Kenyataan 40 Ulamak Al-Azhar & Mesir mengenai GAZA
Kerakusan Yahudi yang dilaknat Allah swt membunuh umat Islam Palestin yang dikepung ketat oleh Israel dan Mesir, serta tiada tindakan ketenteraan yang diambil oleh Kuasa-kuasa Besar Dunia dan Kerajaan-kerajaan umat Islam telah disaksikan sendiri oleh Umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh. Penyembelihan sudah masuk minggu ke 3.
Kini rakyat jelata dan masyarakat boleh menilai sendiri sejauh mana kefahaman dan perangai pemimpin masing-masing terhadap Islam dan umatnya. “Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna).
Gerakan Ikhwan Muslimin Mesir dan Universiti Al-Azhar walau berdepan dengan berbagai halangan, namun ikatan dan sumbangan moral dan material umat Islam Mesir tetap sampai ke Gaza sejak bertahun-tahun lalu. Mesir tetap abang kepada adiknya Gaza walaupun cuba dihalangi oleh mereka yang korup dan tembok di Laluan Rafah di sempadan antara mereka.
Berikut adalah kenyataan umum yang ditandatangani oleh 40 orang ulamak besar Al-Azhar dan
Mesir mengenai perang yang sedang dilakukan oleh tentera Yahudi ke atas umat Islam di Gaza, Palestin. Semoga ianya menjadi iktibar, kayu ukur, sikap, asas tindakan kita bersama. Kepada Allah jua kita memohon keampunanNya di atas kealpaan kerajaan dan umat Islam di zaman kita ini serta kelemahan diri kita sendiri dalam menunaikan hak saudara seIslam di Gaza. Ameen.
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang
KENYATAAN UMUM :
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.
Sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini di bumi Islam dan umat Islam, di bumi Gaza, Palestin yang bangkit teguh berdepan dengan pencerobohan dan penyembelihan yang diinkari oleh apa sahaja nilai, akhlak dan kemanusiaan semuanya, mewajibkan kami, sekumpulan para ulamak dan pendakwah di Mesir, menandatangani Kenyataan Umum ini sebagai mengemukakan pandangan kami, tanggungjawab kami di depan Allah swt dan menjelaskannya kepada orang ramai.
PERTAMA : Sesungguhnya Palestin yang diberkati Allah swt seperti yang disebut di dalam Al-Quran adalah bumi Islam dalam erti kata yang sebenarnya, Kiblat Pertama, di dalamnya terdapat masjid yang kedua di bina di atas muka bumi, masjid ketiga suci bagi umat Islam dan tempat israk Rasul kita saw. Oleh kerana itu, sesiapa pun tidak boleh mengalah dan menyerahkan walau seinci dari buminya kepada orang-orang bukan Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Maha suci Tuhan yang mengisrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).
KEDUA : Zionis Antarabangsa yang berwajahkan Israel adalah manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman disepanjang sejarah mereka. Telah jelas dan terbukti permusuhan mereka terhadap Allah dan rasul-rasulNya. Merekalah dalang setiap kejahatan, kerosakan, memunkiri perjanjian, menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah, khianat dan berdendam terhadap sesiapa sahaja yang berinteraksi dan mendekati mereka.
Sesungguhnya mereka telah menceroboh bumi Palestin dengan mengusir dan membunuh penduduknya yang beragama Islam melalui dokongan berterusan dari Negara-negara Barat yang zalim dan bermusuhan. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82). Zionis Israel ini adalah kumpulan yang menceroboh dan menjajah bumi Palestin. Oleh itu Kebenaran mestilah dikembalikan semula kepada tuannya walau panjang mana berlalunya zaman. Kita tidak redha dan tidak menerima Penjajahan zalim dari puak Zionis ini terhadap Bumi Suci kita.
KETIGA : Jihad dijalan Allah dan Penentangan Bersenjata adalah pilihan yang strategik ke arah mengembalikan bumi yang diceroboh dan hak yang dicuri. Zionis sebenarnya tidak mengetahuii bahasa dalam bentuk perbincangan dan tidak memahami makna Perdamaian. Cara mereka ialah pembunuhan dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu kami yakin bahawa satu-satunya bahasa yang difahami oleh mereka iala bahasa Jihad dengan segala cara dan jenis. Jangan dihentikan Jihad melainkan setelah orang Zionis yang terakhir keluar dari bumi Palestin. Firman Allah swt bermaksud, “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal:60).
Ismail Haniyeh dari Gerakan HAMAS, Perdana Menteri Palestin yang memenangi Pilihanraya Umum II pada 25/1/2006. Amerika dan Israel telah melakukan sekatan ketas 1.5 juta penduduk dan membunuh hingga kini 800 orang untuk cuba merubah Kerajaan HAMAS secara paksa untuk digantikan dengan sebuah kerajaan yang tunduk kepada Penjajahan Barat dan Yahudi.
Ismail Haniyeh dari Gerakan HAMAS, Perdana Menteri Palestin yang memenangi Pilihanraya Umum II pada 25/1/2006. Amerika dan Israel telah melakukan sekatan ketas 1.5 juta penduduk dan membunuh hingga kini 800 orang untuk cuba merubah Kerajaan HAMAS secara paksa untuk digantikan dengan sebuah kerajaan yang tunduk kepada Penjajahan Barat dan Yahudi.
KEEMPAT : Mereka yang mengambil jalan Jihad dan Penentangan sebagai jalan mereka, memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para Syuhadak, harta, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harga untuk membebaskan bumi ini, sekalipun musuh memiliki kelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang penuh kejam yang menyerlahkan kebencian membabi buta mereka terhadap setiap orang Islam, mereka itulah dari golongan yang dimenangkan dengan izin Allah. Mereka layak didokong, dibantu dan ditolong. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdia”. (Hadis riwayat Ahmad).
KELIMA : Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun.
Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud, “Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).
Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah.
Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”. (Ali Imran : 103).
Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab msing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah.
Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab msing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah.
Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu. Firman Allah swt bermaksud, “Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran : 173).
Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri (kiri) di depan Universiti Al-Azhar, Kaherah pada bulan Jun 2008 lalu. Beliau memegang jawatan Ra’is Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) yang mengetuai seluruh Ulamak Al-Azhar di Mesir. Mesir banyak mengajar saya erti perjuangan, cinta ilmu, ikhlas dan tawadhuk.
Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri (kiri) di depan Universiti Al-Azhar, Kaherah pada bulan Jun 2008 lalu. Beliau memegang jawatan Ra’is Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) yang mengetuai seluruh Ulamak Al-Azhar di Mesir. Mesir banyak mengajar saya erti perjuangan, cinta ilmu, ikhlas dan tawadhuk.
Ditandatangani oleh :
1. Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri - Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar
2. Dr. Nasr Farid Wasil
3. Dr Zaghlul An-Najjar
4. Dr Abdul Sattar Fathullah Said
5. Dr Muhammad Ammarah
6. Dr Al-Fattah Asy-Syeikh
7. Dr Safwat Hijazi
8. Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb
9. Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy
10. Dr Abdul Halim Uwais
11. Dr Mohd Rakfat Uthman
12. Dr Abdullah Barakat
13. Dr Abdullah Samak
14. Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy
15. Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail
16. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril
17. Dr Solah Sultan
18. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil
19. Dr Mohd As-Soghir
20. Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh
21. Dr Ahmad Al-Assal
22. Dr Hazim As-Sarsawy
23. Dr Abdul Rahman Foudah
24. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa
25. Dr Hussein Syihatah
26. Dr Solah Harun
27. Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy
28. Dr Jamal Abdul Hadi
29. Dr Hasan Ubaid
30. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah
31. Dr Ahmad Abu Huzaifah
32. Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim
33. Dr Umar Abdul Aziz
34. Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki
35. Dr Mazin As-Sarsawy
36. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry
37. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny
38. Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin
39. Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan
40. Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary
Diterjemahkan oleh :
Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah,
1. Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri - Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar
2. Dr. Nasr Farid Wasil
3. Dr Zaghlul An-Najjar
4. Dr Abdul Sattar Fathullah Said
5. Dr Muhammad Ammarah
6. Dr Al-Fattah Asy-Syeikh
7. Dr Safwat Hijazi
8. Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb
9. Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy
10. Dr Abdul Halim Uwais
11. Dr Mohd Rakfat Uthman
12. Dr Abdullah Barakat
13. Dr Abdullah Samak
14. Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy
15. Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail
16. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril
17. Dr Solah Sultan
18. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil
19. Dr Mohd As-Soghir
20. Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh
21. Dr Ahmad Al-Assal
22. Dr Hazim As-Sarsawy
23. Dr Abdul Rahman Foudah
24. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa
25. Dr Hussein Syihatah
26. Dr Solah Harun
27. Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy
28. Dr Jamal Abdul Hadi
29. Dr Hasan Ubaid
30. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah
31. Dr Ahmad Abu Huzaifah
32. Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim
33. Dr Umar Abdul Aziz
34. Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki
35. Dr Mazin As-Sarsawy
36. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry
37. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny
38. Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin
39. Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan
40. Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary
Diterjemahkan oleh :
Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah,
ALLAHU AKBAR..!!!
ALLAHU AKBAR...!!!
ALLAHU AKBAR...!!!
No comments:
Post a Comment