Sunday, April 5, 2009

Words of Uwais

CERITA UWAIS

Salam Sayang Buat Anak Ummi Abi...

Nak ceritanya... saban hari saban waktu.. setelah umurnya mencecah setahun 3 bulan.. banyak perkataan yg boleh kami dengar dan faham dari mulut uwais.. yang pasti mulutnya semakin rancak bercakap dan semakin meriah suasana rumah kami... ( exception: kurang nak keluarkan 'suara emas'nya apabila diminta bercakap dengan nenek, atok, mak tok dan ahli keluarganya di Malaysia ketika sedang di dalam telepon. hanya akan membuat memek mukanya yg lucu!) :D


:: antara perkataan uwais yg boleh difahami ::

ABAH - refer pada abi kesayangannya
UMNYAH@UMMA - refer pada ummi kesayangannya
EDE - refer pada auntie angkat barunya Ude Ain
HANA - refer pada Hanin, teman sepermainannya
NANYAK - refer pada tak Nak
NYAK - Refer pada Nak
PE - refer pada Apa.. bila dipanggil namanya ulang kali (yg ni kadang2 je dengar)

Perkataan yang kerap uwais panggil adalah Abah (abinya) yg kadang2 juga memanggil umminya dengan paggilan tersebut... Uwais masih belum boleh menyebut huruf 'i' dan hanya mampu setakat ini huruf 'a'..dan sebab itulah panggilan Abah yang kerap dipanggil..;) itulah fasa pertama percakapan si anak kecil seusia uwais...


Kalau di suruh ambilkan barang, cepat sungguh si kecil ni bergegas ambil..contohnya 'Towel', uwais memang dah faham apa itu towel..cepat2 dicari towelnya. lagi satu 'Ball', alhamdulillah dia dah faham apa itu ball (mainan kesukaannya) dan ajak kami main bersama! yang saya gelihatinya, bila saya menyuruh hanin pun, dia yg sibuk2 nak amik dulu barang yg saya mahu dan berebut dengan hanin nak capai barang tersebut walaupun kadang2 tersalah ambil barang..hihii.. bak kata mama Hanin, berebut nak dapat pahala! hehe.. :P

ok, syathir!! insyaAllah!:)


Note: mabruk Abi@Abg najah fil imtihan Kafaah... lepas ni struggle for your khuttoh and Thesis pula ye!! be the BEST!! InsyaAllah... (jgn mengalah atau merintih walau membara titian berduri...) Luv U always!!

4 comments:

ummuabdullahsyaakir said...

Alala...comelnya dgn cap..dh bujang dh ank umi ni..bila uwais nk ada adik lgi?

Unknown said...

alhamdulillah... hehe.. kupiahnya dah sempit dikepalanya.. nk kna kirim dr malaysia nampaknya..kt cni jmp yg besar2 je.. ;) adik? insyaAllah kalu dah ada rezkinya.. hii..syukran.

Ain Allen said...

lepas ni nak ajar uwais ckp sayang pulak.. nanti buleh ckp sayang ede! lalala~ :p hehe

ps - amecam pasata olive olio sy?? hehe.. buah hati sy makan x?? :p

Unknown said...

yelah..ajarlah.. :p

uih..pasta tu..mmg sodap.. uwais suka sgt.. mkn laju2.. dia kalu makanan camtu (mee2 etc mmg gemar bebenor..! heh..syukran! :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”