Sunday, April 19, 2009

:: Cartoon Ana wa Akhi ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Entry kali ini ingin berkongsi lagu dari salah sebuah Cartoon Animasi di Qanah Spacetoon Arabic.. tajuknya Ana wa Akhi.. My brother and I.. saya mula tertarik untuk mengikuti animasi yg sarat dengan pengajaran dan teladan.. sejak hubby menggalakkan saya menonton Kartun Beralih suara Arab nilah sebagai satu pemahaman, pendengaran dan percakapan yang betul untuk bahasa arab fushah. Selalu saya menonton movie2 dari channel MBC@FOXMovies@channel masakan Fatafeat hanya membaca dari sarikata di bawahnya tanpa bacaan betul walaupun saya boleh faham maksudnya.. :)

Alhamdulillah banyak juga membantu saya dalam mempraktikkan bahasa arab ni.. Kalau pergi ke kedai tanpa hubby pun rasa seronok sebab sekurang2nya dapat saya praktiskan selalu.. Alhamdulillah dah ada sedikit kemajuan berbanding masa mula2 saya tiba di bumi urdun ni.. macam ayam patuk je rasa kalau org cakap.. ;)

Alkisahnya animasi Ana wa Akhi ni, tentang seorang abang yg bertanggungjawab terhadap adik lelakinya yang seorang pegang atas pesanan dan amanat terakhir dari ibunya agar menjaga baik2 adiknya.. jangan lupakannya, genggam@pimpin tangannya..dan jangan mengalah pada kedukaan.. "La Tansa Akhohu Tar'ahu Yadaka.. Lan Nastaslim Bil alam.."

erm, memberi pengajaran yang amat bermanfaat walaupun hanya dari sebuah animasi!!



Alhamdulillah.. Uwais pun suka tonton bersama! Dah jarang buka channel favouritenya sebelum ni ToyoralJannah (kebetulan ada sedikit problem for its signal, dh byk ari tak dapat, nak tukar Hz nye tak reti ;p)

ok, wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

k ina suka tengok cerita reemy...cerita karton perancis yg dialihbahasa...sedih tgk cerita tu...sampai nangis2. tahun ni masih ada kartun tu...siri ulangan.

Ataupun tgk hilmu dhoi'yg meleret2..

Unknown said...

kak ina, actually ayu taklah tgk cartoon ana wa akhi jer.. cuma suka agt jer..hihi..citer lain pn ayu ada tgk.. yg hulmu dhai' tu turkey kan MBC4? kdg2 tgk sbb dia cakap pun 'ammi kan.. ;)

kak ina jumpa sok tau kat umah awah :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”