Monday, May 11, 2009

:: KAWAN BARU/JIRAN UWAIS ::

Salam dari Uwais amzar...

Semalam saya dibawa ummi keluar rumah amik angin luar bersama aunty Ain@Ude dan mama marwah selepas ambil Hanin dari kelas. Lepas mama marwah pulang dan aunty Ain pula dah naik ke rumahnya, ummi bawa saya main lagi di lobby rumah kami.. tengok bunga2 dan abang2 arab main pistol2. abang abdul rahman jiran kami sedang bermain dengan kawan2nya.. saya nak main juga tapi ummi tak bagi sebab ummi kata saya kecik lagi.. uwais gelak jelah tengok abg2 arab main bersama.. :)

sebelum masuk rumah, saya terserempak dengan kakak Bayan dan kakak Busra ( kakak dan adik abg abdul rahman) nak balik ke rumah mereka. Rumah mereka berhadapan dengan rumah aunty Ain dan juga jiran kami, satu 'imarah. :) saya berkenalan dengan mereka, bersalaman.. amik gambar kenangan.. saya rasa segan jumpa kawan baru tapi ummi minta saya salam mereka. Kakak Busra tua 7 bulan dengan saya dan dia bermata biru. cantik ummi kata..

sebelum berpisah, kakak Busra beri salam dan ucap ma'assalah dengan tangannya letak di dahi saya.. ummi kata so sweet.. shatir busra.. kakak Busra dah boleh bercakaplah.. :D


Tingginya kakak ni..

muka yang malu-malu..

kakak Busra yang sporting

masyaAlah matanya berwarna biru, so cute!

ok, sampai sini dulu catatan uwais kali ini.. hihii.. terima kasih ummi tolong taipkan! hehe


2 comments:

Ain Allen said...

amboi.. ngorat arab ka....? :P

uwais amzar said...

kih3x.. tak ngorat.. kenen2 jer..haha..

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”