Saturday, January 31, 2009

Tahniah Erdogan!!!

Satu Tindakan berani Perdana Menteri Turki, Erdogan yang julung-julung kalinya setelah pemimpin-pemimpin Israel menunjukkan kebanggan mereka terhadap kejayaan mereka menghancurkan bumi Gaza... saya kira memang patut mereka & sekutu-sekutu mereka (yahudi)dapat penghinaan dan cemuhan sebegini... agar 'hidung-hidung' mereka tidak selalu 'tinggi' mendabik ke langit... selepas Bush dimalukan, Si Perez pula termakan jerat debatnya.. :p


“Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.” - dipetik dari saifulislam.com

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”