Sunday, February 8, 2009

Puding Roti Keledek BerCheese

Ni saja nak berkongsi resipi simple saya cipta sendiri... godek-godek je dari resipi asal yang saya selalu buat.. ;)




Bahan2:
- Kepingan Roti
- Susu cair 1 tin@susu tepung cairkan
- 1 biji Telur
- 6 sudu makan Gula (nak manis lagi blh lebihkan)
- sedikit marjerin (sapu pada loyang)
- Keledek sikit (rebus seketika)
- Cheese ceddar (potong-potong nipis)

Cara2nya:
- mula-mula blend atau mix telur dan gula hingga kembang sebati
- masukkan susu tadi
- sementara loyang tadi sapukan dengan marjerin (setelah dipanaskan seketika dalam oven)
- susunkan roti-roti tadi dalam loyang tersebut
- then letakkan pula kepingan keledek tadi atas roti tadi
- then tuangkan susu, telur. gula yg di blend tadi dalam loyang tadi
- akhir sekali letakkan pula cheese tadi atasnya..tutup semua permukaan.
- bakar dalam oven dengan suhu 170 selama kira-kira 35-45minit atau sehingga masak.. siap!!

Tada... nilah Puding Roti Keledek Bercheese saya!



Love Cooking,

2 comments:

shoutulnisa said...

wow..mengancam sungguh..hishhh x leh jadi ni..akma kena cuba hehehehe

Anonymous said...

haha.. cube-cube jangan x cube.. hehehh

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”