Wednesday, January 7, 2009

Demonstrasi Bantahan Kezaliman ke atas Gaza

Malam tadi ada satu lagi muzaharah (demonstrasi) dilaungkan bergema di bumi Sweileh-Hayyu Syarqi ... masuk hari ini dah hari ke 12 kezaliman rejim zionis, yahudi laknatullah ke atas bumi Gaza... saya lihat di Tv tadi kira-kira lebih 640 orang telah syahid dan sekurang-kurangnya 2800 cedera.. Tak sanggup rasanya tengok bila kanak2 yang seusia uwais terkorban dibedil peluru tak bermata Yahudi Laknatullah!! Ada satu keluarga yang mati syahid meninggalkan ayahnya sendirian... ayahnya berkata dengan tenang.."Alhamdulillah..anak-anak saya semuanya telah mati syahid..." Mashaallah..betapa kuatnya iman seorang ayah ini...

ini adalah kali pertama saya dapat tengok secara live... selalu hanya menonton di AlJazeera Channel Mubasher (live)... namun saya dapat mengintai dari celah-celah cendela rumah sewa saya... mama hanin, Marwa yang tolong snapkan beberapa photo demonstrasi berkenaan menggunakan lensa camera saya..menurut Marwa, Muzaharah kali ni best.. ada kata-kata memperli pemimpin-pemimpin arab yang duduk diam membisu tanpa ada usaha membantu memerangi Yahudi Si laknat itu!! antaranya kata-kata perli buat si Mubarak yang saya kira lagi teruk dari si yahudi itu...mana taknya sehingga sekarang beliau masih tidak membuka pintu sempadan buat orang-orang Palestin yang dalam ketakutan untuk selamatkan diri...sungguh tiada sensitiviti langsung terhadap sesama islam sendiri... belum terkena atas hidung sendiri kot.. Astaghfirullahal'azim..."askar-askar islam seluruh dunia duduk diam membatu jelah..." ayat-ayatnya lagi...







No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”