sah... sapa kata illegal..? salah tu.. hihii.. (xde sapa pun kata) :p

ahli-ahli DUN (ahli2 PPMAj) telah membuat undian masing2 terhadap pilihan calon2 bagi mengisi kekosongan jawatan yang telah dilepaskan oleh para MT sessi lalu.. dan kemenangan untuk jawatan Presiden adalah Ust Ashraf Zainuddin manakala Ust Abdul Baith untuk jawatan Timbalan Presiden. Timb. Pres. 2 pula masih kekal dipegang oleh ustzh Nazirah dan setiausaha oleh Ust Syed Usamah (kekal pegang). Manakala bendahari oleh Ust Muhammad (juga kekal pegang). {erm.. macam laporan program lak.. maklum..sokmo dulu2 buat kerja s.u huhu.. :p}

Program akhir adalah aktiviti ber'BBQ' : ayam, Kambing dan ikan! laziz.. dah dekat maghrib kami mula menjamahnya.. yang tak abis, kami bawa bungkus dan bawa pulang untuk dibahagi-bahagikan setiap rumah ahli. alhamdulillah..rezeki Allah.. Tuan Pengarah MSD bersama zaujah dan 4 anak2nya sudi datang memeriahkan program kami ketika bakar BBQ.

Hari pun dah semakin gelap, kami mula mengemas barang2 dan pulang ke Sweileh selepas solat maghrib di Jami' baru berdekatan hutan tersebut.

Alhamdulillah..walaupun masing2 penat, tapi yang pasti ianya terpahat diingatan sebagai kenangan merapatkan ukhuwwah sesama ahli... syabas buat ajk2 terlibat.. moga program2 akan datang merapatkan lagi ukhuwwah antara kita..
Bergerak Bersama, Bermanfaat dan Bermakna : Unity in Diversity, Bersatu dalam Kepelbagaian. InsyaAllah... :) (ayat yg terlintas difikiran saja..hehee)

ok, masa untuk berehat! silalah tengok2 antara gambar2 yang sempat diambil.. :
(masih kepenatan kerana hari ini (sabtu) full juga program utk diri sendiri dan Bayt Amzar ;))

Sebelum bertolak.. berkumpul dirumah kami.. tengah tunggu bas datang..

En dan mak encik Juri sedang merasa masakan chef2 sweileh

ni..? anak sapa ni.. rajin betul menulis.. bijak2... sampai abis dakwat marker! huhu

4 'jejaka'.. opps!! sori ye.. dah berpunya.. actually 4 'bapa penyayang'.. (ni geng kump 3)


juara pemakai kasut wanita dewasa dimenangi oleh haninkuhai.. hoho

anak sapalah dua orang ni... banyak betul tulis tu.. pandai dah rupanya menulis.. ;)


nape kakak Hanin..ada habuk masuk mata ke..?

Ara dah nak masuk 4 anaknya..???

khusyuk mendengar taklimat


i like this!! :D tp..dimana anak terunaku Uwais?? ooo.. tidur rupanya..

kawasan perkampungan seharian kami.. :)

Dewan PPMAj sedang bersidang bawah pokok.. tiada yang tak sah melainkan sah belaka.. (legal) !! hehe

Kepenatan dan Mengantuk.. terlelap sudah... Tuan Pengarah sporting jer.. hehee..


Juara Iron Chef Amman.. (ehem, abg masih ada hutang dengan ummi ye.. apa ye..? ;)

anak-anak yang super ceria dan rajin membantu...



* Ceritanya dengan detail boleh tengok di link PPMAj @ Ain @ teman2 blogger sweileh yang lain.. :)

2 comments:

Ain Allen said...

uish.. terus link ni.. haha.. ok2.. gambaq pulak takdak.. takpe2.. gambaq ain banyak kat blog kak ayu. haha.

Unknown said...

hihii.. takpe..kira kita kongsi2 ceritalah ni.. syukran.. :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”