Tuesday, February 17, 2009

Happy 2nd Anniversary (Ayu-Najib)


Enjoyscrap.com Get Happy Anniversary-Graphics

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Syukur kami rafakkan kehadrat Ilahi atas segala KurniaanNya..

Pejam celik, sedar tak sedar, maka genaplah hari ini 18hb Februari '2006-2009' ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2... meneraju hidup bersama suami tercinta, Mohammad Najib bin Jaffar. Segala puji bagi Allah SWT di atas nikmat sakinah, mawaddah wa rahmah di dalam berkeluarga.. Moga usia perkahwinan ini berpanjangan dalam PetunjukNya selalu...

Terima Kasih ya Allah, Kau telah temukan kami hidup bersama, dengan kehadiran cahaya mata penambah seri rumahtangga... tetapkan hati-hati kami agar sentiasa bersamaMu, tetap dalam iman dalam mencari redhaMu selalu...Moga ianya seiring perjalanan kami menuju ke syurga Allah, insyaAllah..

Terima Kasih abg, atas segala pengorbanan, kesetiaan, kasih sayang, ilmu..Moga ianya mendapat sebaik-baik balasan dariNya... InsyaAllah..

.. Doa dari Isterimu, Semoga terus cemerlang dunia dan Akhirat. Amiin!

Hayati bersama titipan di bawah: =)

Hijjaz - Rumahku Syurgaku


Suami perlukan belaian dari isteri yang penyayang
Yang dapat melayani dan menghiburkannya
Serta pandai mengurus rumah tangga
Itulah harapan suami

Isteri juga sangat mengharapkan suami yang penyayang
Bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik
Anak-anak akan bahagia dan tenang
Apabila ibubapanya berkasih sayang
Bertanggungjawab mengasuh dan mendidik

Ibubapa bahagia kalau anak-anaknya
Menyayangi mentaati dan memuliakan mereka
Rasa kasih murni antara suami isteri boleh rosak
Jika masing-masing tidak berakhlak

Cinta murni antara anak-anak dengan ibubapanya
Diikat kuat oleh cinta tabii
Yang semulajadi akan punah
Jika tidak disuburkan

Cinta suci akan subur
Apabila ada iman dan akhlak yang mulia
Iman dan akhlak mulialah menjadi penyebab
Membentuk keluarga yang bahagia
Dan berkasih sayang...
Sehingga lahirlah
Masyarakat
Penyayang dan negara makmur

Hasil daripada keistimewaan
Kasih sayang dalam rumah tangga

Ya Allah, Tuhan Pemilik Segala Cinta.. Letakkanlah dunia dalam genggamanku, jangan di hatiku.. Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah! Ya Allah, sungguh aku memohon redhaMu dan SyurgaMu! Amiin.


Note:

1) Happy Birthday buat kak Ina yang jatuh pada hari ini juga.. dah berapa tahun tu ye kak ina? hehee..


2) happy Birthday juga buat teman blogger, Akma yg jg jatuh pada hari yg sama... mg kalian sentiasa dalam lembayung dan berkat Allah selalu hendaknya.. :)




Happy 2nd Anniversary zauji habiby :),



9 comments:

shoutulnisa said...

terima kasih kak ayu atas ucapan tuh...semoga terus bahagia dan bersama selamanya ..insyaallah

Anonymous said...

happy 2nd anniversary..semoga rumahtangga kita mendapat keberkatan dan dipayungi rahmat Allah SWT.InsyaAllah..

Anonymous said...

happy anniversary untuk cik ayu n cik najib, semoga menjadi pasangan yang bahagia ceria, sepanjang masa.

nmpak gayanya mudahlah k ina ingat tarikh anniversary ayu najib coz sama tarikh ngan birthday k ina.

Anonymous said...

selamat ulangtahun perkahwinan yang kedua buat kak Ayu dan ustaz najib...moga rumahtangga yang dibina kekal bahagia dalam sakinah mawaddah wa rahmah...
seronok baca blog akak..terasa keceriaan dan kebahagiaan keluarga kecil di jordan sana...

salam rindu dari malaysia..

Arfah-Ridha-Aisyah :)

Anonymous said...

Salam..
I'd zikraa azzawaj assa'iid.. (betul ke nih ustz najib?)

Semoga dilimpahi keberkatan dan kerahmatan hidup berumahtangga..

aman dan bahagia selamanya..

dan... semoga uwais dapat adik dan adik lagi.. hi3

Salam ikhlas dari kami..

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

mabruuk.. slmt ulg thn pkahwinan yg ke2! moga Allah curah2kn lagi mlimpahan rahmat dan mawaddah-Nya dlm keluarga kak ayu dan ust najib.

Unknown said...

jazakumullah khairan kathir buat sahabat2 sume yg mendoakan.. moga kita semua dalam keberkatanNya selalu..amiin. =)

FirJah said...

happy anniversary buat kalian... moga mendapat rahmat dariNya & bahagia hingga ke syurga..

Unknown said...

insyaAllah..syukran FirJah..:)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”