Sunday, February 22, 2009

Adeh..Akak pun kena tag jugak?

Assalamu'alaikum wrt..
Erm, bila buka je blog, tengok dekat link sahabat saya,my ex-classmate masa di uiam, Huda ada update terbaru! so, saya pun bukalah blognya..habis baca last sekali dia bagi satu keje lak kat saya..huhu..Dia Tag saya!!

Huda..akak ni sebenarnya kurang pandailah tag mentag ni.. tapi takpelah.. oleh sebab tak nak hampakan permintaan Dik Huda, akak layanlah juga..heh!

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]

1) Alhamdulillah... dah 2 tahun berumah tangga..dikurniakan seorang suami yg penyayang ( Mohammad najib bin Jaffar) dan sorang anak laki yg aktif (Uwais Amzar). Mereka sumber kekuatan buat diri saya and I Love U All Much3x!!

2) Bercinta selepas berkahwin. Cume berkenalan sebelum itu untuk kenal latar belakang. Juga melalui teman2 yang kenal dengannya. Boleh dikira kot berapa kali telefon. itupun sekadar yg mostly important je. SmS pun kadang2.. takut terhanyut dibawa perasaan yg alpa.. maaflah, saya rasa pelik tgk org ber'gayut' lama2 walhal baru je berjumpa..:? erm, Suami seorang yg tak banyak mulut macam saya..kih3x..Allah telah melengkapi kehidupan kami berdua..;)

3) Suka melayan kerenah Uwais, buah cinta kami. Tak suka tengok kalau dia comot sangat dan bau 'masam' heh. That's why baju dia selalu je bertukar. Bukan ape saya rasa dia pun nak rasa selesa kan.. Kebersihan dan Kecantikan itu kan Allah suka.. pagi2 lepas bersihkan dia, mesti sapukan losyen @ bedak bagi wangi skit. hii.. tak nak dengar abinya cakap "masamnya anak abi nih.." ;)

4) Suka juga sikatkan rambut Hanin..anak asuhan saya. rambutnya cepat panjang.. jadi saya tak suka rambutnya mengerbang tak terurus, saya sikat dan sapukan sikit minyak rambut olive oil dan dandankannya @ ikat. Baru lg comel kn Hanin? tak rimas dah ummi tgk Hanin lps tu. ;)

5) Mempunyai seorang saudara kembar bernama Suhana (kembar seiras). Lahir pada 29hb Ogos 1981. Abah kata tak sempat tunggu tarikh merdeka 31 Ogos sebab kami tak sabo2 dah nak kuar ke dunia!kih3x.. yeker Abah? Syukur saya antara yg terpilih dalam dunia ada pasangan kembar! Menarik! kami anak yang ke 5 dan ke 6..saya adik.(tapi saya kahwin dulu.hehe).kami diapit oleh abg anak ke 4 dan adik lelaki anak ke 7. Keluarga saya sangat meriah! 12 orang sumenya..10 perempuan, 2 lelaki. (tambah satu je dgn keluarga Huda) ;) Kalau semuanya balik ke kampung, maka berantakanlah suasana..cukup2 meriah!. Thanks Mak and Abah! i really miss U and always love u!

6) I really love Cooking.. dan jenis suka masak 'pandai-pandai sendiri'.. org jawa kata 'cempak-cempak' je. dan juga suka cipta resipi sendiri..(alah godeh-godeh je resipi asal, jadilah resipi lain) especially yang masakan panas.. sediakan makan pg, tengahari @ malam untuk 2 belah family dan sekarang untuk my beloved hubby and my son!heh. kalu balik sesekali ke kampung 2 belah, memang selalunya saya akan masak.. ^-^

7) Sangat minat pada ilmu IT, design dan Art.. memang dari kecik minat pada kesenian ni ada dlm diri.. pernahlah masuk pertandingan melukis sempena kempen anti dadah. tak menang tapi puas sebab minat punya pasal.hii.. dan pernah juga sumbangkn satu lirik untuk salah sorang penasyid tanah air. sekadar membantunya waktu matrik dulu.. biasa je pun :p. masa di uia matrik juga pernah pegang Assit. Biro Seni Suara. dah minat..tp xdelah sampai nak jadi penyanyi kan..kih3x..

8) Minat bisnes juga. Pernah juga buat bisnes kecik2 ms di matrik dulu.Bisnes buat tag untuk program-program. saya salah seorang designernya. selain teman saya Aidil Farina dan Nadey. saya ingat lagi nama 'syarikat' kecil kami tu. Art & Design Entertainment! teman2 lain yg bersama berusaha Wan, Ayu, Apit, Fidza, Nizer and K.Bie. ada yg tertinggal tak ek? sori..tp rasenya cukuplah kot.hehe..kami satu Dorm waktu tu.

9) Ada perancangan untuk sambung study dalam bidang syariah law pulak.. ingat nak habiskannya buat DSLP..Diploma of Syariah Legal Practice. 2006 takat habiskan civil law je (Bachelor of Laws). tapi itu hanya perancangan..tengok keadaan juga nanti. Allah jua merancang.. Doa2kanlah untuk saya ye. =)

10) Suka photography. suka bergambar dan suka amik gambar. Gambar kan satu memori..sekurang2nya adalah sesuatu yg akan diingati satu masa nnti.. Kalau gambar pemandangan memang minat sangat. I feel comfortable bila lihat pemandangan2 yg cantik especially laut dan matahari terbenam! Subhanallah..!

11) Warna favourite saya adalah Hijau dan Biru. (samalah Huda!) warna-warna ni mendamaikan.. Dulu suka kuning, tp sbb apetah, tak berapa suka lak.. :?

12) yg ni mak saya kata: saya ni senang mesra dengan budak2.. budak2 suka ajak saya main bersama.. tak kiralah anak jiran @ anak sedara sendiri.. ntah..ada aura sendiri kot. sebabnya saya rasa saya ni garang orangnya tp pelik diorg suka dengan saya! yeker?

13) sedih kalau orang tak maafkan saya..huhu.. jadi sapa2 yg masih ada 'simpanan' untuk maafkan saya, ada terasa ke, salah faham ke.. saya mohon maafkanlah ye.. saya manusia lemah, masih banyak perkara yg perlu diperbaiki..

14) Setiap hari saya berusaha untuk buat yg terbaik untuk diri sendiri @ org disekeliling saya. Kalu boleh taknak susahkan org lain, nak buat sendiri melainkan kalau dah tak berdaya..kan besar pahalanya kalau kita memudahkan urusan org lain..=)

15) Apa lg ye? amat menggemari masakan panas macam sup dan tomyam! sampai uwais dah mengikut saya..tiap2 hari makan pun dia tak jemu..mulutnya buka luas kalau disuap. Puas hati menyuapnya! satu yg saya pendam nak makan selain dibawah (no 16) ni. Kerang dan Tempe!!! huhu.. nak balik malaysia... sob..sob..sob.. :(

16) Satu lg yg saya simpan sampai sekarang.. keinginan untuk merasa masakan sup dari 'air tangan' hubby.. huhu.. abg, bila ummi boleh rasa nih..Saya rasa yg ni saya blh dapat kt cni tapi... takpelah, ummi tetap sabar tunggu... satu ni je...pls... (mcm ngidam lak) :D

********************************************************

Erm, alhamdulillah siap pun! sape ye saya nak teruskan tag ni? nak tag 6 orang ibu ni lah.. xcukup 16 org pn takpe kan..hihii.

~ Marwah saari (Mama Hanin)
~ Kak Yana di Shah Alam
~ Kak Ina Sweileh
~ Kak Shila Bkt Mahkota
~ Adik Arfah Shah Alam
~ Dewi maharah (AimiRa)

sila balas ye.. syukran =)

Note: Buat Ummu Uways, yg juga telah mengtag saya, ni kira dah berjawablah ye sekali..hii..baru terbaca blog Mar.. ;)


Akal Budi Sinar Peribadi,

11 comments:

dinaluzriq said...

akak..baru saya tag akak..tp dah berjawab..kira oklah tu... :)

Unknown said...

kih3x.. tulah..akk pn tergerak buka blog Mar tadi..huhu..nasib baik..fenin jg nk pikir..;)anyway, thnks!

Anonymous said...

bukan abg x nak msk,nanti tiap2 ari umi rindukan sup abg...:)a'la kulli hal tungguuuuuuuuuuuuuuuu...

FirJah said...

ummu uwais..kita sama..suka bergambar & suka amik gambar..gambar kan satu memori yg akan ditatap suatu hari nnti..so kita abadikan kenangan dgn cara fitu la...betul tak?? betul3!!

Unknown said...

ye jah, kita sama!! jom photo! hehe..

Anonymous said...

bila nak buat tag ayu ni...k ina pass tag ni ke Ust mujahid, ust najib, ust razzi , ust sagol, ust muhaimin...boleh tak, biar para bapa buat dulu...aci tak?

Unknown said...

huhu..kak ina.. bilala blhnya depa tu nk membalasnyer... keh2x.. kak ina buat dlu, ha pastu bwh skali k.ina nk suh sape buat lak, k.ina tulislah nama2 depa. amacam? ;)

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

umi igt dh nk start tulis ni tp hanin cmni kang terganggu lk
hihi, bukn sekadar alasan k.

Unknown said...

yelah... :p

Ilyana Ar Razi said...

ayu,
bukan tak nak balas tag, tapi malu nak bagi orang tahu :) byk sgt cite nak cite. tapi akak cuba buat yg paling pendek. akak sokong gak cadangan kak ina tuh, suruh para abi yang buat tag ni.
kita main tag lain lah?

Unknown said...

kak yana, :) buat yg terpendek cukuplah.. untuk kami mengenali dirimu.. usah menunjukkan keburukan jk ianya mengaibkan.. sekadar kenal saja.. tp kita x memaksa.. aish..macam makin serius lak kih3x asalnya sekadar sambil menghiburkan je.. bolehlah nak tag para bapa pula lps ni. akk buat blh? hiii ;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”