Alhamdulillah...
Hari ini 28hb Desember, hubby menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 27 tahun...
kami menyambutnya secara sederhana..dengan rasa kesyukuran atas nikmat kehidupan yang masih Allah pinjamkan...
Malam ini saya masakkan sedikit untuk meeting pelajar-pelajar Diraasat Ulya di sini bersama Ustaz Sulaiman, Pengarah MSD... sambil jamuan meraikan ulangtahun kelahiran buat Hubby dan Uwais,permata hati kami... Meeting tersebut diadakan di rumah Ustaz Mujahid dan K.Ina...
Dan sementara Hubby menghadiri meeting tersebut, saya dan Uwais letakkan hadiah yang siap tersarung buat Hubby di atas katil bersama note kecil... Saja buat sedikit kejutan buat Hubby tersayang..;) Memang Hubby terkejut bila balik, terlihat sesuatu atas katil..hehee...tak terfikir saya akan menghadiahkan sesuatu buatnya tahun ini...
satu kucupan saya terima tanda terima kasih mungkin...(saja pura-pura tak sedar lagi..) ketika itu saya sudah pun tertidur dek kepenatan dan sakit kepala..mumet2 org jawa kata..;)
click for more birthday cards send this card through mail
Abang...
Cerah langit tidak ke petang,
Ribut melanda di tengahari,
Namun aku tetap berdiri,
Dan aku tetap begini,
Sejuta onar pasti mendatang,
Segunung ombak pasti menghempas,
Namun andai setia di jiwa,
Bersama kita ke penghujung senja,
Hari ini... esok... dan selamanya...
Hanya engkau sinar mentari,
Hanya engkau kembang di taman hati,
Hanya engkau ku gelar suami…
Terima Kasih atas segala-galanya...
kasih sayangmu..
kesabaranmu...
pengorbananmu...
Moga segalanya mendapat berkat dan Rahmat dariNya
Sesungguhnya hanya DIAlah yang bisa membalas segalanya...
We love You Always...
Sayang,
Ummi&Uwais
*p/s: tak lupa juga ucapan kami kepada teman kami di sini,saudari Wahida yg ulangtahun kelahirannya juga sama tarikh 28 Disember... Kullu 'am wa anti bikhair..*
Saturday, December 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
7 comments:
jazakillah khairal jazak 4 ur wish & surprised birthday present my dear darling...sesungguhnya abg x mengharapkan apa2 melainkan kasih sayang & keprihatinan terhadap diri abg dan cinta hati kita uwais amzar..
slmt hari lahir untuk ust najib..., moga panjg umur n murah rezeki, bertuah dpt ayu yg romantik..hehehe
nk popeye..nak popeye..huk3x
salam k.ina ... insyaAllah ada masa nanti ayu buatkan popeye untuk k.ina yer..huhu.. syukran 'ala kullihal... bila-bila datanglah ke rumah...dah lama jg k.ina tak bertandang ke umah kami..;)
cume hari ni x freelah k.ina...hehe..'mengasuh'kan...
tak lupa saya ingin ucapkan jutaan terima kasih saya buat 'mereka' yang membantu di sebalik 'surprise' ini..hehe..tq so much!!!
selamat hari jadi ust najib..belated beday wish ni..hihi..moga Allah limpahkn rahmat dan mawaddah utk keluarga penyayang ini..hehe..
(wah pasni bertambah 'jatuh cinta' lah umi tgk abi pik blazer tu...hihi)
huhu..yelah tu wawa... thanks a lot!!
Post a Comment