Thursday, December 4, 2008

takjil...

salam ceria semua...

hatiku tetap ceria walaupun plan untuk bercuti ke istanbul,turkey esok terpaksa ditunda... alhamdulillah..adalah hikmahNya tu...

tapi kami insyaAllah akan ke Syria bertolak esok pagi dari stesen bus 'Abdali... sebab tiket pun dah beli minggu lepas..hihii... dapatlah juga bercuti..alhamdulillah...

kami membuat keputusan last minute ni atas sebab-sebab cuaca di Turkey dan kesesuaian waktu... di mana cuti ni adalah cuti raya haji yang menjadi salah satu cuti penting buat mereka di sana..keadaan pasti agak sesak dek ramai yang akan pulang bercuti... cuaca pula agak tak mengizinkan...cuaca di sana lebih sejuk berbanding jordan..dan diramalkan hujan dari hari ahad hingga rabu..uhuuu.. kalu sampai sana dengan keadaan cuaca begitu, memang x berbaloi kan? x kemana2lah jawabnya...terima kasih kawan2 yg beri pendapat dalam kami buat keputusan ini..insyaAllah ada banyak masa lagi di sini..musim panas sesuai untuk bercuti ke sana...musim bunga lagi best katanya!! :)

lagi satu sebab terfikirkan tentang anak kami...dengan cuaca yg sangat sejuk dan hujan..pasti agak sukar baginya... demi kesihatannya... tapi kami nak mohon maaf banyak2 buat ustaz Mahyudin dan zaujah sebab terpaksa cancelkan percutian ni...kami ikutkan sebenarnya merancang untuk bercuti bersama mereka...uhuhuu...

6 comments:

shoutulnisa said...

selamat bercuti yer uwais nanti

ABU LUQMAN said...

Salam Sejahtera

Langkah membatalkan perjalanan ke Turki merupakan satu tindakan yang bijak. Saya pernah ke Turki dan waktu yang paling sesuai ialah pada musim bunga- kadar suhunya sederhana (tidak panas & tidak sejuk). Selain dari itu pemandangannya dengan bunga2 amat mengasyikkan kita

ABU LUQMAN said...

Salam sejahtera
Bertemu kembali
Pada 1hb. Dis yang lalu ada berlaku satu pemandangan yang menakjubkan di Malaysia dan saya ada masukkan ianya dalam blog saya- Sila singgah

Unknown said...

salam. to abu luqman:thanks for the respons..;) alhamdulillah baru tiba Sweileh,Amman dr syria... slm eidul adha...
to akma: thanks! slm eidul adha...:)

ABU LUQMAN said...

Salam sejahtera

Tahniah dan selamat kembali ke bumi Jordan. Di Syiria banyak tak tempat yang Ukhtie pergi. Pergi tak makam imam Nawawi dan kota Busra ? Nanti boleh cerita sket dlm blog

Unknown said...

salam abu luqman: alhamdulillah... dah tiba dgn slamtnya ke bumi jordan..;) kami x sempat pergi ke kota busra...;( insyaAllah ada masa nnti kami entrykan sikit trip to syria tu...syukran;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”