Thursday, May 14, 2009

:: Catatan Buat Uwais ::

Assalamu'alaikum wrt..

Alhamdulillah... Uwais kini hampir memasuki usianya setahun 5 bulan.. dan bertambahnya usianya ini juga bertambahlah juga ragam, aksi, karenah dan segala pertumbuhan dan perkembangan dirinyalah.


aksi manja-manja dan sayang uwais


Dari segi fizikalnya, saya dapat lihat tingginya sudah melebihi sedikit dari kakak Haninnya. Berat badan pun dah semakin bertambah walaupun taklah sebanyak mana..tapi sekurang-kurangnya ada juga penambahannya :) Uwais dah semakin ligat melakukan aktiviti memanjatnya untuk mencapai barang2 yang tinggi dan di atas meja. lagi2 meja makan..habis tumpah semuanya.. dah disorok kerusi dan kereta mainannya, panjat pula dengan kaki berpaut di besi pemanas rumah..huhu. sekarang saya alihkan sikit meja tu jauh dari besi tu.. :)

akhirnya.. dapat juga capai!

kakinya juga nampak lebih kuat berbanding sebelum ni.. uwais dah boleh berjalan sambil menjengkit jari-jemari kedua belah kakinya dengan laju. relax je dia.. berat tubuh dan bahagian bawah masih seimbang..

dari segi pertuturan dan komunikasi juga sudah bertambah maju.. ada-ada saja mulutnya mengomel itu ini..walaupun tak tahu apa yang dingomelkan. cuma adalah sikit2 kekadang perkataan yang boleh dia sebut dan secara spontan menyebutnya lepas dengar kami bercakap.

Macam hari semalam, sedang saya memasak di dapur, saya menjenguklah Uwais dan Hanin, lihat apa yang mereka tengah buat sebabnya dengar suasana tenang je, tiada dengar menangis. Rupa-rupanya uwais dan hanin sedang khusyuk menonton lagu selingan di channel spacetoon arabic sambil berborak-borak sesama mereka. si uwais tunjuk2 di tv sambil mulut bersuara dan dibalas oleh si hanin dengan aksi yang sama sambil bersuara juga dan kepala angguk-angguk. agak-agaknya uwais tanya best kan lagu ni? hanin pun balas ha'ah best lagu ni.. haha saya yang lihat terasa bahagia dan seronok dapat aksi mereka berbaik macam tu :D

beraksi depan ummi..

masa saya solat zohor berdekatan mereka, sedikit ganggu solat saya bila uwais dan hanin tengah berborak sesama mereka lagi.. si uwais sungguh2 tunjukkan di tapak tangannya pada hanin..tak tahulah apa yang nak ditunjuknya.. erm, susah juga sebenarnya nak lihat mereka duduk elok2, sama2 sambil tgk tv! kalau tak, jika main bersama, sekejap lepas tu, mesti ada yang menangis! sapa lagi selalunya haninlah yang juara nangis! hehee.. girl.. ;) anak-anak biasalah.. mereka dah kenal barang mereka, jadi kadang2 susah nak bg kawan main kejap.. saya selalu kata pada uwais, bagilah hanin main dulu..hanin nak pinjam je..main sama-sama.. (walaupun tika ini dia masih belum faham sgt) tapi alhamdulillah lah hanin nangis tak lama.

jika saya mahu solat, uwais pun cepat2 ambilkan telekung dan sejadah kami, dan tepuk tangan tanda "laqod najahtu!" bila dapat buat sesuatu :D. tika kami solat berjemaah, dia pun sibuk-sibuk juga solat bersama dan menonggeng2 (tanda sujud) di hadapan kami. haha..comel! seusai solat, uwais terus hulurkan tangan nak salam dengan kami dan bila berdoa, dia turut ikut sama. Bila abis doa, cepat2 uwais ambil sejadah nak simpan semula ditempatnya (walaupun nak lipat, tapi tak jadi) dan tepuk tangan lagi.. :) saya kata 'syukran uwais.. syathir! '

Teringat pula kisah k.Ina Sweileh tentang postingnya 'hati ibu' perihal kisah abg faheem menari arab di sekolahnya dalam satu haflah. benarlah hati seorang ibu tu amat tersentuh, akan rasa gembira, bahagia, teruja dan terharu apabila melihat anak yang selama ini dijaga dan dididik membangun dengan baik. saya beberapa hari ni dapat melihat uwais mula menggoyangkan badannya bila mendengar lagu..lagi-lagi bila lagu yang saya nyanyikan untuknya.. lagu 'ABC'. tangannya bertepuk tangan sambil badan bergoyang ke kiri ke kanan. :D comel! sebabnya sebelum2 ni, uwais cam statik je bila dengar apa-apa lagu, tak macam kakak susuannya, Hanin. rupanya baru sekarang nak tunjuk pada ummi dan abinya .. ;) satu perkembangan fizikal mental buat uwais jugalah tu...

Semalam masa saya dan kawan-kawan tengah bererobik, uwais bermain telefon mainannya. Tetiba keluar jeritan suaranya memanggil 'Abi!' selalunya dia cuma akan panggil abah! seolah2 sedang menelefon abinya.. kami yang dengar, terkejut jugalah.. dan saya, pastinya gembira :) susah nak dengar uwais panggil abinya, masih belum boleh sebut barangkali..tapi panggil ummi tu, alhamdulillah dah boleh dah, banyak kali pun. hehe

dan akibat aktifnya uwais, terluka lagi pipinya buat kali kedua.. tertoreh juga dek terjatuh di sisi pintu almari baju kami.. masa tu saya tengah melangkah keluar dari bilik air dan hubby di bilik bacaannya, uwais di dalam bilik main pintu almari tutup buka.. kami terlupa kali ini nak tutup pintu bilik tu.. memang sejak ada yang pecah2, jatuh2 barang dari bilik tu, saya minta hubby pastikan tutup selalu bila dah keluar dari bilik, jangan bagi uwais dan hanin masuk.. tapi kalau dah takdirNya..

kesian anak ummi..

Bila hari-hari bersama anak sendiri, dapat melihat segala perkembangannya, segala pertumbuhannya di hadapan mata setiap saat setiap masa, saya rasa amat bahagia dan amat bersyukur kerana Allah masih memberi saya waktu untuk menikmati segala rasa ini..rasa seorang ibu yang semua orang akan impikan.. saya rasa amat bertuah bila dapat melihatnya dan menjaganya dengan tangan saya sendiri..memberinya makan dan menyediakan makanan buatnya, mendidiknya, bermain bersamanya, berbual bersamanya..kalau boleh saya berharap dapat lakukan ini semua untuk anak-anak saya hingga akhir waktu.. :)

Moga Allah terus memberi petunjuk dan HidayahNya dalam masa kami mendidik dan membimbing anak-anak kami nanti.. insyaAllah..



salam sayang dari ummi@abi..

4 comments:

ummu ammar said...

SALAM...

uwais... naper tu sampai berdarah pipi dia.. ni nak jadi hero ni yer.. abg ammar lama dah tak luka sana sini... dulu masa baya2 uwais sokmo jadi macam tu.. bila umminya ambil kat rumah ibu(pengasuh).. sokmo ibu minta maaf coz ammar dah berdarah... biasalah tu.. budak2 lelaki kan.. dahmembesar ni macam2..

Unknown said...

WSLM Ummu Ammar:

tulah..lasaknya uwais ni skrg.. ,acam2 nak di'try' nya... kna pintu almari tu..ntah macam mana dia terjatuh.. erm, ayu fahamlah pengasuh tu sbbnya ayu pun jaga anak org.. mmg gabra jg lah kalu tercedera kan.. huhu

sweileh family said...

Tengat lagi Uwais baru pandai merangkak...gaya dia mmg kelakar sangat. hehehe

Alah tertoreh pula pipi Uwais handsome. Jaga elok2.

Unknown said...

hehe.. kak ina, yg part tu mmg klakar betullah.. haha.. agaknya dia sakit utut kot kalu rangkah biasa..kih3..tu yg angkat punggung tinggi tu..yg tak tahannya lajuuu jek bergerak!

tulah.. sian dia..huhu

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”