Wednesday, December 31, 2008

Kenyataan Akhbar PACE

PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin) mengutuk sekeras-keras tindakan biadap rejim zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakan keganasan terbaru. Serangan terbaru ini adalah rentetan dari pelbagai bentuk pencerobohan dan pelanggaran hak asasi rakyat Palestin sejak rejim itu mengusir rakyat Palestindari tanah air mereka pada tahun 1948 dalam peristiwa Nakbah(malapetaka) dan menceroboh Baitul Maqdis dan menguasai Masjid al Aqsasejak tahun 1967.

Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan, ubat-ubatan,bahan api dan bekalan air bersih kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orangawam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang danlebih 700 orang mengalami kecederaan.

Sebilangan besar dari mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin dijangka akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentuini akan meningkatkan lagi kemusnahan, kematian dan kematian dikalangan penduduk Gaza.

PACE menolak dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri. Ini adalah satu pembohongan yang nyata. Hakikatnya Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.PACE juga ingin membawa perhatian masyarakat antarabangsa hakikat serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza.

Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.

PACE turut mempersoal kenyataan Mahmud abbas yang masih menyalahkan HAMAS keatas serangan di Gaza adalah bukti jelas bahawa Presiden pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejim zionis yang mengadakan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa henti sejak 18 bulan yang lalu.PACE menggesa umat Islam dan rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan.

Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudahsampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestinadalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana-mana pihak.

PACE juga membidas sikap kepura-puraan negara Islam/Arab. Kejujuran kerajaan Mesir dipersoalkan kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeriMesir beliau 'berjanji' untuk menyiasat perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat Gaza, PACE mengsyorkan agar umat Islam mengadakan solat Hajat perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin.

Umat Islam harus insaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci BaitulMaqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .PACE bersama rakyat Malaysia ingin merakamkan rasa sedih yang amat mendalam keatas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah 1430H dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahunbaru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu PACE menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menyuarakan bantahan supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)
29 Disember 2008

---------------------------------------------------------------------------

Adakah kita menyedari hakikatnya...??
Statistik antara Palestin-Israel. Klik di sini.

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”