Saturday, May 30, 2009
:: Sakit ::
Hari ni sungguh x sedap badan..walaupun sudah rasa sakit2 sejak minggu family day lagi.. tapi hari ini memang sangat tak berdaya..
actually nak tolong ain kemas barang nak mengosongkan rumah, tapi sempat pergi bersamanya carikan kotak je.. huhu..
Selepas dah muntah banyak tadi, ada rasa sedikit lega.. Hubby urutkan sikit.. Then datang Marwah (mama hanin) memberi khidmat urutan 'VIP'.. hehee..
Alhamdulillah ada rasa lega..angin dalam badan semua pun dah rasa keluar.. syukran mama! hanya allah membalasnya.. walaupun tengah sibuk final exam, sempat datang ziarah! huhu.. sungguh terharu..
Kawan-Kawan, doakan kesihatan saya ye! moga cepat sembuh!! amiin..
Friday, May 29, 2009
:: Uwais akan RINDUkannya ::
Ye.. Uwais mesti akan merindui teman sepermainannya.. teman yang sudah bergelar kakak padanya.. kakak susuan.. Seorang kakak dan teman, sehati sejiwa.. gelak ketawa bersama.. tonton TV bersama.. suka dan tangis bersama.. makan dan minum bersama.. tidur sama-sama.. berjalan bersama.. umur seusia.. lahir di tempat yang sama..
Esok hanin akan bertukar pengasuh.. seorang Arab Palestin, Ummu Haitham.. alhamdulillah akhirnya ketemu jua mama dan abinya pengasuh arab yang dicari sekian lama..sementara saya menjaga dan mengasuhnya tika mama dan abinya ke kuliah.. Moga cita-cita dan harapan mama dan abinya tercapai.. :)
Buat hanin, umi doakan Hanin dapat sesuaikan diri dengan tempat baru, persekitaran baru ye. moga berada dalam lindungan dan JagaanNya selalu.. jangan nakal-nakal tau! ;) be 'akhlak baik' seperti mama dan abi selalu pesan tika tinggalkan hanin bersama ummi..
akhiran, 'ikatan' yg terjalin insyaAllah kita akn terus semaikan.. maafkan ummi jika sepanjang dalam asuhan dan jagaan ummi, ada kekurangan di sana sini.. 'garang-garang' (dibaca 'tegas-tegas') umi sebenarnya sayang ummi pada Hanin. ;) begitu juga pada Uwais!
Buat mama dan abi Hanin, terima kasih atas segala kepercayaan dan kesudian jadikan ummi ibu susuan Hanin.. Moga Allah berkati kalian selalu.. amiin. ukhuwwah fillah abdan, insyaAllah!
:: DOA YG INDAH ::
Ya, Allah!
Sebagaimana Engkau memberikan kelembutan dalam keagunganMu
melebihi dari segala makhlukMu yang memiliki kelembutan,
Maha tinggi engkau dalam keagunganMu melebihi semua yang agung,
dan engkau Maha mengetahui segala yang ada dalamm bumiMu
sebagaimana Engkau mengetahui semua yang ada di atas ArasyMu,
dan sesungguhnya suara yang tersimpan dalam hati adalah jelas di sisiMu,
dan perkataan yang jelas umpama rahsia dalam pengetahuanMu…
Segala sesuatu telah tunduk di hadapan keagunganMu,
dan setiap yang memiliki kekuasaan akan tunduk di hadapan kekuasaanMu,
semua urusan dunia dan akhirat berada dalam genggamanMu,
berilah kepadaku jalan keluar serta penyelesaian dari setiap kemusykilan
yang aku hadapi pada setiap pagi dan petang…
Ya, Allah!
Aku mohon maafMu dari setiap dosa-dosaku, dan pengampunanMu dari semua kesalahanKu,
aku mohon kepadaMu untuk menutupi segala keburukan amalku dengan tabirMu,
jadikanlah aku orang yang sangat berharap dalam memohon kepadaMu
akan apa-apa yang aku tak layak untuknya kerana kekuranganku,
aku berdoa kepadaMu dan mengaminkan (memohon qabul),
dan aku meminta kepadaMu dengan penuh ketenangan (yakni akan diterima permintaan ini)...
Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang selalu berbuat ehsan kepadaku,
sedangkan aku sentiasa berbuat kesalahan atas diriku dalam hubunganku kepadaMu,
engkau sentiasa mencurahkan nikmatMu kepadaku sementara
Engkau tidak memerlukanku, dan aku sentiasa mencari murkaMu
dengan melakukan maksiat sementara aku sangat memerlukanMu,
akan tetapi dengan dasar keyakinan kepadaMu telah membawaku
untuk memberanikan diri kepadaMu (yakni berdoa dan bermohon),
maka kembalilah dan kurniakanlah aku dari anugerahMu dan ehsanMu,
terimalah taubatku, sesungguhnya engkau adalah Maha menerima taubat
lagi Maha penyayang…
Amin, ya robbal aa'lamin... T_T
~sumber: email dr seorang hamba Allah~
Thursday, May 28, 2009
:: SALAM IMTIHAN NIHA'E ::
Paling tak lupa, adik2 dan anak2 sedara di Malaysia juga sedang musim exam katanya..
Ma'annajah bittaufiq!! :)
Usaha, Doa & Tawakal.. insyaAllah..x sia-sia pengorbananmu.. amiin.
:: Sepetang Itu @ Happy Evening ::
Petang semalam kami bersama 4 lagi family Melayu Sweileh berjalan petang bersama-sama menuju ke Dauriat.. seronok pula berjalan beramai-ramai sambil ambil angin petang.. muka masing-masing semua ceria, ditambah telatah dan riuhan anak-anak yang dibawa bersama. Mungkin mereka bahagia bila ibu dan ayahnya meluangkan masa bersama mereka..bawa jalan-jalan sesekala.. Saya turut bahagia melihat suasana itu.. alhamdulillah.. moga ukhuwwah semakin erat antara kita semua..
Berjalan lebih kurang 15 minit, kami tiba di Mat'am Rifi Brostad.. Kebetulan semuanya belum pernah ke sini lagi merasai ayam goreng segera. sebelum ini kami akan ke Nana Brostad saja yang terletak di Sweileh Gharbi.. Jadi bila dah semua tak pernah lagi menjejaki ke sini, ajaklah semua family ni.. sambil meraikan kepulangan Ara ke Tanah air minggu depan. kira Farewell lah.. huhu.. Kak Ina sefamily tak dapat turut serta disebabkan ada urusan keluarga petang itu.. InsyaAllah lain kali kita buat lagi aktiviti sebegini ye. :)
Masing-masing bayar untuk menu pilihan sendiri.. yang penting dapat berkumpul begini... sudah seronok! Hinggakan masa dalam perjalanan kami pulang tu, ada seorang pakcik menjual alatan menulis, memberi satu set pen pada ustaz Muhaimin. Minta bagi pada semua (satu family dapat satu). Katanya sebab dia gembira tengok kami happy 'satu keluarga besar' berjalan beramai-ramai.. alhamdulillah... moga murah lagi rezeki Pakcik tu..
Wednesday, May 27, 2009
:: Uwais dan Bittih@watermelon ::
Tiap kali saya atau abinya bawa ke kedai buah: syakbi@za'bi, pasti buah inilah yang dituju selalu.. Syakalnya @ bentuknya yang mirip bola (pada pengamatannya) menarik minat Uwais untuk mengangkatnya.. Terasa berat, usaha juga nak angkat. tak dapat angkat, jerit panggil ummi.. haha..
maka sepertilah Uwais yang menjual buah tembikai ni.. huhu
***************
syukran jazilan pada mama dan abi hanin kerana semalam petang membawa uwais bersama pulang ke rumah.. kata mereka nak testing untuk uwais.. ala-ala traininglh.. alhamdulillah uwais ok je.. mamanya kata lepas ni (lps mama abis final exam) blh duduk lg.. nk kena training juga kan..nanti kalu ada rezeki nak buat haji tahun ni, kena tinggalkan uwais buat sementara waktu.. :)
ok, syukran!
Monday, May 25, 2009
:: BEAUTIFUL DOA' ::
"O Allah, make my love for You the most
beloved thing to me,
and my fear for You the most
fearful thing to me,
and remove from me all worldly needs
andwants by instilling a passion
for meeting You,
and when You have given
the people of the world the pleasures
of their world,
make the coolness of my eyes
(pleasure) in worshipping You."
:: 1 Day : Bersama Uwais & Hanin ::
Cuti Yaumul ihtilalal @ istiqlal.. Hari Kemerdekaan Jordan
Destinasi pertama ke Mecca Mall untuk abi dan mama Hanin bayar wi-tribe (internet wireless) mereka..
Destinasi kedua ke City mall... Berjalan kaki dari Mecca Mall sebab tiada teksi mahu ambil.. huhu
Sunday, May 24, 2009
:: 'DASAT TUL' ::
'Dasat tul'... itulah ayat yang diberikan sahabat saya Ara pada message di handphone.. :D Actually saya beritahu padanya yang saya akan ke Balad pula pagi tu (semalam) walaupun penat2 program family day masih terasa dan pada petangnya pula saya dan ara, awah, ain dan nazirah akan ke madrosah Hasaad At-Tarbawi bagi mengikuti program khusus wanita (berkenaan al-Quds)!
Hubby bagitahu saya seawal khamis lalu lagi yang Ust Mahyuddin ajak ke Balad sabtunya tu.. nak cari sedikit barang2 dan hadiah buat isteri tercintanya di Malaysia.. hubby kata dah janji kan..kenalah tepati.. saya pun memang dah lama juga tak ke Balad.. ada sesuatu yang nak dicari juga. selain hubby pun nak cari bahan2 tesisnya dan bahan bacaan harian. Lagipun Ust Mahyuddin pn dah macam adik kami, selalu juga ajak kami untuk temankannya membeli-belah. ;) boleh bagi cadangan atau pilih barang yang sesuai.. hihiii. Dia pun dah banyak bantu kami.. apalah salahnya tolong dia pulak.. :)
Bergerak dari sweileh kul 9.45am menaiki bas ke duar dakhiliyyah untuk ke ATM Machine HSBC. Then naik teksi terus ke Balad. Bermulalah pencarian kami di sana.. hehe.. macam suspen je ayat.. haha. Dapatlah saya satu buku Arab Cooking yang dah lama minta hubby carikan.. thanks abg..! :) dan juga buku pembacaan harian saya Hard Times (translation arab - English). alhamdulillah..
Mahyuddin pun dah dapat apa yang beliau nak cari untuk zaujahnya dan buah tangan untuk keluarga di Malaysia. Kami yang dari tadi menahan perut asyik berbunyi keroncongnya, menuju ke Mat'am Qaherah untuk lunch.. Hubby belikan khabsah! saya dan mahyuddin amik yang dajjaj dan hubby amik laham.. uwais dapat nus dajjaj masywi..(banyak tu.. bawak balik, safari!) alhamdulillah... lega sikit.. kami teruskan perjalanan mencari kasut dan saya memujuk uwais yang tengah kepanasan dan mengantuk, menuju ke lorong berdekatan (banyak kedai mainan) uwais nampak satu kereta racing warna biru..dipeluknya..saya tanya 'ammu kedai berapa harganya.. belikanlah untuk uwais sbb nak pujuk (sebabnya nanti saya terpaksa tinggalkan dia bersama abinya untuk ke program petangnya)
pencarian last, hubby mencari buku2nya lagi di maktabah Dandis pula.. ada burung yang pandai bercakap! Ara yang bagitahu saya namanya burung tiong (tp besar lak) ara pernnah ke situ dan borak2 dengan burung tu..hihii.. Uwais pun terus diam dan kembali gelak dan suka tengok burung tu.. saya tengok jam dah pukul 2 lebih.. yaallah, dah lewat ni..dah janji dengan kawan2 kumpul kul 3pm di rumah saya untuk ke program tu. hubby cepat2 bayar dan mahyuddin tahan teksi. alhamdulillah sempat sampai ke rumah kul 3pm!! kawan2 pn tak tiba lagi.. bersihkan diri, solat, bagi susu uwais, salam dan cum hubby dan uwais, terus bergerak. maaf kawan2 atas kelewatan sikit.. (dah cuba tak nak lewat..huhu)
Uwais ternampak Hanin masa tu, sukalah dia..tapi 'mengamuk' bila saya tak bawanya..hubby call bagtau dia masih nangis.. saya kata insyaallah sekejap je tu dia nangis..selalunya macam tu jugalah bila abinya tinggalkannya.. ;) alhamdulillah bila saya call balik, hubby kata dia dah senyap..x nak tido main je dgn keretanya.. terima kasih banyak2 abg sudi jagakan uwais sebentar dan amat2 bertolak-ansur! love u!! :)
Program ni bertiket 1.5 JOD seorang dan memberi khidmat penghantaran percuma pergi dan balik menaiki bas sekolah tersebut dari jami' jami'ah Urduniyyah.. dalam program al-quds tu, yang dinanti-nantikan adalah ingin berjumpa dengan ulama terkenal di Jordan, Dr Solah Al-Kholidi.. dan akhirnya impian tu tercapai.. ceramah beliau saya recordkan..nak bg hubby dgr lak..dan terjemahkan untuk saya..saya tak dapat faham semuanya sebab bahasa arab yang masih bertatih ni.. ada faham sikit2 je..huhu.. sessi sebelum tu adalah nyanyian nasyid islami dan sajak oleh kumpulan wanita Janean. Habis saja ceramah Dr Solah, nyanyian , sajak dan slideshow ambil tempat hingga akhir program.. ucapan Takbir tiap kali habis setiap sessi.
Banyak sungguh perbandingan budaya antara kita dan mereka.. Kami rasakan budaya mereka banyak kepada berhibur walau ianya adalah satu majlis keislamian.. pasti ada tarian dan kami sempat melihat beberapa nyanyian tarian (boleh buat erobik ni tarian begitu) hihii. sekurang2nya dapat juga pengalaman melihat budaya orang arab ni.. memang jauh berbeza lah! Unik dan menarik juga! yang cuma kami pelik sedikit.. lepas2 tarian tu pun terus takbir! itulah budaya mereka..nak kena kenal..
Penat..memang penat tul!! balik tu belikan ais krim buat hubby dan anakanda uwais! :)
Saturday, May 23, 2009
:: Family Day & AGM PPMAj ::
Program yang dinanti2..
Jumaat, 22 HB MEI 2009
Alhamdulillah.. selesai sudah program Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung PPMAj buat julung kalinya diadakan dalam satu waktu.. program ini dijalankan di Dibeen Forest, Jerash, Amman. Lebih kurang 1 jam jarak masa diambil dari sweileh ke sana..
Kami bertolak agak lewat sedikit dari waktu perancangan.. biasalah.. manusia hanya mampu merancang, Allah jua menetapkan segala-galanya.. kami tiba di sana lebih kurang pukul 8 ++am.. Berkumpul dan prepare untuk tempat melaksanakn program.. saya lihat, hutan simpan ni amat menarik.. (tapi taklah seperti hutan Malaysia..tebal dengan pokok2 dan diindahkan dengan air sungai yang mengalir).. mungkin itulah yang menjadi tarikannya.. sesuai untuk riadah dan santai buat yang berkeluarga.. :)
Program dimulakan dengan bacaan pembukaan dan doa oleh pengerusi majlis, Ust mahyuddin, dan Ucapan dasar Pengarah Program, Ust Shahrul dan sedikit tazkirah yang penuh bermakna oleh Ust syed Hilmi. Seterusnya ucapan perasmian majlis oleh Ust Nuh. Pengarah program bersedia memberi taklimat tentang perjalanan majlis dan aktiviti2 yang akan dijalankan.
Aktiviti-aktiviti dimulakan dengan 5 games yang dijayakan oleh 4 Kumpulan. saya dalam kumpulan 4 (akhawat) satu group je sebabnya bilangan kami yang sedikit..huhu.. dan my hubby dalam kumpulan 3 bersama Ust Muhaimin, Ust Mus'ab, Ust Nuh, Ust Abdullah dan Ust Muhammad.
Permainan2:
1) Isi air dalam botol (kain-pinggan-kertas A4-span-botol) - pemenang kump 4 :D
2) Baling belon berair & Jarak - pemenang kump 1
3) Makan, Cari & Susun - pemenang kump 4 juga :D
4) Draw & Guess - pemenang kump 3
5) Iron Chef Amman - pemenang kump 3 jugak
Dan juara keseluruhannya.. kami adalah juara!! kih3x..alhamdulillah..akhawat telah mengalahkan kump2 akhawan dengan markah keseluruhan 38 markah! syabas teman2ku..hihii
Then lepas solat jumaat, juri, encik Sagol mengumumkan pemenang iron chef amman dan kami lunch bersama.. makan masakan-masakan iron2 chef tadi hingga licin semuanya..hehee.. sume lah sedap ek? memang pandai2 belaka masak.. :)
Selesai makan2, sessi untuk program kedua bermula.. AGM sessi 2008/2009. Persidangan telah berlangsung di bawah pokok.. sah? sah... sapa kata illegal..? salah tu.. hihii.. (xde sapa pun kata) :p
ahli-ahli DUN (ahli2 PPMAj) telah membuat undian masing2 terhadap pilihan calon2 bagi mengisi kekosongan jawatan yang telah dilepaskan oleh para MT sessi lalu.. dan kemenangan untuk jawatan Presiden adalah Ust Ashraf Zainuddin manakala Ust Abdul Baith untuk jawatan Timbalan Presiden. Timb. Pres. 2 pula masih kekal dipegang oleh ustzh Nazirah dan setiausaha oleh Ust Syed Usamah (kekal pegang). Manakala bendahari oleh Ust Muhammad (juga kekal pegang). {erm.. macam laporan program lak.. maklum..sokmo dulu2 buat kerja s.u huhu.. :p}
Program akhir adalah aktiviti ber'BBQ' : ayam, Kambing dan ikan! laziz.. dah dekat maghrib kami mula menjamahnya.. yang tak abis, kami bawa bungkus dan bawa pulang untuk dibahagi-bahagikan setiap rumah ahli. alhamdulillah..rezeki Allah.. Tuan Pengarah MSD bersama zaujah dan 4 anak2nya sudi datang memeriahkan program kami ketika bakar BBQ.
Hari pun dah semakin gelap, kami mula mengemas barang2 dan pulang ke Sweileh selepas solat maghrib di Jami' baru berdekatan hutan tersebut.
Alhamdulillah..walaupun masing2 penat, tapi yang pasti ianya terpahat diingatan sebagai kenangan merapatkan ukhuwwah sesama ahli... syabas buat ajk2 terlibat.. moga program2 akan datang merapatkan lagi ukhuwwah antara kita.. Bergerak Bersama, Bermanfaat dan Bermakna : Unity in Diversity, Bersatu dalam Kepelbagaian. InsyaAllah... :) (ayat yg terlintas difikiran saja..hehee)
ok, masa untuk berehat! silalah tengok2 antara gambar2 yang sempat diambil.. :
(masih kepenatan kerana hari ini (sabtu) full juga program utk diri sendiri dan Bayt Amzar ;))
* Ceritanya dengan detail boleh tengok di link PPMAj @ Ain @ teman2 blogger sweileh yang lain.. :)