Tuesday, February 10, 2009
Anak Bapak
Assalamu'alaikum semua...
Beginilah uwais amzar setiap hari.. Asyik nak berkepit je dengan abinya.. Kalu bukan menyusu, tidur atau abinya keluar berurusan@ke kelas... memang abinya jelah dia kejar... semakin hari semakin rapat Uwais dan Abinya... Kalau Abinya pulang dari kuliah, cepat-cepat minta abinya mendukungnya..bermain bersamanya..gelagatnya macam lama sangat tak berjumpa abinya..!kalu tak didukung, alamatnya nangislah sekuat hati.. huhu.. Abinya yang belum sempat menjamah makan malamnya, terpaksalah melayannya sebentar... huhu.. sabar ye abi.. hiii...
Kalu umminya bawanya berjalan ke rumah kawannya, bila rasa dah lama duduk, ha mulalah dia teringatkan abinya..tarik tangan umminya bangun bawa ke pintu..maksudnya nak baliklah tu... ;) itulah uwais sejak dia sudah mula kenal abinya...
Sayang Anakku,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
4 comments:
kepada abg uwais yang bijak!
alhamdulillah, moga kasih sayang itu berkekalan dalam ketaatan yang soleh pada abi dan ummi yer ...
auntie Yana, alhamdulillah.. moga-moga begitulah hendaknya.. :)
ayu...rindunyer kat ayu....tak sangka boleh jumpe ayu balik..hehe..tu pun dalam blog...oooo dah ade di Jordan ye...ayu sambung belajar gak ke...senang2 ziarah dan komenlah di blog hana yer...semoga kita berdua menjadi ibu mithali dan isteri yang solehah...ukhuwwah fillah abadan
salam hana.. miss u too... ;) hihi.. kita dapat blog hana ni dari blog kawan lama jg... insyaAllah sama2lah kita usahakan.. ;)
Post a Comment