Tuesday, May 19, 2009

:: TELATAH PENYEJUK HATI ::

assalamu'alaikum wrt...

Mahu lupakan segala perasaan hati.. Biarlah ianya pergi berlalu terus.. Selagi daya dan upaya menahannya, selagi itu akan terus tabah dan sabar segala mehnah dan tribulasi.. moga Allah terus berikan kekuatan dalam Petunjuk dan RahmatNya.. amiin..

ok, stop! Cerita tentang hal si kecil berdua ni (uwais dan hanin) lagi seronok! semakin hari semakin meningkat dewasa, semakin petah nk berbicara.. semakin aktif dan cergas.. yang pasti anugerah tak terhingga penyejuk mata..moga selamanya, insyaAllah.. :)

Telatah mereka berdua.. dalam 2 hari ni banyak memberi kerjasama pada saya dalam jalankan rutin harian.. Tahniah buat anak-anak ummi..! :) telatah mereka suka buat kerja mereka bersama.. apa yang sorang tu buat, yang sorang tu pasti mengikut.. kalau bercakap pun, nak ikut juga cakap benda yang sama.. kalau sorang datang main bermanja dengan ummi, sorang lagi pasti datang juga bermanja.. sorang baring..sorang lagi mesti ikut baring.. main golek2.. cakap2 sesama sendiri.. bila tengok, macam orang besar dah! :D

semakin hari semakin bertambah2 kasih sayang ummi pada kamu! lagi-lagi buat Hanin, anak susuan ummi.. tinggal berapa hari je lagi Hanin akan duduk diasuh dengan ummi.. mungkin sebab nanti dah tak dijaga oleh ummi, ummi rasa pilu pula.. dah lama Hanin duduk dengan ummi kan.. dari Hanin belum pandai berjalan, sekarang dah nak pandai bercakap! Tapi ummi fikirkan yang terbaik untuk Hanin.. sementara Hanin masih di Bumi Arab ni.. Biarlah Hanin dapatkan bi'ah arab tu..mana tahu lagi fasih nanti Hanin bercakap dari ummi yang baru bertatih semula masuk belajar bahasa arab.. ;) InsyaAllah moga ukhuwwah yang terjalin terus terjalin dalam keberkatanNya.. amiin. Be a good Muslimah!Good Mujahidah Solehah!

Untuk Uwais, ingat ye..Hanin tu adalah kakak Susuan kamu! hehe.. :) Be good Muslim, Good Mujahid Soleh!! insyaAllah..



suka betul main baring2.. relaxing kot..


mini percussion @ a little percussionist!



tengok tu main panjat2... aduh..


lepas dah sepahkan rumah, lepak-lepak pulak..



Untuk abi@hubby:
teruskan berjuang!! sabar dan tabah selalu k.. luv u always.. :) Be More Strong!!!


inilah kata-kata.. dalam 'sakit', Allah beri 'gembira' pengubat duka.. Subhanallah.. :) syukur...


with love,
*ummi sayang kamu semua!!

9 comments:

Ain Allen said...

adui.. gelinya hati tgk budak due org ni! haha.. tergelak2 ude dgn amu tgk.. menyentuh2 je baca artikel, tgk gambar pula ketawa2.. adoi.. mcm2..

luvly aimira said...

hi3, penat menyepahkan rumah tu ummi, sebab tu kena lepak2 jap..

Ilyana Ar Razi said...

Ya Allah, si kenit dua org ni!

Lasak boleh tahan!

Tersenyum lebar akak tgk aksi diaorg.

Kena amik gambar byk2, jd kenangan

Unknown said...

ila Ain@ude:
memang macam2.. tp tulah penyejuk jiwa kita.. anak2 anugerah tak terhingga dr Allah! insyaAllah 8 bulan lg korang pn akan rasainya betul2!! hehe..jg bby baik2.. :)

Unknown said...

ila AimiRa:

tulah.. penatlh kn.. dh buat sepah..last2 ummi yg penat lg kna bersihkn..haha..

Unknown said...

ila K.Yana-Razi:

lasak akk.. boleh tahan..! huh.. tp tulah penghibur hati.. :D

tiap2 hari ada je snap gmbo depa.. ms ni pun gabo diambil tgh tgn berminyak duk uli tepung nk buat karipap! kih3x..

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

bismillah oopss! mak bapak budak yg diceritakannya terlambat pulak comment hehe..sorry! hehe

aaminn moga Allah ganda2kan rahmat dan kekuatan utk umi smua.
dan terima kasih tak terhingga tas pengorbanan umi yg sudi menjadi emak juga kpd hanin. sebaik2 ganjaran di sisi Allah kami harapkan.

pss..hanin tny, uwais taknak same2 dgn hanin ke blaja arab dgn babysitter hanin nnt? hehe..

(ermmhh siap abi ni sbb smlm time umi kasi link entry br ni, die yg tutup!hihi..)

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

bia benar hanin ni, panjat bnda alah 2..ni mesti ikut perangai abi..dlu abi juara panjat pokok nangka tau, mak long kau pn join skali.tp klu tanye mak long..mesti xnk ngaku..hehehe
p/s smogi ummi sentiasa tabah dalam mengharungi cabaran hidup & trima kasih sudi menjaga hanin.

Unknown said...

ila mama@abi hanin:

insyaAllah.. amiin..

er..er.. pasal tu hanin, kna tanya umi dgn abilh.. tp rasanya duk dgn umi jelah.. kih3x.. tp blh jg difikirkan..hehee... ;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”