Thursday, February 5, 2009

Uwais: Bola dan Penyapu




ni lah kegemaran paling ketara pada uwais.. Penyapu dan Bola... 2 perkara yang sangat-sangatlah si uwais gemari... sehinggakan kenalan dan kami sendiri gelarkannya Mr. Clean... mana-mana pun pergi, asal jumpa penyapu mesti ambil dan siap untuk menyapu... bola pun begitu... suka sangat!! :D

Bola ni uwais dapat free (hadiah) masa ikut saya membeli raket badminton malam tadi... rasanya sebab tuan kedai tu nampak yang uwais ni suka sangat dengan bola, dia pun minta pekerjanya beri pada uwais bola bergambar spongebob tu. mana taknya sampai2 je kedai tu, dia turun dari dukungan saya nampak satu bola bowling yang beratnya 4kg, nak ambil dan angkat.. bahayalah kan.. tuan kedai pun bagilah bola betul... huhu..


Ummiku Sayang,

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”