Tuesday, January 27, 2009

Uwais Amzar Selepas Setahun...

Kisah tentang Perkembangan terkini Uwais ni ditulis apabila dapat tag dari Mama haninkuhai... Alhamdulillah kini uwais dah pun genap setahun sebulan... makin banyak perkembangannya... dari hari ke hari... makin ligat dan aktif, lebih banyak berfikir itu & ini apa yang hendak dibuat, dan lebih mencabar buat ummi dan abinya..;)

Aktifnya Uwais bila tengok aksinya bermain bola... kakinya makin pantas dan cepat tangkap bola! memang bila diperhati si uwais ni ada bakat dan minat bermain bola..hiii.. ini diakui oleh bakal coachnya nanti, 'ammu Ismailnya... hihiii... betul tak 'ammu mail? ;) mana taknya baru-baru ni kami sekeluarga ke rehlah family di laut mati, huh 'ammu Mailnya siap bawakan bola, apalagi dapat si Uwais si jantung hati ni, "haaa"...bunyinya..suka sangatlah... turun je dari van, nak sepak bola..!!

Uwais juga kuat merajuk...kalu merajuk, siap undur-undur ke belakang..hantukkan kepala kat lantai @ TV @ Dinding.. tapi buat slow-slow lah.. tau jugalah sakit kan.. huhu.. Lebih kuranglah dengan si haninkuhai tu... kuat juga merajuknya..cuma hanin ni gaya girl lah kan.. slowly.. hehe.. puaslah si ummi pujuk bila dua-duanya merajuk.. layan jelah... hehe...

Erm, Si Kecil kami Uwais bukan saja pandai merajuk, malah pandai juga memujuk.. teringat waktu mama Hanin solat, hanin menangis.. uwais pun berhenti main bolanya dan ambil toy berbunyi 'Snail'nya beri pada Hanin... Tapi hanin terus menangis dan tolak2 'snail' tu.. huhu.. kira adalah inisiatif si Uwais ni nak menyuruh Si hanin senyap kan.. kihkihkih...

kalu main nyorok-nyorok dengannya, (selalu bila saya minta perhatian darinya.hihii) saya menyorok di satu sudut seperti belakang pintu, belakang langsir atau disebalik sofa, saya bunyikan satu jenis bunyi yang dia biasa dengar saya buat, terus tangkap pendengarannya dan mencari-cari saya... berhenti dan cuba amati dari mana bunyinya suara saya.. :D memang dapatlah cari saya.. suka bukan kepalang bila misinya berjaya!! dan bila dah biasa main sorok-sorok, dia dah tak amati, terus cari tempat-tempat yang saya biasa sorok.. geli hati saya sendirian.. :D

Then baru semalam main 'give me 5' bersama dia dan Hanin.. cepat juga respon mereka.. terus ikut dan beri tangan mereka kepada saya.. yang si Uwais ni suka sangat2..gelak dia dapat main mainan baru.. hihii.. :)

Lagi satu si uwais ni suka betul mengemas... kutip baju2 atau kain2 yang bersepak yang dibuatnya masukkan dalam bakul... kononnya nak tolong ummilah tu... bagus betul... sambil mulutnya bunyi haaa... nada gembiralah tu... kihkihkih...

dan yang paling ketaralah.. uwais dah pandai minta perhatian yang lebih... ada-ada saja aksinya bila nak diberi perhatian dari ummi abinya..biasalah kan bila anak2 meminta perhatian...makin meningkat umurnya, makin banyaklah permintaannya... :)


Artikel yang dipetik dari Parents.com ;)

Physical Development
Your baby has discovered two wonderful new toys: his hands. He'll spend time lying quietly on his back, opening and closing them and carefully inspecting his fingers. Part of the fascination is that he is starting to understand that his hands are an extension of himself, with unique capabilities. As his vision improves, he's also developing hand-eye coordination.



Intellectual Development
Amazing though it may sound, your baby's senses have developed to almost their adult levels in just three months. He can now see you across the room, hear and respond to you from the next room, and turn in the direction of any sound that intrigues her (as well as tuning out the annoying ones). He's able to track movement, he has depth perception, and his color vision is maturing. From now on, he'll concentrate on making sense of the stimuli he's receiving, and communicating his feelings about them.

Social Development

Now that he's able to vocalize in other ways besides crying, your little one is becoming quite the little chatterbox. Squeals, giggles, and bubbling sounds are common at this age (which doesn't make them any less delightful!). He's discovered that his newly mastered sounds are a great way to gain attention and approval. But even when no one's around, he loves to listen to his own voice, and will repeat favorite sounds over and over again.

The best way to encourage communication is to speak with your baby often. By 3 months, hearing others speak is a strong stimulus to make his own sounds. He'll look for the source of the noise, watch your face intently as you speak, change activity (either by kicking excitedly or freezing to attention), and, usually, smile and talk back. Wait until he's finished, then try imitating the noises he makes--he'll be delighted you finally "understand" his!

-------------------------
Erm, melalui sedikit pembacaan di atas ni, banyaklah benarnya bila dikaitkan kepada Uwais ni... Alhamdulillah... Syukur Uwais Nur Kasih kami membesar dengan sihat.. moga anak ummi abi ni terus sihat dan cergas selalu... ya Allah, kau lindungilah dia. Sesungguhnya Engkau maha Pengasih lagi maha Menyayangi.. Amiin.

note: ikutkan entry ni saya dah poskan malam tadi, tapi tengah taip tetiba black out..satu kemalangan jalanraya telah berlaku malam tadi berdekatan dengan rumah saya.. Lori melanggar tiang letrik.. sampai patah tiang tu.. dengar juga dentumannya ke telinga saya.. moga pemandunya selamat insyaAllah...

11 comments:

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

bab pujuk hanin tu paling bess...uwais dah menunjukkan ciri2 gentleman die tu,,,advance!

hihi.
tahniah umi abi uwais

Unknown said...

hehe... agak-agaklah, ikut sapa tu ye..? kihkihkih...

Anonymous said...

org yg selalu pujuk org yg selalu merajuklah...Guess who? :)

nsmujahidahnmnor said...

hihi..comell je uwaiss..

Anonymous said...

ooo abang perli ummi ye... hihii.. biasalah kan baru manis rumahtangga..kihkihh

Unknown said...

bila agaknya si uwais blh jmp kak solihah.. ;)

nsmujahidahnmnor said...

hehe..tu la kak.. dlm ati ni nakkkk sgt g jln2 umh akak ( ley mkn syedap ). hihi..tp, sy lom sehat spnuhnye lg.. lgpon maluu gk nk g uma akak..

nnt sy plan bes2 g uma akak ye.tp tatau cmne..sy tau g amman sdri sampai mjmk syimal je.. pastu, blurr.. hehe..

p/s : nk picit pipi uwais..

Unknown said...

to nik solihah: hihi... alah solihah, dtg jerlah.. bukan dulu pernah g umah marwah ke? mujamma' syimal tu yg kt abdali ke? hihi..akk pn x reti lg kt cni..malu plak..haha... kalu naik service dia tau kot sweileh... tak sehat? nape? syafakillah fauran ye. ni no akk 0779057468

nsmujahidahnmnor said...

hehe k.ayu. sy x pnh g lk umh mawah.. takpe,nnt sy nk g, sy call akak..heee..

Anonymous said...

uwais mmg ade bakat. keinginan nakkn bola mmg tinggi n staminanye bole tahan. laju n tahan lasak. skil bole dlatih. cumanye yg perlu dperbaiki ialah jgn malu2 ngan coachnye. kan gitu uwais. hehe:)


bekas pemain myteam jordan

Unknown said...

'ammu mail, uwais tak malu cuma segan2 lagi..hehee...

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”