Wednesday, December 31, 2008

wida' & salam ukhuwwah fillah berpanjangan

Assalamu'alaikum wrt...
Dari malam tadi berhajat nak ziarah sahabat baru saya, Pn. Sayyidah yang telah berangkat pulang ke Malaysia hari ini... tapi bila tengok hujan masih belum reda, saya terpaksa membatalkan niat itu..sehinggalah pagi tadi..hujan masih turun renyai2... cuaca semakin sejuk sekarang hingga ke tahap bawah 1'c.. jadi, saya hanya sempat call sayyidah sebelum dia dia bertolak ke Queen Alia Airport.. (ditemani suaminya Ustaz Mahyuddin- yg masih belajar di sini)

Sayyidah kata pada saya k.yu ni tak message pun.. (rupa-rupanya dia menunggu saya juga untuk berjumpa last day nya di sini...huhu) sedih jugalah sebab baru je kami berjumpa dan berkenalan dah nak balik...(rasa macam dah rapat sebabnya mungkin sifat ramah kami dan pernah ber'jaulah' bersama-sama sepanjang dia berada di sini.. hehe =)
Buat Sayyidah, moga ukhuwwah yang terbina terus kekal ke akhirnya... salam ukhuwwah fillah berpanjangan dari kami sekeluarga...

3 comments:

nsmujahidahnmnor said...

eh eh..kak saiyidah dah balik mesia?? huu..x smpt knal2 rpt pon..adeh~..

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

Salam Ukhuwah dan Salam Fajar 1430H semoga Ukhtie serta sahabat2 yang berada di Jordan sihat sejahtera dan ceria. Tahniah- blog berwajah baru dan saya begitu teruja melihatnya

>> buat Ukhtie Sayyidah
Selamat pulang ke Malaysia

Unknown said...

salam sume..

to ik solihah: aah..k.sayyidah dah balk malaysia...actually dia dtg sini sementara cuti sekolahnya ada je..k.sayyidah mengajar under J-Qaf.adalah dlm sebulan setengah gitu bercuti sambil temankan husbandnya disini :)

to Ust Juhari:
Salam ukhwah dan Salam Fajar 1430H jg dr kami sekuarga..=)
alhamdulillah... syukran ustaz..hiii

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”