Thursday, May 7, 2009

:: TIAP HARI PUN HARI IBU ::

assalamu'alaikum wrt...

Hari Ibu.. Dunia raikan pada 10 Mei setiap tahun.. tapi bagi saya tiap hari pun adalah hari ibu.. Dalam Islam sendiri, kita diajar supaya mendoakan ibu bapa kita, taati dan menjaga mereka selagi mana mereka masih hidup di dunia. Sentiasa ingat pada mereka sudah menjadi satu penghargaan yang amat bermakna buat mereka. Atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan demi melihat kita berjaya dunia akhirat! InsyaAllah..

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

entry di bawah ni saya ambil dari email yang dikirimkn oleh seorang kawan saya..

********************************************

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak

Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak



Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak


Bila takut, yang tenangkan aku.....
mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak


Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak


Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak



Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak

Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....



Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak



Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....
emakku



Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

9 comments:

shoutulnisa said...

salam..kak ayu..sedihnyer coretan ni..sayangggggg mak....hargailah ibu kita selagi dia masih ada,,
kak ayu,akma nak cipy leh x?nak letak kat blog ,agar dapat semua membacanya

shoutulnisa said...

kak ayu,leh x akma nak copy artikel ni,nak letak kat blog gak,agar kita semua menghargai ibubapa kita.sygggg maaaaaaaaak..

p/s: selamat hari ibu buat kak ayu nati..moga2 kak ayu berjaya menjadi ibu yang baik

Unknown said...

salam...

I love my mom...

ربي اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربغوني صغيرا..

(betul ke tu?) huhu..

semoga ummu dan abu uwais serta uwais diberkati Allah...

wassalam

Ilyana Ar Razi said...

selamat hari ibu duhai sahabat!

Unknown said...

salam ummu uwais, selamat hari ibu :) nak minta izin nak copy paste article ni dlm blog saya boleh?

Unknown said...

happy mother's day.. semoga menjadi umi yang solehah & layan jer kerenah abi dan uwais ye.. :)

ummu uwais said...

salam semua:
1) akma: silakanlah.. panjang2kan lah note ni.. moga bermanfaat bersama.. :)syukran atas ucapan.. insyaallah, amiin!

2) Ba'ith:
wslm
we are also love our moms.. LOVE them always.. :)betul tu cuma ada salah eja sikit pada ..'rabbayani soghira..' bukan rabbighuni ;)
syukran atas doa'nya.. :)

3) K.Yana:
selamat HARI IBU juga kakak dan sahabat! :) sama - sama kita berusaha jadi ibu terbaik buat anak-anak kita amiin.. :)

4) Ummu Ameer:
wslm ummu Ameer, sila-sila.. ahleen..saya dapat pun dari kawan saya.. panjang2kanlah.. syukran.:)

5) abu uwais dan Uwais:
syukran sayang umi berdua.. bantu dan tunjuk umi selalu dalam capai impian tu.. i try do the best i can.. :) kadang-kadang bila ada 'kerenah2' tu lah buat umi lebih sabar dan tabah, untuk jadi ibu yang baik kan.. ;)

love u all always.. :)

p/s: abi, minta tukar nama bila memberi comment di entry umi ye..hii sbb comment abi sgt berharga..susah nk tgk abi selalu tglkan 'jejak' di sini.. hihii

INSPIRASIHANA said...

assalamualaikum ayu..hana selalu gak jenguk blog ayu..tambahkan ler link blog hana dalam blog ayu ye..http://inspirasihana.blogspot.com dan http://hannakids.blogspot.com ...boleh kita selalu bertukar pendapat...selamat hari ibu

Unknown said...

salam hana, syukran atas kunjungan selalu.. :)

actually ada sedikit loss link2 ayu tu, tu yg ada yang takde..tak dapat cari semua semula.. ni hana dah bagi,ayu dah masukkan semula..ok, ayu masukkan dah link hana..

insyaAllah..
slmt hari ibu juga..!!:)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”