Saturday, January 24, 2009

Subject: FW: Pembelot dikalangan muslim


Sikap diam negara-negara Arab: kebenaran yang tersembunyi

Semalam Khatib yang juga merupakan dekan kuliyah syariah di Universiti
Sudan membocorkan beberapa rahsia pakatan jahat Yahudi dan Arab sekular.
Pertama kali saya menangis dalam khutbah Jumaat seumur hidup saya.
Sehingga kini hati ini sebak bukan kerana sedih tetapi geram ditipu.

Sebenarnya sebelum peperangan dilancarkan Israel telah melakukan beberapa
perjumpaan penting dengan pemimpin dunia. Antaranya Blair dan pemimpin
dunia Arab. Dalam laporan di akhbar Yahudi, dilaporkan bahawa peperangan
ini sengaja dilancarkan dan matlamat utamanya memansuhkan kewujudan Hamas
dari tanah Arab.

Perkara ini telah dipersetujui Israel dan juga negara negara Arab yang
lain. Ini menjelaskan kenapa sempadan Rafah ditutup rapat. Ini juga
menjelaskan kenapa Arab tidak menghulur bantuan ketenteraan. Arab
sebenarnya berlakon dengan ucapan politik menyatakan simpati pada bangsa
Palestin sedang mereka menjual nyawa bangsa Palestin pada Israel dengan
harga yang mahal iaitu maruah mereka.

Husni Mubarak menyatakan 'sesungguhnya darah rakyat Palestin bukanlah
murah.' Ini bermakna perniagaan sedang berlaku. Munafik inilah yang kini
sedang meletupkan terowong-terowong rahsia Hamas di Rafah. Pembiayaan
peletupan terowong-terowong ini adalah di bawah tanggungan Amerika
Syarikat. Israel hanyalah kambing hitam dunia Arab dalam menghapuskan
pengaruh Islam haraki yang dipelopori oleh Ikhwan dan pertubuhan Hamas.

Sebenarnya Hamas dikepung oleh ular-ular yang mematuk dari luar dan dalam.
Mesir kini dijanjikan pengaruh politik terkuat oleh Barat. Inilah yang
dikatan harga mahal yang mereka raih dari penjualan nyawa bangsa Palestin
di Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diperalatkan oleh Israel bagi tujuan
penghapusan etnik. Kita mengkritik PBB yang kononnya lemah dan lembik dalam
menghadapi Israel namun sebenarnya mereka bersekongkol dengan Israel bagi
menghabisi pelapis mujahidin Palestin. Wanita dan kanak-kanak dihimpun oleh
PBB dalam bangunan mereka kemudian Yahudi akan mengebom bangunan itu.
Inilah yang berlaku di Gaza sebenarnya.

Bukti logik pada penghapusan etnik adalah pembunuhan kanak-kanak. Israel
mengakui itu adalah kesilapan tentera mereka dalam tembakan rambang
sebenarnya, namun kalau kita perhatikan rata-rata kanak-kanak yang mati
adalah menerima tembakan dari penembak tepat (sniper). HeadShot bukanlah
hasil dari tembakan rawak tetapi adalah sasaran tepat yang dilakukan
Yahudi.

Sekarang ini saya menyimpulkan bahawa sasaran Yahudi di Gaza adalah: 1.
propaganda untuk menyatakan kewujudan Hamas menghalang perdamaian, 2.
penghapusan saksi penting peranan Hamas, dan 3. kekejaman Israel iaitu
genocide.

Masalahnya sekarang kita tiada daulah.

Apa yang kita boleh lakukan adalah kembali kepada Islam dan menentang
sebarang sistem selain Islam. Boikot semua produk Yahudi dan Amerika.
Yakinlah, si buta hanyalah penguasa dunia Arab, bukan rakyatnya. Ia adalah
sama sahaja di mana mana kuasa membutakan hati dan iman.

Saya menyeru umat Islam membacakan surah Al-Fath dan bincangkan
tafsirannya.

[E-mel dari pelajar di Sudan , telah diedit (editor)]

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”