Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat.
* ucapan terima kasih kepada teman blogger kami imam_azhari8203 kerana saban hari menghantar ayat-ayat CintaNYA di YM untuk direnung bersama sebagai tazkirah pagi dan petang.. moga-moga Berkat Allah sentiasa bersama kita.. Moga Allah sentiasa beri kekuatan untuk kita mengerjakannya.. (especially untuk diri ini yg masih banyak perkara perlu perbaiki..)
Ya Allah, jangan lalaikan aku, lindungi aku, kuatkan aku, sesungguhnya aku sangat takut aku teralpa dari mengingatiMu dalam kehidupan seharianku!! *
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
2 comments:
TQ atas ingatan.. i like it & akan cuba lakukan..jom amalkan...
jom Jah!!
Post a Comment