Al Hasan al Basri hidup selama 80 tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau berjaya mengisi dunia ini dengan limpahan ilmunya, hikmahnya dan ilmu fikahnya. Warisan yang ditinggalkan untuk generasi seterusnya ialah kata-kata nasihatnya yang begitu menyentuh hati hingga ke hari ini.Bimbingan nasihatnya masih segar dan sentiasa menggegarkan hati manusia sehingga menyebabkan mereka menitiskan air mata. Nasihat-nasihat ini juga membimbing mereka yang sesat ke jalan yang lurus. Mereka yang hanyut dan leka dengan hakikat dunia akan tersedar apabila mendengar bimbingan-bimbingan ini. Mereka akan disedarkan tentang sikap manusia sebenar terhadap dunia ini.Antaranya nasihat yang diberikan kepada seorang yang bertanya mengenai dunia ini :
"Engkau bertanya tentang dunia dan akhirat. Dunia dan akhirat ini ibarat timur dengan barat. Setiap kali engkau cuba menghampiri ke satu arah, engkau akan menjauhi arah yang satu lagi.""Engkau meminta saya supaya memberikan gambaran tentang dunia ini. Bagaimana mungkin saya dapat gambarkan tentang suatu dunia yang bermula dengan kepayahan dan berakhir dengan kehancuran. Perkara yang dihalalkan di sini akan dihitung jika kita mengerjakannya. Manakala perkara yang diharamkan pula akan menyebabkan kita diazab. Orang yang tidak mencari kesenangan akan diuji. Orang yang mencari kesenangannya pula akan menyesal."Dalam nasihat lain, ketika seorang bertanya tentang dirinya dan manusia-manusia lain, jawabnya :
"Celakalah kita! Apakah yang telah kita lakukan dengan diri kita sendiri. Kita telah kuruskan agama kita, sebaliknya kita gemukkan dunia kita. Kita tidak pernah memperbaharui akhlak kita. Sebaliknya kita sentiasa memperbaharui kain dan pakaian kita. Kita masih mampu tidur walaupun kita makan dengan wang yang haram. Makanan yang kita makan, kita rampas daripada orang lain. Layanan yang kita terima , kita minta secara paksa. Makanan kita bertukar ganti daripada manis kepada masam, panas kepada sejuk, kering kepada basah. Apabila sendawa kekenyangan kita akan berkata: "Hai budak, bawakan ke sini pencuci makanan mulut buat menghadam makanan."
"Alangkah bodohnya, apa yang hadam sebenarnya ialah agamamu. Di manakah jiranmu yang memerlukan bantuanmu? Di manakah anak yatim yang sedang kelaparan? Di manakah orang miskin yang sentiasa memerhatikanmu? Di manakah amanah ALLah padamu?""Mudah-mudahan engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari. Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari telah hilang daripada kiraanmu. Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."
*****Pada malam Jumaat di awal bulan Rejab tahun ke 110, al Hasan al Basri menyahut panggilan Tuhannya. Sesudah Subuh apabila orang ramai menerima khabar kematiannya, gempar seluruh bumi Basrah. Jenazahnya dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan selepas sembahyang Jumaat di masjid yang menjadi tempat beliau menghabiskan usianya belajar dan mengajar serta mengajak manusia menuju ALlah.Selepas itu, seluruh penduduk Basrah mengiringi jenazahnya.
Malahan pada hari itu sembahyang Asar berjemaah tidak didirikan di Masjid Basrah kerana tiada seorangpun yang masih tinggal untuk mendirikannya.Tidak pernah berlaku dalam sejarah semenjak Masjid Basrah dibina, sembahyang berjemaah tidak didirikan di situ kecuali pada hari itu. Pada hari ketika al Hasan al Basri pergi menemui Tuhannya.
dari tulisan:IbnuNafis
Friday, January 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
No comments:
Post a Comment