Saturday, February 28, 2009
sejuk..hujan ..salji.. Ikan Masin + nasi Putih
Cuaca sangat sejuk hari ni, alhamdulillah turun juga salji akhirnya walaupun tidaklah berapa lebat. malam ini masih hujan dan mungkin salji akan turun kembali... salji yg tadi mula mencair, memang buatkan cuaca terasa amatlah sejuknya. Terasa sengal2 menusuk di tulang temulang.. Sehingga esok pun dijangka masih hujan...Moga Allah kekalkan kesihatan kami.. :)
Kerana kesejukan saya mula rasa malas nak mengadap internet, walhal siaran TV di rumah pula 'no signal'. dari semalam sejak turunnya hujan.. Selalu saja hadapi keadaan ini. yang peliknya rumah jiran2 atas ok pulak.. tanya Ain, rumahnya ok je ada je channel..huhu.. takpelah Allah nak saya buat perkara lain.. ada hikmahnya tu.. saya pasrah.. ;)
Sejuk2 macam ni, memang sedap kalu dapat makan nasi putih panas bersama lauk ikan masin goreng beserta ulam timun & tomato cicah sos cili & kicap, kan? nak tahu apa saya buat pagi tadi..? selepas subuh, tetiba sangat nak makan sajian tersebut. saya terus ke dapur dan masak! haha.. tak pernah saya buat. (bukan sebab takde lauk ayam daging dirumah, tapi kalu dah teringin..) Teringat pula masa saya dalam darjah satu (atau 2 atau 3). masa tu musim tengkujuh, hujan turun tak berhenti2.. keadaan kami sekeluarga waktu tu taklah se'stable' sekarang. Maklumlah Abah hanya peneroka Felda (dulu ekonomi blum maju).Pendapatan agak rendah. Dengan hujan yg lebat ditambah pula tiada kereta untuk ke kedai, jadi Abah tak dapat sediakan kami lauk hari tu. mak sempat masakkan nasi je. Saya dan kembar saya yg agak lapar waktu tu, dek pernah dengar cerita dari Mak dan Abah yg orang2 dulu pernah makan nasi dgn garam, kami pun amik garam test makan dengan nasi! asal alas perutlah.. takkan saya lupa waktu tu. ;)
Alhamdulillah bila dikenang2 kembali, terasa sangat diri ini beruntung.. Allah telah kurniakan nikmat dan rezkiNya pada saya sekeluarga.. dah boleh rasa banyak jenis makanan.. Dan kini di bumi Anbiya' Allah berikan saya merasai makanan2 tradisional arab pula.. Ya rabb aku sangat2 bersyukur padaMu.. Jadikan aku dikalangan orang2 yang bersyukur..amiin.
***************************************
Note: Abg, study jangan tak study..teruskan usahamu.. harap abg diberi kekuatan hadapi cabaran sejuk bersalji ni... 1 week to go je imtihan kafa'ah@kifayah abg tu..chayok2x!!
Friday, February 27, 2009
Happy Birthday Pak Andak Uwais!
Ucapan dari Uwais...
Selamat ulangtahun kelahiran (27 februari) yg ke...erm..berapa ye pak andak? hehee..
uwais tak lupa Pak Andak.. Semoga Panjang umur murah rezeki..mg jodoh bersama Mak Ita Andak berpanjangan dan disatukan pertengahan March nanti.. Moga bahtera yg akan dibina sentiasa dalam keberkatanNYA, bahagia dunia akhirat.. Maaf Uwais tak dapat balik meriahkan majlis Pak Andak nanti.. ummi pun cam sedih.. tapi kami doakan moga segalanya selamat ye.
Tentang lirik yg Pak Andak minta buatkan tu, ummi kata ummi cuba buat.. tajuknya mencabar jugak. ummi kata otak cam dah tepu sebab dah lama tinggalkan bidang tu..hihii.. Doakanlah idea dan ilham tu sampai ek. :)
ok, kullu sanah wa anta bikhair..
salam sayang, salam rindu dari kami yg Jauh..
Wednesday, February 25, 2009
Mujaddara- thanks k.ina :)
Actually resipi ni saya dapat dari Kak Ina.. Semalam bertandang ke rumahnya untuk membeli hand wash yang pernah beliau promosikan baru-baru ni dalam blog beliau (sweileh with luv).
Kak Ina pun cerita pada saya yang dia buat nasi kcg dal..namanya Mujaddara. Makanan arab.. Kak Ina bgtau saya org Arab panggil juga nasi ni nasi orang miskin.."sebab hanya makan nasi dengan kacang dal..hihii.. tp kita tak miskinlah sebab ada lauk gulai ayam kari!" heh..
maka, hari ni saya pun trylah buat Mujaddara ni...alhamdulillah.. Hubby kata Marvellous! heh..yeke bang.. yg penting abg happy! alhamdulillah.. Anda boleh mencubanya juga. ringkas je. Selain makanan ini sangat berkhasiat! kata kak Ina ada zat besi lagi.. =) Anda boleh rujuk Kak Ina kalu nak resipinya..hehe.. (sebab idea dr Kak Ina) ;)
seronok memasak ;)
Tuesday, February 24, 2009
Catatan Bergambar
yg sorang buat gaya nak ke sekolah siap dengan botol air dan beg sekolah lagi! yg sorang lak, x abis2 nak suh pakaikan tudung umminya..si uwais bila tgk hanin pakai tudung ni, dia suka sgt, tepuk tangan lagi!:D
Monday, February 23, 2009
A Simple Story With A Loud Message...
(email yg saya terima dr satu laman yahoogroups)
Ianya mungkin kisah jenaka, tapi ianya lebih kepada satu message yg sarat pengertiannya... :) Kita berfikirlah sejenak.. saya kurang arif untuk mengulas lanjut, takut2 tersalah dimana2..walhal ilmu di dada masih belum sempurna.. saya membiarkan anda mentafsirkannya sendiri.. boleh tinggalkan komen jika ingin berkongsi bersama =)
***************************
A young couple moves into a new neighbourhood.
The next morning while they are eating breakfast,
the young woman sees her neighbour hanging the wash outside.
"That laundry is not very clean", she said.
"She doesn't know how to wash correctly.
Perhaps she needs better laundry soap"
Her husband looked on, but remained silent.
Every time her neighbour would hang her wash to dry,
the young woman would make the same comments.
About one month later, the woman was surprised to see
a nice clean wash on the line and said to her husband:
"Look, she has learned how to wash correctly.
I wonder who taught her this?"
The husband said,
"I got up early this morning and cleaned our windows."
And so it is with life. What we see when watching others....
depends on the purity of the window through which we look.
****************************
Maka, renung2kanlah.. Tepuk Dada Tanya Iman!
Akal Budi Sinar Peribadi,
Jom sama-sama buat 7 Perkara ni!
Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat.
* ucapan terima kasih kepada teman blogger kami imam_azhari8203 kerana saban hari menghantar ayat-ayat CintaNYA di YM untuk direnung bersama sebagai tazkirah pagi dan petang.. moga-moga Berkat Allah sentiasa bersama kita.. Moga Allah sentiasa beri kekuatan untuk kita mengerjakannya.. (especially untuk diri ini yg masih banyak perkara perlu perbaiki..)
Ya Allah, jangan lalaikan aku, lindungi aku, kuatkan aku, sesungguhnya aku sangat takut aku teralpa dari mengingatiMu dalam kehidupan seharianku!! *
Sunday, February 22, 2009
Adeh..Akak pun kena tag jugak?
Erm, bila buka je blog, tengok dekat link sahabat saya,my ex-classmate masa di uiam, Huda ada update terbaru! so, saya pun bukalah blognya..habis baca last sekali dia bagi satu keje lak kat saya..huhu..Dia Tag saya!!
Huda..akak ni sebenarnya kurang pandailah tag mentag ni.. tapi takpelah.. oleh sebab tak nak hampakan permintaan Dik Huda, akak layanlah juga..heh!
[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]
1) Alhamdulillah... dah 2 tahun berumah tangga..dikurniakan seorang suami yg penyayang ( Mohammad najib bin Jaffar) dan sorang anak laki yg aktif (Uwais Amzar). Mereka sumber kekuatan buat diri saya and I Love U All Much3x!!
2) Bercinta selepas berkahwin. Cume berkenalan sebelum itu untuk kenal latar belakang. Juga melalui teman2 yang kenal dengannya. Boleh dikira kot berapa kali telefon. itupun sekadar yg mostly important je. SmS pun kadang2.. takut terhanyut dibawa perasaan yg alpa.. maaflah, saya rasa pelik tgk org ber'gayut' lama2 walhal baru je berjumpa..:? erm, Suami seorang yg tak banyak mulut macam saya..kih3x..Allah telah melengkapi kehidupan kami berdua..;)
3) Suka melayan kerenah Uwais, buah cinta kami. Tak suka tengok kalau dia comot sangat dan bau 'masam' heh. That's why baju dia selalu je bertukar. Bukan ape saya rasa dia pun nak rasa selesa kan.. Kebersihan dan Kecantikan itu kan Allah suka.. pagi2 lepas bersihkan dia, mesti sapukan losyen @ bedak bagi wangi skit. hii.. tak nak dengar abinya cakap "masamnya anak abi nih.." ;)
4) Suka juga sikatkan rambut Hanin..anak asuhan saya. rambutnya cepat panjang.. jadi saya tak suka rambutnya mengerbang tak terurus, saya sikat dan sapukan sikit minyak rambut olive oil dan dandankannya @ ikat. Baru lg comel kn Hanin? tak rimas dah ummi tgk Hanin lps tu. ;)
5) Mempunyai seorang saudara kembar bernama Suhana (kembar seiras). Lahir pada 29hb Ogos 1981. Abah kata tak sempat tunggu tarikh merdeka 31 Ogos sebab kami tak sabo2 dah nak kuar ke dunia!kih3x.. yeker Abah? Syukur saya antara yg terpilih dalam dunia ada pasangan kembar! Menarik! kami anak yang ke 5 dan ke 6..saya adik.(tapi saya kahwin dulu.hehe).kami diapit oleh abg anak ke 4 dan adik lelaki anak ke 7. Keluarga saya sangat meriah! 12 orang sumenya..10 perempuan, 2 lelaki. (tambah satu je dgn keluarga Huda) ;) Kalau semuanya balik ke kampung, maka berantakanlah suasana..cukup2 meriah!. Thanks Mak and Abah! i really miss U and always love u!
6) I really love Cooking.. dan jenis suka masak 'pandai-pandai sendiri'.. org jawa kata 'cempak-cempak' je. dan juga suka cipta resipi sendiri..(alah godeh-godeh je resipi asal, jadilah resipi lain) especially yang masakan panas.. sediakan makan pg, tengahari @ malam untuk 2 belah family dan sekarang untuk my beloved hubby and my son!heh. kalu balik sesekali ke kampung 2 belah, memang selalunya saya akan masak.. ^-^
7) Sangat minat pada ilmu IT, design dan Art.. memang dari kecik minat pada kesenian ni ada dlm diri.. pernahlah masuk pertandingan melukis sempena kempen anti dadah. tak menang tapi puas sebab minat punya pasal.hii.. dan pernah juga sumbangkn satu lirik untuk salah sorang penasyid tanah air. sekadar membantunya waktu matrik dulu.. biasa je pun :p. masa di uia matrik juga pernah pegang Assit. Biro Seni Suara. dah minat..tp xdelah sampai nak jadi penyanyi kan..kih3x..
8) Minat bisnes juga. Pernah juga buat bisnes kecik2 ms di matrik dulu.Bisnes buat tag untuk program-program. saya salah seorang designernya. selain teman saya Aidil Farina dan Nadey. saya ingat lagi nama 'syarikat' kecil kami tu. Art & Design Entertainment! teman2 lain yg bersama berusaha Wan, Ayu, Apit, Fidza, Nizer and K.Bie. ada yg tertinggal tak ek? sori..tp rasenya cukuplah kot.hehe..kami satu Dorm waktu tu.
9) Ada perancangan untuk sambung study dalam bidang syariah law pulak.. ingat nak habiskannya buat DSLP..Diploma of Syariah Legal Practice. 2006 takat habiskan civil law je (Bachelor of Laws). tapi itu hanya perancangan..tengok keadaan juga nanti. Allah jua merancang.. Doa2kanlah untuk saya ye. =)
10) Suka photography. suka bergambar dan suka amik gambar. Gambar kan satu memori..sekurang2nya adalah sesuatu yg akan diingati satu masa nnti.. Kalau gambar pemandangan memang minat sangat. I feel comfortable bila lihat pemandangan2 yg cantik especially laut dan matahari terbenam! Subhanallah..!
11) Warna favourite saya adalah Hijau dan Biru. (samalah Huda!) warna-warna ni mendamaikan.. Dulu suka kuning, tp sbb apetah, tak berapa suka lak.. :?
12) yg ni mak saya kata: saya ni senang mesra dengan budak2.. budak2 suka ajak saya main bersama.. tak kiralah anak jiran @ anak sedara sendiri.. ntah..ada aura sendiri kot. sebabnya saya rasa saya ni garang orangnya tp pelik diorg suka dengan saya! yeker?
13) sedih kalau orang tak maafkan saya..huhu.. jadi sapa2 yg masih ada 'simpanan' untuk maafkan saya, ada terasa ke, salah faham ke.. saya mohon maafkanlah ye.. saya manusia lemah, masih banyak perkara yg perlu diperbaiki..
14) Setiap hari saya berusaha untuk buat yg terbaik untuk diri sendiri @ org disekeliling saya. Kalu boleh taknak susahkan org lain, nak buat sendiri melainkan kalau dah tak berdaya..kan besar pahalanya kalau kita memudahkan urusan org lain..=)
15) Apa lg ye? amat menggemari masakan panas macam sup dan tomyam! sampai uwais dah mengikut saya..tiap2 hari makan pun dia tak jemu..mulutnya buka luas kalau disuap. Puas hati menyuapnya! satu yg saya pendam nak makan selain dibawah (no 16) ni. Kerang dan Tempe!!! huhu.. nak balik malaysia... sob..sob..sob.. :(
16) Satu lg yg saya simpan sampai sekarang.. keinginan untuk merasa masakan sup dari 'air tangan' hubby.. huhu.. abg, bila ummi boleh rasa nih..Saya rasa yg ni saya blh dapat kt cni tapi... takpelah, ummi tetap sabar tunggu... satu ni je...pls... (mcm ngidam lak) :D
********************************************************
Erm, alhamdulillah siap pun! sape ye saya nak teruskan tag ni? nak tag 6 orang ibu ni lah.. xcukup 16 org pn takpe kan..hihii.
~ Marwah saari (Mama Hanin)
~ Kak Yana di Shah Alam
~ Kak Ina Sweileh
~ Kak Shila Bkt Mahkota
~ Adik Arfah Shah Alam
~ Dewi maharah (AimiRa)
sila balas ye.. syukran =)
Note: Buat Ummu Uways, yg juga telah mengtag saya, ni kira dah berjawablah ye sekali..hii..baru terbaca blog Mar.. ;)
Akal Budi Sinar Peribadi,
Saturday, February 21, 2009
Uwais dapat 'adik' baru..
ha..jgn suspen ye.. jangan salah faham ye tajuk entry kali ni..hiii..
bukannya Uwais dapat adik kandungnya.. tapi dalam ertikata lain dapat kawan baru.. hihi..
baby girl.. ;)
Tahniah buat Adik Arfah yg telah dikurniakan seorang permata hati yang sweet yg diberi nama Aisyah solehah bte Mohd Ridhauddin... (19 Januari 2009)
Dan juga Tahniah buat sahabat baik saya Fidza yg juga telah melahirkan mutiara hati baby Girl yang comel diberi nama Sumayyah bte Mohd Hafiz...(5 Februari 2009)
Muaahhhhh.. dari abg Uwais Amzar yg jauh di perantauan... hihii
selamat mengenal dunia,
Friday, February 20, 2009
Salam Takziah...
Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Abu Usamah yang telah kembali ke rahmatullah... Allahyarham adalah jiran sebelah bangunan rumah kami sewa ni... dan juga pemilik sebuah kedai runcit berdekatan rumah kami...Beliau sangat baik dan peramah..baru je aritu terserempak dengan beliau dengan mukanya tersenyum...
balik dari solat jumaat tadi hubby bagitau hal ini.. hubby terbaca di pintu pagar rumahnya ada nota pemberitahuan tentang kematian beliau yg mana jenazahnya akan disembahyangkan di salah satu dewan di sini.. Moga Roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong di antara orang-orang yg soleh..Amiin. Al-Fatihah!
p/s: oleh sebab ramai yang salah faham hal ni, saya jelaskan bukannya Abu 'Amir yg dimaksudkan sepertimana nama yg dibagitahu adalah allahyarham abu Usamah..jiran sebelah bangunan kami ni..kedainya terletak di tepi jalan besar umah kami..sebelah farmasi.. sekian sedia maklum!
Tujuh Ayat Cinta
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah: jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6.Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah: bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.
Thursday, February 19, 2009
Bila Uwais dah kenal orang..
Bersama Cik Aranya..awal2 jumpa lagi mmg dah blh close..manja2..agknya bakal anak Cik Aranya nnti Girl kot..hi3x..
Dengan Abi Haninnya... mula2 dulu takdelah semanja dan serapat ini, tetiba 2 tiga hari ni, ianya menjadi terlalu rapat..tetiba nak duduk dan dipeluk abi Hanin ni..
Yg ni pula, dengan Auntie Ain, a.k.a Ude.. dalam beberapa minit je tak mahu, pastu dah pandai nak manja2 nak suap2 lak auntie barunya ni...;) jgn jeles ye 'ammu Mus'ab..hiiii
Tengoklah kemesraan mereka berdua..si uwais ni nak juga duduk dekat Aunti barunya ni..tak nak turun, sibuk nak uli tepung juga..huhu.. :p
BINA PERIBADI WAKTU MAKAN
arini belek2 email dari kolum yahoogroup sahabat2 IIUM, tertarik untuk kongsikan bersama artikel di bawah ni. Jom Baca!! =)
BINA PERIBADI WAKTU MAKAN
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:
1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat
kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok
waktu makan."
2. Baca bismalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke
mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh
syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."
3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.
"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya."
4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia
mempengaruhi roh."
Tuesday, February 17, 2009
Happy 2nd Anniversary (Ayu-Najib)
Enjoyscrap.com Get Happy Anniversary-Graphics
Syukur kami rafakkan kehadrat Ilahi atas segala KurniaanNya..
Pejam celik, sedar tak sedar, maka genaplah hari ini 18hb Februari '2006-2009' ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2... meneraju hidup bersama suami tercinta, Mohammad Najib bin Jaffar. Segala puji bagi Allah SWT di atas nikmat sakinah, mawaddah wa rahmah di dalam berkeluarga.. Moga usia perkahwinan ini berpanjangan dalam PetunjukNya selalu...
Terima Kasih ya Allah, Kau telah temukan kami hidup bersama, dengan kehadiran cahaya mata penambah seri rumahtangga... tetapkan hati-hati kami agar sentiasa bersamaMu, tetap dalam iman dalam mencari redhaMu selalu...Moga ianya seiring perjalanan kami menuju ke syurga Allah, insyaAllah..
Terima Kasih abg, atas segala pengorbanan, kesetiaan, kasih sayang, ilmu..Moga ianya mendapat sebaik-baik balasan dariNya... InsyaAllah..
.. Doa dari Isterimu, Semoga terus cemerlang dunia dan Akhirat. Amiin!
Hayati bersama titipan di bawah: =)
Hijjaz - Rumahku Syurgaku
Suami perlukan belaian dari isteri yang penyayang
Yang dapat melayani dan menghiburkannya
Serta pandai mengurus rumah tangga
Itulah harapan suami
Isteri juga sangat mengharapkan suami yang penyayang
Bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik
Anak-anak akan bahagia dan tenang
Apabila ibubapanya berkasih sayang
Bertanggungjawab mengasuh dan mendidik
Ibubapa bahagia kalau anak-anaknya
Menyayangi mentaati dan memuliakan mereka
Rasa kasih murni antara suami isteri boleh rosak
Jika masing-masing tidak berakhlak
Cinta murni antara anak-anak dengan ibubapanya
Diikat kuat oleh cinta tabii
Yang semulajadi akan punah
Jika tidak disuburkan
Cinta suci akan subur
Apabila ada iman dan akhlak yang mulia
Iman dan akhlak mulialah menjadi penyebab
Membentuk keluarga yang bahagia
Dan berkasih sayang...
Sehingga lahirlah
Masyarakat
Penyayang dan negara makmur
Hasil daripada keistimewaan
“Ya Allah, Tuhan Pemilik Segala Cinta.. Letakkanlah dunia dalam genggamanku, jangan di hatiku.. Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah! Ya Allah, sungguh aku memohon redhaMu dan SyurgaMu! Amiin.
Note:
1) Happy Birthday buat kak Ina yang jatuh pada hari ini juga.. dah berapa tahun tu ye kak ina? hehee..
2) happy Birthday juga buat teman blogger, Akma yg jg jatuh pada hari yg sama... mg kalian sentiasa dalam lembayung dan berkat Allah selalu hendaknya.. :)
Happy 2nd Anniversary zauji habiby :),
HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.
Monday, February 16, 2009
Gembirakan Uwais & Hanin
gambar atas tu sajalah letak gambar betapa gembiranya mereka berdua dibawa bersiar-siar...dapat jumpa kawan, suka sangatlah...hii..
Di Nana Brostat.. restoran ala-ala KFC gitu, sweileh gharbi
Ronda-Ronda Sweileh,
Sunday, February 15, 2009
Appointment with Dentist
telah hilang kesakitan yang ku hadapi beberapa minggu ini..hiii...
gigi lama yang memang perlu dicabut... huhu..hilang satu lagi gigiku...
Semalam petang bersama hubby dan uwais ke klinik berdekatan dengan masjid Abdul Rahman Auf, Sweileh.. Hubby pun buat check up juga untuk giginya... masih ada lagi appointmentnya dengan dentist 1 march ni...
Doktor sini memang professional.. alhamdulillah saya kira tak sampai pun 15 minit dah tercabut gigi saya.. tak rasa sakit dan tak banyak darah keluar.. maybe sebab gigi lama kot... hiii..
Ha, pesanan buat anakku, uwais besar nanti dah tumbuh semua gigi, kena rajin tau gosok dan jaga gigi baik-baik ye.. ummi dah belikan pun berus dan ubat gigi untuk uwais... sekarang pun dah blh start jaga..;)
Balik dari jumpa Dentist tu, saya terjumpa Ustaz Syed Hilmy sekeluarga.. sempatlah saya berkenalan dengan zaujahnya, Syarifah Norizan (K.Pah)... InsyaAllah ada masa nanti saya ziarah ke rumahnya..katanya dah ready sumenya.. Ustaz Syed adalah pelajar PhD baru yang sambung belajar di Jami'ah Urduniyyah...Mereka sekeluarga baru tiba minggu lepas =) ahlan wasahlan!
Akal Budi Sinar Peribadi,