Sunday, April 26, 2009

:: Cerita Petang Tadi ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Cerita kami Petang ini...
Ketika anak-anak sedang nyenyak tidur, saya ambil kesempatan membuat roti sosej yang dah sekian lamanya memendam.. dulu pernah buat sekali..tapi tak berapa jadi..kali ini..hari ini..yeah..!! Alhamdulillah menjadi pun.. actually kali ini baru buat betul2 sebab dah ada butter.. ('arad di Tol Karim, 5 ketul JD1.990) apa lagi cepatlah saya beli..hihii..nak beli sebelum ni harganya agak mahal kan.. ;)

Uwais sedang khusyuk makan roti sosej kegemarannya.. boleh habis lak tuh.. hihii tapi ummi abi curi-curi sikitlah..heh

Then after solat Asar, hubby ajak saya main badminton diluar rumah..katanya nak biar peluh sikit..kot2 boleh kebah demamnya dan sakit kepalanya... Saya pun masa tu tetiba datang sakit kepalanya..terus siap temankan hubby main.. moga keluar rumah lega sikit sakitnya..dapat angin luar.. :) alhamdulillah memang rasa lega sikit sakit kepala ni.. tapi hubby masih begitulah..mungkin sakitnya kuat dari saya.. (belum diizinkan Allah untuk pulih sepenuhnya..)
Uwais pun dengan muka cerianya dapat main bersama kami..

Muka ceria Uwais dapat main sekali..abinya ajar main badminton!


Tengah-tengah main tu, sempat saya berhenti jap untuk memetik wardah yang dah kembang di belakang rumah sewa kami.. cantik lak.. take break jap sebab angin datang menerpa..kang nak serve bola ntah ke arah mana.. tup2 keluar ke luar tembok..kih3x..

ada 3 jenis bunga wardah.. merah, putih dan pink.. jamilah jiddan!

Usai main, hubby kata nak ke Soidiliah (farmasi) nak beli panadol.. saya dan uwais ikut sekali.. sebab saya nak cari daun oregano (za'tar)..tapi malangnya takde di kedai tu.. takpelah..

Dalam perjalanan pulang, sebelum kami melangkah ke kedai Abu 'Amir untuk ziarahnya, saya terima satu message dari kawan baik saya di Malaysia memberi khabar.. :

Salam, mohon alfatihah buat ayahanda saya hj. Ramlan b. Kadkan, yg tlh kembali ke Rahmatullah jam 10 mlm 26/4/09, moga rohnya b'sama para solehin, insyaAllah.- K.shila. (aniswardah)

Saya khabarkan terus pada hubby.. kebetulan hubby juga kawan baik suaminya..dan mereka bertiga satu batch ketika belajar di iium dulu.. Innalillahiwainnalillahiraji'un..ayat yang keluar dari mulut hubby.. saya terus reply messagenya.. :

Innalillahiwainnalillahiraji'un.. Slm Takziah dari kami sekeluarga.. mg rohnya tgolong d kalangan org2 beriman.. Mg lebih tabah dan sabar kak ye..
DariNya kita datang DariNya jualah kita kembali.. bulan ni saja saya terima banyak berita kematian.. memang benarlah janji Allah itu..Satu hari akan sampai kematian buat kita.. buat kita yang masih hidup, ianya memberi peringatan dan keinsafan buat diri...

************************

hubby dan Uwais Bersama Abu 'Amir yang baik hati..



Note: (1) al-Fatihah Buat Ayanhanda K.Rosilawati bte hj Ramlan..
(2) Moga Abi Uwais cepat sembuh!! sok nak ke kelas kan.. :)



3 comments:

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

milik siapakah gadis itu...yang dibelakang bunga itu...hehe...
ayu...ayu namanya diberi..hihi

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

wah ni gadis bunga ni..eh gadis ke, wanita bunga ni..hihi

Unknown said...

milik siapa? sapa lagi kalu bukan suamiku tercinta..kih3x.. wanita sudah.. :p

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”