Alhamdulillah...
telah hilang kesakitan yang ku hadapi beberapa minggu ini..hiii...
gigi lama yang memang perlu dicabut... huhu..hilang satu lagi gigiku...
Semalam petang bersama hubby dan uwais ke klinik berdekatan dengan masjid Abdul Rahman Auf, Sweileh.. Hubby pun buat check up juga untuk giginya... masih ada lagi appointmentnya dengan dentist 1 march ni...
Doktor sini memang professional.. alhamdulillah saya kira tak sampai pun 15 minit dah tercabut gigi saya.. tak rasa sakit dan tak banyak darah keluar.. maybe sebab gigi lama kot... hiii..
Ha, pesanan buat anakku, uwais besar nanti dah tumbuh semua gigi, kena rajin tau gosok dan jaga gigi baik-baik ye.. ummi dah belikan pun berus dan ubat gigi untuk uwais... sekarang pun dah blh start jaga..;)
Balik dari jumpa Dentist tu, saya terjumpa Ustaz Syed Hilmy sekeluarga.. sempatlah saya berkenalan dengan zaujahnya, Syarifah Norizan (K.Pah)... InsyaAllah ada masa nanti saya ziarah ke rumahnya..katanya dah ready sumenya.. Ustaz Syed adalah pelajar PhD baru yang sambung belajar di Jami'ah Urduniyyah...Mereka sekeluarga baru tiba minggu lepas =) ahlan wasahlan!
Akal Budi Sinar Peribadi,
Sunday, February 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
No comments:
Post a Comment