Tuesday, December 2, 2008
Laksa Johor...
gambar hiasan
mari membuat laksa johor..simple dan ringkas... x perlu bahan2 yang remeh dan susah nak jumpa.. ini khususnya buat teman2 di Jordan/perantauan yang teringin nak makan laksa johor..eheh.. resepi ni saya ambil dari resepi artis veteran Rubiah Suparman dan Komposer Habsah Hassan untuk restoran mereka...
*saya ubah-ubah sikit ikut selera sendiri untuk kuantiti bahan2nya...
Bahan-Bahan:
1/2 kg ikan (apa2 ikan tp plg best ikan parang)
2 ulas Bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
3 inci halia (kisar)
sedikit lengkuas (kisar) *ni kalu xde, x yah bubuh pn xpe,kalu ada lg best!!*
1 peket kecil kari ikan
500grm santan *kalu sy guna sikit je sbb nk jimat santan..hihii*
belacan sikit(kisar)
2 sudu udang kering(kisar)
2 sudu kerisik *kalu xde, xyahlh bubuh,ok je kot lg..hihii*
spagetti untuk laksanya...
cara-cara:
ikan di rebus di buang tulang dan dikisar halus
tumis bhn2 kisar td hingga naik bau
then masukkan kari ikan tadi sampai naik baunya..
pastu bubuh santan bersama isi ikan tadi
kacau sampi pekat
bubahlah air sikit jgn byk sgt..nnti cair x sedap
bubuhlah asam dan garam secukup rasa...
bubuh gula sikit bg rasa enak2 gitu...sikit je
pastu baru bubuh kerisik...
dah blh dihidangkan...!!!
ulam2:
bawang besar racik halus
timun racik halus
sambal belacan!!!baru cukup lengkap!!!hehee..
ok, jom kita cuba!!!!:)
...ada tempahan ke..?? mashi...heheeeh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
4 comments:
huhuhuuu..best ni
tapi..bahan2nyer tu lain skit dari laksa kelantan yer..ada kerisik ..tu napak lain nyer
aah... laksa johor ikutkan byk lagi bahannya..tp ni kira yg plg mudah..dah lama nk buat laksa ni tp tgk bhn2nya complete, xjadi..then jumpa resepi mudah ni apa lagi, trylah..mmg umph!!!;p
uish, senangnya laksa johor. kami sekeluarga mmg meminati laksa johor. di jordan pn dapat makan laksa johor yer..umm santan juga ada disana?ke di import dari malaysia...
saya sekadar singgah lalu, sampai ketemu lagi nnt
ila ukhti salida: aah..ni resepi laksa johor yg mudah dan senang dibuat... santan xde kt cni cuma import kelapa parut kering tu adalah..tp ni saya gunakan yg serbuk peket yg bawa dr malaysia tempoh hari..;)syukran ziarah blog kami..:) smpi jmp lg..insyaAllah...
Post a Comment