Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wrt..
SABTU 18April:
Arini saya ditemankan oleh Marwah dan Hanin pergi mengurut ke rumah Victoria, Muallaf Filipina yang mempunyai Pusat SPA di Irbid.. Kalau adik-adik Irbid yang biasa ke sana , kenallah beliau.. Kalau nak mandi sauna boleh datang ke Irbid hanya JD3 sekali mandi untuk orang2 Malaysia saja..kalau orang Arab JD4 di'charged'. :)
Alkisahnya..saya sakit2 tangan kanan dah banyak hari ni.. lenguh semacam..rasa dah tak tahan sangat mengadu pada hubby.. hubby risaulah sangat..Dia tanya victoria tu pandai urut tak? Saya bagitahu memang dia buat juga service massage ni.. So, Minta saya tanyakan pada Marwah samada boleh arrangekan berjumpa dengan dia.. Marwah berbesar hati membantu saya deal kan untuk berjumpa di rumah beliau di Jabal Hussin, Amman. actually Marwah pernah ikuti kelas erobik dengannya bulan lalu.. Senang sikit berurusan :)
Sejak Bersalin melalui operation dulu..saya memang tak pernah betul2 diurut satu badan.. cumanya dulu masa pantang Kak Aisyah lah datang mengurut 3 kali..itupun cuma tempat2 yang boleh je sebab saya kan scissor.. x bolehlah nak urut cam bersalin normal.. Balik Malaysia pun hanya sempat sekali je urut dengan jiran sebelah itupun cuma yang boleh je..masa tu belum setahun lagi umur uwais.. Kesannya mungkin akibatkan badan saya masuk angin banyak dan cepat sakit bila buat keje lebih.. tapi tulah dah beberapa kali dipesan jangan buat keje lebih2 oleh hubby tapi saya tak boleh duk diam, buat juga.. huhu..
Saya katakan pada hubby.. abg tahu tak seorang ibu/isteri tu sanggup buat apa saja untuk anaknya atau suaminya asalkan buat mereka bahagia dan gembira! walaupun diri mereka rasa sakitnya.. yang penting bagi mereka adalah puas melihat anak/suaminya happy..:) hubby senyap saja.. ;) Tapi sebenarnya janganlah samapi memudaratkan diri ek? nanti sapa pulak nak jaga depa?nak masak semua?nk buat keje rumah? hehe.. Hati-hatilah dalam buat keje ye tak? :)
Ni gambar2 sekitar Jabal Hussin yang sempat saya snap. Tempatnya bersih dan cantik..banyak deretan kedai yg pelbagai.. Sempatlah rasa roti muajanat dan ais krim! hehee
Alhamdulillah....
Ummu Uwais
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
No comments:
Post a Comment