Monday, April 13, 2009

:: Jadikan Anak Bijak dan Kreatif ::

by: Ratuhati.com

Ibu bapa kreatif biasanya mempunyai anak yang bijak berfikir. Kreativiti ibu bapa boleh mengalir ke dalam anak jika dipupuk sejak kecil.

Namun yang lebih penting, ia boleh dijadikan bahan mengajar berkesan dan menyeronokkan, sama ada dalam bidang sains, matematik atau pemikiran logik.

Membuat layang-layang contohnya, perlukan keseimbangan antara kedua-dua belah kepak supaya ia boleh ‘terbang melayang’ apabila ditiup angin. Jadi di sini kita sebenarnya menerapkan konsep sains iaitu untuk keseimbangan.

Begitu juga dengan sampan kertas. Ia akan tenggelam jika ada kebocoran yang menyebabkan keseimbangan berubah.

Permainan batu seremban (yang kini dibuat dalam uncang kecil berisi kacang hijau) juga boleh dijadikan alat untuk merangsang otak kanak-kanak berfikir.

Selain mengira, kanak-kanak perlu membuat pilihan bijak untuk mengambil batu dalam susunan 1, 2 dan 3 supaya ketika batu diambil, jari tidak terkena batu lain.

Corak pendidikan tidak langsung dan menyeronokkan ini sepatutnya diterapkan ibu bapa ketika bersama anak supaya masa diluangkan itu menjadi lebih berkualiti, kata Pensyarah Universiti Bombay, Dr Vidula Mhaiskar ketika mengendalikan Bengkel Penghasilan Alat Permainan anjuran bersama Persatuan Untuk Kanak-kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM) dan Nestle. - NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Kuatkan minda, Harian Metro

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”