Monday, May 18, 2009

:: SELAMAT HARI GURU ::




Selamat Hari Guru buat para cikgu@pensyarah yang telah berjasa mendidik saya:

1) Sekolah tadika Pasti Felda Purun
2) Sekolah Rendah LKTP Felda Purun Pahang (SKP)
3) Sekolah Menengah LKTP Felda Purun (SMP)
4) Matriculation Centre of International Islamic University Malaysia, Petaling Jaya
5) International Islamic University Malaysia, Gombak

dan tak lupa dedikasi istimewa buat mak dan abah saya yang menjadi orang pertama mendidik dan membimbing saya selalu sehinggalah hari ini.. segala nasihat dan teguran amat bermakna buat diri ini.. terima kasih mak kerana mengajar anakmu ini sehingga pandai mengaji, terima kasih abah kerana dengan sikap 'garang'mu itu, banyak merubah diri ini sehingga kini sudah bergelar isteri dan ibu..alhamdulillah...

and off course my hubby lah..selamat hari guru hubby.. :) moga terus tabah dan semangat dalam mendidik bakal pemimpin2 negara insyaAllah.. ikhlas dan terus cemerlang!!

lastly, semua sahabat2, dan semua yang bergelar 'guru' seluruh dunia!

SELAMAT HARI GURU!!

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”