Friday, April 3, 2009

~Cerita Suatu Petang, Tentang 2 hari~

assalamu'alaikum wrt...

KISAH SATU PETANG

Semalam petang selepas Asar, kami menemani Kak Pah dan Ustaz Syed ke Baqa'ah untuk membeli belah barang keperluan bagi jamuan makan di rumah mereka.. Barang-barang basah banyak dijual di sini dan harganya agak murah berbanding harga biasa di jual di Sweileh..

lagipun, dah lama kami tak ke sana... Bagi kak Pah dan Ustaz sted yg baru tiba di bumi Urdun ni, ini adalah saat pertama mereka ke sini.. K.Pah nampaknya teruja melihat barang2 yg senang didapati di sini..hehe.. Pergi dah agak lewat, makanya ayam-ayam segar pun dah tinggal yang kecil2.. tak 'gemuk-gemuk' cam selalu kami beli.. dah itu rezeki kami petang itu.. :)

Balik dah masuk maghrib.. sebelum amik teksi, kami sempat membeli kebab murah yang sedap yang dijual di sini..;)

Gambar: kami di Pasar Basah Baqa'ah

Then pada tengahri tadi, jamuan makan di rumah K.Pah.. awal2 pagi saya dan Ara ke rumah K.Pah untuk membantu beliau apa yang patut.. Menu: Mee Bandung dan Nasi Ayam!
Alhamdulillah..akhirnya setelah bergotong royong bersama, kami sempat menyediakan juadah itu walaupun sedikit minit lewat..hehee.. :) berjaya juga! tahniah K.Pah dan Ara! kih3x..

Hadirin tiba dalam kul 2pm selepas usai solat jumaat.. Marwah bawa bersama kek coklat lazat dan kak Ina bawa lopok durian..ermm..ape ye kak Ina? tak ingat lak... hehe tp sangat sedap!

Terima Kasih Kak Pah sekeluarga sudi menjemput kami semua makan di rumah.. jazakumullah khairan kathiran.. Moga bertambah rezki kalian sekeluarga! amiin..

gambar: Rewang-rewang..


Gambar: Makan-makan...

***************************************************************
nak selitkan gambar satu!!
sakura yg indah!!! hehe..di'snap' dalam perjalanan ke rumah K.Pah! ;)

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”