Friday, May 29, 2009

:: DOA YG INDAH ::

Ya, Allah!

Sebagaimana Engkau memberikan kelembutan dalam keagunganMu

melebihi dari segala makhlukMu yang memiliki kelembutan,

Maha tinggi engkau dalam keagunganMu melebihi semua yang agung,

dan engkau Maha mengetahui segala yang ada dalamm bumiMu

sebagaimana Engkau mengetahui semua yang ada di atas ArasyMu,

dan sesungguhnya suara yang tersimpan dalam hati adalah jelas di sisiMu,

dan perkataan yang jelas umpama rahsia dalam pengetahuanMu…

Segala sesuatu telah tunduk di hadapan keagunganMu,

dan setiap yang memiliki kekuasaan akan tunduk di hadapan kekuasaanMu,

semua urusan dunia dan akhirat berada dalam genggamanMu,

berilah kepadaku jalan keluar serta penyelesaian dari setiap kemusykilan

yang aku hadapi pada setiap pagi dan petang…



Ya, Allah!

Aku mohon maafMu dari setiap dosa-dosaku, dan pengampunanMu dari semua kesalahanKu,

aku mohon kepadaMu untuk menutupi segala keburukan amalku dengan tabirMu,

jadikanlah aku orang yang sangat berharap dalam memohon kepadaMu

akan apa-apa yang aku tak layak untuknya kerana kekuranganku,

aku berdoa kepadaMu dan mengaminkan (memohon qabul),

dan aku meminta kepadaMu dengan penuh ketenangan (yakni akan diterima permintaan ini)...

Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang selalu berbuat ehsan kepadaku,

sedangkan aku sentiasa berbuat kesalahan atas diriku dalam hubunganku kepadaMu,

engkau sentiasa mencurahkan nikmatMu kepadaku sementara

Engkau tidak memerlukanku, dan aku sentiasa mencari murkaMu

dengan melakukan maksiat sementara aku sangat memerlukanMu,

akan tetapi dengan dasar keyakinan kepadaMu telah membawaku

untuk memberanikan diri kepadaMu (yakni berdoa dan bermohon),

maka kembalilah dan kurniakanlah aku dari anugerahMu dan ehsanMu,

terimalah taubatku, sesungguhnya engkau adalah Maha menerima taubat

lagi Maha penyayang…



Amin, ya robbal aa'lamin... T_T


~sumber: email dr seorang hamba Allah~

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”