Saturday, May 23, 2009

:: RUMAH BARU & DOA SELAMAT ::

Assalamu'alaikum wrt...

Khamis 21 Hb Mei:

Rumah baru yang dimaksudkan adalah bukan rumah kami.. tapi rumah Pengarah MSD Jordan, Ust Hj Sulaiman yang terletak berhampiran dengan Mecca Mall Amman.

Ust Hj Sulaiman menjemput warga Amman Family bagi meraikan majlis beliau. Termasuk juga semua Staff MSD Jordan dan beberapa adik2 Irbid..

Alhamdulillah.. Walaupun kami sibuk atas urusan kerja masing-masing, kami sempat meluangkan masa memenuhi jemputan beliau sekeluarga.

Kami yang dari sweileh : Bayt Amzar, bayt Mus'ab, Bayt Syed Hilmi, Bayt Shila dan tak lupa anak susuan saya, Hanin mewakili mama dan abinya yg sedang sibuk menguruskan urusan untuk program esoknya, bertolak bersama dari Sweileh selepas solat maghrib dan menaiki teksi menuju ke rumah barunya.. ketibaan kami disambut oleh Ustaz Sulaiman dan zaujah, K.Long (gelaran kami) yang sarat mengandungkan anak ke-8 mereka..

Kami dijamu nasi bersama lauk - pauk beraneka jenis dan sayur, laksa yang sedap! (lepas rindu Malaysia) , buah-buahan dan kuih - muih serta kek coklat!. alhamdulillah... rezeki dari Allah.. mg Allah memberkati dan menambah rezeki mereka sekeluarga.

sedikit gambar sekitar majlis:


sebelum bertolak.. ude dan ammu dukung uwais dan hanin.. praktis2 utk bakal anak nnti.. ;)



Tuan rumah sedang melayan tetamu..


bergambar kenangan bersama Izzah.. kenalan baru dr Irbid.. :) (kirimkn salam je utk Ainul ) heh


bergambar kenangan bersama K.Pah dan adik irbid, izzah..


singgah sebentar di Miles, Mecca Mall beli taugeh!!! yes! heh

Alhamdulillah... sampai di sweileh terus singgah ke rumah mama hanin untuk menghantarnya dan membantu sedikit kerja-kerja yang masih belum selesai untuk program esoknya.. Hanin pun dah gembira ceria mukanya bila berjumpa mama dan abinya.. kenangan saya dan ude bawa Hanin bersama keluar tanpa mama dan abinya! terima kasih mama dan abi sagol! ;)

dan yang pastinya.. program 'esoknya' tu.. (semalam) amat best dan meriah! walaupun penat dan letih dek kekurangan tidur sebagainya.. hati tetap bahagia.. ;) ok, entry selepas ni.. sekejap lagi insyaAllah.. (saja nak lambatkan ceritanya sebab nak bg kawan2 dulu post pasal tu..) hihii..




No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”