Thursday, February 12, 2009

Selamat Pulang & Salam Ukhuwwah Berpanjangan







Assalamu'alaikum wrt...

Cuaca pagi yang sejuk dan redup...
Pagi ini berangkatlah Ust Zul, Dee dan Uwais Al-Qarni ke Airport untuk pulang ke tanah air setelah Ust Zul berjaya menghabiskan pengajian Masternya kira-kira selama 2 tahun lbh di Bumi Anbiya' ini. Sedih juga terasa di hati ini... Tapi insyaAllah kami akan jumpa lagi di Malaysia nanti..:) Husband kami masing-masing di bawah satu Qisim (jabatan) di USIM.. hihii..

Malam tadi ramailah teman-teman Malaysia datang menziarah mereka di rumah kami (mereka bermalam di rumah kami sebelum berangkat pulang setelah mengosongkan rumah mereka petang semalam). Antaranya Kak Ina, Suami dan anak-anak, Ara dan suami, Shila dan suami beserta Marwah dan Suami menyampaikan wida' masing-masing..

InsyaAllah ukhuwwah yang terbina akan kekal selamanya... moga kepulangannya beserta ijazah dan ilmu yang dituntut selama di University Jordan memberi banyak manfaat dan kebajikan buat negara kita tercinta, malaysia...

Moga selamat tiba ke Tanah air sahabatku.... :) Thanks for everything.. jazakumullah khairan kathira...











Salam Ukhuwwah Fillah,

1 comment:

ABU LUQMAN said...

Salam Sejahtera
Selamat pulang ke Malaysia diucapkan buat Ust. Zul dan keluarga

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”