Thursday, January 8, 2009



An injured Israeli soldier is rushed into the Soroka Hospital in the southern Israeli town of Beersheeba, Thursday, Jan. 8, 2009. Lebanese militants fired at least three rockets into northern Israel early Thursday, striking a crowded nursing home and threatening to open a second front for the Jewish state as it pushed forward with its bloody offensive in the Gaza Strip. (AP Photo/Tara Todras-Whitehill)


Sejumlah roket dilancakkan dari Lebanon ke wilayah Israel utara hari ini, yang mana ianya memberi Isyarat bahwa konflik di Gaza mungkin akan berpanjangan.


Angkatan tentera darat Israel membalas tiga serangan roket pertama dengan tembakan artileri. Belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Media Israel kemudian melaporkan serangan roket kedua, namun ia telah dinafikan oleh jurucakap tentera Israel.


Berlaku pertempuran hebat semalam di antara pejuang Hamas dan tentera Israel setelah Israel melancarkan 60 serangan udara di Jalur Gaza semalam,Para wartawan mengatakan ini adalah saat yang paling berbahaya dalam konflik setakat ini.

Serangan roket dari Lebanon memungkinkan akan merebaknya perang yang lebih luas, kata editor BBC untuk masalah Timur Tengah, Jeremy Bowen.

Belum jelas apakah roket-roket itu dilancarkan oleh Hizbullah atau oleh salah satu kumpulan bersenjata Palestin yang beroperasi di Libanon.

Jika serangan dilakukan oleh Hizbullah, kemungkinan Israel akan melakukan serangan balas, kata wartawan kami.

Kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin di Lebanon tidak mempunyai kemampuan untuk melancarkan perang bersenjata dengan Israel, tetapi Hizbullah memiliki kekuatan untuk itu.

Sementara itu, usaha diplomatik untuk mencapai gencatan senjata di Gaza terus dilakukan. Seorang wakil dari pihak Israel dijadualkan akan bertolak ke cairo untuk mendengar butiran dari rancangan gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir dan Prancis.

Satu rombongai dari Hamas juga dikatakan akan datang ke ibukota Mesir itu untuk memulakan perbincangan , kata para diplomat Mesir. Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas dijadualkan akan tiba di sana hari Jumat ini.

BBC News

6 comments:

ABU LUQMAN said...

السـلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Terima kasih atas info yang diberi.
Namun ada satu perkara yang kurang menyenangkan saya iaitu penggunaan kalimah "israel". Untuk makluman para sahabat sekelian " Israil" adalah nama lain pada nabi Ya'akob a.s ( sila rujuk surah ali Imran ayat 93 )Makna disini dalam pada kita cakap hancur Yahudi secara tidak langsung kita mengatakan hancur Nabi Ya'akob a.s dan dah tentu orang orang Yahudi akan tergelak besar sebab kita kutuk nabi Ya'akob. والله أعلم

Unknown said...

terima kasih atas teguran ustaz. saya memang tak sedar hal ni.. boleh ustaz terangkan lebih jelas? apa yang sepatutnya saya perlu namakan ye.. syukran.=)

Unknown said...

ustaz, saya dah tukar kepada bangsa yahudi/israel.. harap tiada kesilapan lagi.. nauzubillah mmg tak berniat untuk mengatakan hancur nabi yaakob.. hanya bermaksud kepada bangsa/orang2 yahudi israel yg tak henti2 buat kezaliman... iaitu rejim zionis! wallahua'lam. =)

ABU LUQMAN said...

Salam sejahtera
Panggil sahaja mereka Yahudi Laknatullah tanpa kaitkan nama Israil. spt " negara Yahudi/ orang Yahudi & tentera Yahudi" Infoseterusnya sila layari www.ibnuwalid.blogspot.com . Saya rasa sayadah hantarkan pautan ini dalam email.

ABU LUQMAN said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

atau nanti terus klik kepada blog " kembara seorang da'ie " nanti akan jumpa info tersebut .. TQ

Unknown said...

ok, ustaz, jazakallah..=)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”