Tuesday, December 9, 2008

Trip To Syria Part 1

Assalamu'alaikum wrt...
salam ceria dan bertemu kembali....:)

Sebelum saya ceritakan trip kami sekeluarga ke Syria, saya perdengarkan anda semua lagu di bawah ini bertajuk ma halaha Suria... ماحلاها سورية ... Indahnya Syria...



Alhamdulillah... Percutian kami ke bumi Syria pada 5-8hb Dis lepas berjalan dengan lancar... kami sekeluarga selamat tiba di bumi Jordan semula semalam... pastinya meninggalkan kenangan manis di hati kami...

pagi jumaat lepas kami bertolak ke Halab (Aleppo) dengan menaiki bas di bawah kendalian Syarikat Challenge di 'abdali... tepat pukul 9am bas kami mula bertolak menuju bumi Syria yang memakan masa selama 10jam... Perjalanan agak lambat disebabkan terpaksa berhenti di setiap pondok kawalan sempadan Jordan dan Syria... jem pulak tu..maklum bermula musim perayaan eid adha..ramai yang pulang ke kampung halaman...
keadaan bas yang agak selesa (VIP) mengurangkan rasa penat dan tak selesa kami...alhamdulillah uwais pun tak meragam...banyak bagi kerjasama!!hihiii... mungkin seronok dia dapat berjalan makan angin...;)


sebelum bertolak ke halab, Syria



Dalam perjalanan, sempatlah bas kami berhenti di 2 tempat untuk solat dan makan tetapi cuma diberi 15 minit saja... kami bersama ustaz mahyuddin dan zaujah sempat menjamah sikit nasi khabsah dajaj dan selebihnya kami safari..bungkus...


perhentian pertama...R&R lah kiranya...

lebih kurang pukul 7pm kami selamat tiba di Mujamma' halab (Aleppo Stesen)... dari sini kami menaiki teksi Abu Ibrahim untuk bawa kami ke hotel penginapan kami untuk malam itu...


di stesen halab

sambung nanti ye... dah mengantuk..hihiii

2 comments:

shoutulnisa said...

bestnyer uwais..nanti leh la bawa kak ma jalan2 ye uwais..

Unknown said...

insyaallah...ahleen...:)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”