Friday, February 13, 2009

Message From Her

Salam 'alaikum abadan...
Ketika mengupdate berita semasa di laman internet, tetiba terdetik untuk menghubungi seorang sahabat baik saya di Malaysia..my Best Friend, My Sister... terasa rindu padanya pada saat-saat diri ini tetiba terkenangkan memori lalu...di Malaysia.. (maybe after kepulangan Diyana semalam ke Tanah Air tercinta..huhu)

tetapi terfikir sahabat saya itu mesti sedang busy dengan tugas-tugasnya di pejabat, saya pendamkan saja... Tup-tup, tengok ada message darinya... :) Ayat-ayatnya:

"Bismillah, Dear Allah, The lady reading this is beautiful, classy and strong and I love her. Help her live her life to the fullest. Please promote her and cause her to excel above her expectations. Help her shine in the darkest places where it is impossible to love. Protect her at all times, lift her up when she needs You the most and let her know when she walks with You, she will always be safe. Love u!!..."

Semacam ada satu instinct yang sama.. Allah gerakkan hati kita tika dia sedang mengingati kita... ukhuwah itu indah, jika bertemu & berpisah keranaNya... :) Tika bersujud bersama, berdoa mengahadap Ilahi agar hubungan persahabatan kita berpanjangan.. melayari hidup dalam ketenangan dan mencapai redhaNya... Berjaya dalam hidup.. menjadi Hamba, Isteri dan Ummi mithali..insyaAllah...Thanks Friend...

P/S: Zah, Peluk cium akak buat Baby Zikri.. ;) he's so cute!

ukhuwwah Fillah,

5 comments:

FirJah said...

"ukhuwah itu indah, jika bertemu & berpisah keranaNya"
ummu uwais, diyana & zul dah balik malaysia , diaorg dah abis belajar @ balik sbb cuti jer? ummu uwais bila akan balik ke m'sia?

Unknown said...

hehee..betul tu.. nnt kita betulkan sikit ayat tu. ha'ah depa blk sbb dh abis bljr... kami/ insyaAllah tggulah hubby abis barulah blh blk Msia..huhu..

FirJah said...

bila ur hubby di jangka habis belajar? so ummu uwais kat sana surirumah sepenuh masa @ sambung blajar gak? bestkan dok kat sana leh rasa kehidupan di negara org.

kak mah kunci blog dia.. katanya nnti dah ready baru nak publishkan..

Anonymous said...

k ina pun cmtu, kalu teringat kat org tu, then tak lama mesti org yg kita ingat akan call atau sms...
maybe kita ada 6th sense..hehehe

Unknown said...

To Firjah: insyaAllah setahun setengah lagi..doakanlah dipermudahkan segalanya..:) kita rabbatulbait sepenuh masa..huhu.. alhamdulillah..adalah manfaatnya juga hidup di negara org..=)

To k.Ina: yelah..selalu camtu... agaknyalah kan..we have 6th sense!!

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”