Thursday, January 1, 2009

Nasi Lemak Sweileh

Antara Hobi & permintaan

Itulah nama nasi lemak saya..hiiii...
alhamdulillah dah 2 kali pun berjaya laksanakan jualan ini... terima kasih atas sokongan adik2 semua dan sahabat2 di Sweileh khususnya... (^-^)Y

Actually ini sekadar Hobi & memenuhi permintaan adik2 serta sahabat2 di Sweileh ni je...

memang minat saya sejak dibangku sekolah suka dengan berniaga...mungkin kerana mak dan abah dulu pernah berniaga sate dan menjual roti di Felda Purun tempat kami menetap...jadinya minat itu turun pula pada diri saya..hehe..

teringat ketika di Matrik iium, PJ... saya bersama teman2 sebilik berpakat menyediakan khidmat printing dan membuat tempahan taq untuk program2 pelajar... saya antara designernya... ;)


memang satu pengalaman manis buat saya... saya ni minat sangat dengan seni lukis dan dekorasi..blhlah..walaupun taklah se'terer' mana pun...masih byk yg tak tau..sebab belajar dari pengamatan sendiri dan cuba-cuba..hehee..nk kena cari guru lak lepas ni kot... =) (adik2 bawah saya ada yang amik bidang ni, blhlah tunggu diorang abis study nnti, menuntut dgn diorang je).

oklah nak buat iklan sikit: khusus untuk sahabat2 dan adik2 di Sweileh.. InsyaAllah, jualan nasi lemak hanya akan ada pada hari selasa pagi setiap minggu... harga biasa 1JD satu bungkus... apa2 berita, saya akan ym semua ye..tq atas sokongan anda!! =) lagi satu kalu ada yang nak atau teringin makan buah bersama kuah rojak, bolehlah hubungi saya..insyaAllah ada stok, saya buatkan..hehee..tp hanya sediakan kuah rojak je.. harga 1JD satu bekas.. tq.

6 comments:

shoutulnisa said...

wah..wah..seronoknyer akma dengar kak ayu berniaga kat sana ..selamat maju jaya ye..samalah jugak yer kita suka sangat main masak2 ni ..lebih2 lagi berniaga kecil-kecilan..ok lah,nati ada lebih simpan kat sini sikit yer uwaisss huhuhu

Anonymous said...

akma, mmg sonok niaga nih.. dulu ms matrik jg akk part time jd jurujual d kdai runcit kt mahallah..hehee... ms br abis study uia pn akk keje dgn abg ipar akk kt kedai mknnya... walaupun penat tp seronok sbb dpt timba pgalaman..kot2 nnt blh buka perniagaan sndr..hehee..

nsmujahidahnmnor said...

wahhh..blh order dr irbid x??hehe... :)

Unknown said...

to Nik Solihah: boleh ke? hehee... Kalu rezkinya ada ke sana...insyaAllah... heh =)

Anonymous said...

ye ker kak ayu..seronoknyer...akma pun teringin sangat nak kerja part time g2 ..tapi huhuu....nati kena ada kedai sendiri la lu..jadi tauke pun ok gak..leh ambik kak ayu jadi tukang masaknyer kan ..

Unknown said...

huhu.. syukran atas offer pertama tu... insyaallah mana tau..? hiii.. tapi akk ada berimpi nk buka restoran sendiri..hehee ;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”