Tajuknya Catatan Ummi.
Sebelum daripada memiliki serta mebaca buku ini, saya telah pun diberi gambaran tentangnya.
Gerun! Begitulah kata seorang akh pada saya. Rupanya setelah membaca buku ini, beliau menjadi gerun terhadap penulisnya. Dan menurutnya bukan dia seorang yang merasakan begitu.
Saya menjadi hairan..Sudahlah saya tak tahu menahu pun tentang kewujudan buku ini walaupun mengenali penulisnya. Tiba-tiba dikejutkan dengan gambaran sedemikian rupa.
Saya lalu bertanya.
Kenapa cakap camtu?
Dan beliau pun menulis ringkas dalam smsnya,
Watak Abi terlalu ideal. Begitulah menurut akh tersebut.
Lalu bila mendapat kesempatan memiliki Catatan Ummi baru-baru ini, saya tidak membuang masa lalu terus membaca.
Sekali hadap saya sampai ke bab ke 22. Menarik! Itu tanggapan pertama sayaTerpaksa layan mata sebentar selepas itu. Biasalah, bila membaca mengantuk.
Apabila sudah selesai semua tugasan di rumah saya meneruskan pembacaan.
Tak sampai habis membaca, saya menghubungi akh tersebut.
Saya memberitahunya yang saya sedang membaca Catatan Ummi. Dan setakat yang saya sudah baca, saya jadi keliru di bahagian mana buku itukah yang menyebabkan akh itu serta mereka yang seangkatan dengannya gerun dengan penulis.
Jawapannya tetap sama...
Watak Abi terlalu ideal.
Saya lalu menulis kepadanya..( Dengan ayat yang lengkap dan sedikit penambahan)
Watak itu adalah watak lelaki normal yang benar-benar telah menerima tarbiyah dan cuba menghidupkan segala apa yang telah dipelajari dari sunnah RasulLLah sallahu `alaihi wa sallam.
Malah watak itu diilhamkan dari contoh depan mata penulis iaitu ayahandanya sendiri.
Setakat yang ana baca, buku itu menampakkan kefahaman penulis kepada dakwah dan tarbiyah serta tanggungjawab yang terpaksa dipikul dalam melaksanakan tugas sebagai dai`e.
Tak taulah kalau ada ikhwah di luar sana yang tak sanggup menyahut cabaran menghidupkan watak abi dalam kehidupan realiti.
Sepatutnya ianya tidak digeruni malah dijadikan contoh untuk menjadi suami idaman para isteri yang solehah.
Ramai yang sering meletak kayu ukur yang tinggi dalam mencari isteri yang solehah. Kita perlu menjadi dulu barulah mencari ( ini saya petik dari kata-kata Pahrol Juoi )
Maksudnya menjadi calon suami yang didambakan isteri yang solehah.
Ana yakin semua isteri dan juga bakal isteri inginkan figur yang sentiasa dapat membimbing mereka namun tetap dimanjakan serta diberi perhatian yang setimpalnya sesuai dengan fitrah yang Allah telah jadikan baginya.
Begitulah celoteh ana pada akh tersebut.
Akhirnya beliau berkata kepada saya,
Insya Allah...akan diushakan.
Alhamdulillah... Itu respons dari saya.
Walaupun begitu, tiada yang sempurna. Buku itu pun masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi mutu persembahan untuk menarik perhatian pembaca. Tetapi secara keseluruhannya, saya dapati ianya buku yang baik untuk dibaca oleh semua lapisan umur khususnya para remaja dan mereka yang terlibat secara khusus dalam bidang dakwah.
Bahasanya mudah dan kisahnya mudah direlatekan dalam kehidupan seorang daie.
Bagi saya watak-wataknya berpijak di bumi, kerana saya biasa jumpa mereka yang seperti watak-watak itu.
Bukan lah nak puji berlebihan pulak. Bukannya dapat apa-apa komisyen pun... Tapi ianya satu cubaan yang baik bagi seorang remaja dalam bidang penulisan.
Cuma sehingga ke akhir pembacaan saya...gerun itu masih menjadi persoalan.
Kalau pembaca ingin memiliki buku ini, cuba hubungi penulisnya di
----------------------------------------------
~Book Review ni diambil dari laman:
http://sakinah-omar.blogspot.com/InsyaAllah saya dan teman saya akan cuba dapatkan buku ini melalui teman keluarga saya di Malaysia.. tak sabar nak memilikinya dan membacanya!!~
No comments:
Post a Comment