Monday, May 4, 2009

:: KELAS LUGHOH YG BEST!! ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. hari ini saya dapat menghadiri lagi kelas bahasa arab di Markaz Ilaf Al-Qurani di Dhaifiah Rasyid..belakang jami'ah Urduniyyah..



Nama ustazahnya 'Abir atau Ummu Abdullah..kata ustazah, namanya bernama haruman yang cantik.. ra`ihatul jamilah..macam bau bunga yg harum tu.. :)

Ustazahnya sangat peramah dan baik..sangat best mengajar dan alhamdulillah kami senang faham perkataannya.. (mestilah guna bahasa ringkas dan mudah sebab kami kan budak baru belajar..) heh

Hari ini masih belajar asas2 bahasa arab.. seperti ad-dhoma`ir (kata nama), adawatul istifham (tanda soal) dan jenis2 fe'el (mudhari', madhi dan 'amar). ustazah bagilah beberapa contoh pada kami dan buat sedikit exercise.. aiwa..mumtaz ..alhamdulillah katanya

Belajar asas ni buat saya, Ara, dan K.Pah recall balik apa yang dah kami pernah belajar dahulu ketika di sekolah menengah dan universiti.. alhamdulillah masih ingat.. :) ain harini tak dapat datang sebab ayah dan mak mertuanya tiba ke sini.. Ain boleh minta akk ajar smula apa yg kami belajar hari ni..hihii..

Bergambar didepan markaz ilaf


Ke kelas, saya terpaksa membawa Uwais bersama sebab abinya ada muhadarah pada tiap hari Isnin.. bila masuk kelas tadi, ustazah tegurnya keciknya pelajar dia yang sorang ni.. uwais pun salam dengannya..awal2 tu duduk baik2lah sebelah saya atas kerusinya sendiri bersama sebatang pen hitam dan kertas.. lepas 5 minit, dah mula nak turun nak main kat bawah..k.pah bgnya coklat tofulak.. erm, dah startlah aktivitinya ke sana sini..nampak dia macam dah boring cepat2 saya suakan botol susu yang saya bekalkan..diamlah juga..


tapi alhamdulillah kelas berjalan lancar walaupun diganggu oleh suara uwais mengomel dan jerit panggil abinya..huhu.. takpe, ustazah kata biarkan.. masyaAllah.. jangan marah dia.. :) hehe..ustazah yang sporting! sebelum habis kelas tu, kami baca surah al-kafirun dan ustazah buat terjemahan ayat..then kami bersurai lepas uwais mula nak didukung ajak balik..nasib baik kelas satu jam jek.. ;)

bunga kegemaran saya pun ada..hii (sempat tuh nak snap jugak! )

4 comments:

ABU LUQMAN said...

Assalamualaikum,
Satu program yang baik dan banyak memberikan manfaat. Sekurang-kurangnya apa yang kita belajar dulu bolehlah ingat sikit-sikit. Macam saya bila dah balik M'sia-nak cari orang yang boleh berkomunikasi bahasa arab pun susah tak Dulu kat Jordan bukan setakat bercakap malah bertekak dengan orang arab tu biasalah. Bukan apa salah satu cara kita nak mahirkan bahasa.

Unknown said...

wa'alaikumussalam ustaz..
betul ustaz, alhamdulillah sekurang2nya amat bermanfaat utk diri kami sementara berada di bumi urdun ni.. mmg byk improve bahasa kami yg dah lama ditinggalkan.. :)
syukran ustaz..

luvly aimira said...

ayuuuuuuuuuuuuu..... baru prasan, tembamnya aku dah.........

Unknown said...

ila Ara,
huhuuuhuhuu.. biasalah tgh mengandung2 ni.. xpe lps bersalin, ko struggle kuruskn blk..hihii..aku pn sama nih! tgh berusaha..haha

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”