Wednesday, April 29, 2009

:: Kanak-Kanak 5 Tahun Hilang ::


Bismillahirrahmanirrahim...

Petang semalam bila melalui kedai sayur syakbiyyah, kami terpandang satu iklan di cermin sebuah kereta tentang berita kehilangan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun. yang pastinya bukan di bumi Sweileh lah.. Menurut sumber berita Al-Ghad, di tempat bernama Lawa' ul Kurah.. saya tak pasti di mana tempatnya..


Dilaporkan keluar membeli humus dan falafel dari kedai yang berdekatan rumahnya.. Setelah lebih kurang 2 jam tak pulang-pulang, ayahnya pergi menjengah.. mereka berfikir anaknya pergi bermain bersama kawan-kawannya.. tapi malangnya mereka tidak berjumpa dengannya.. selepas 5 jam tidak berjumpa juga, ibu bapanya melaporkannya ke balai polis berdekatan..

gambar: Adik Warad bin Abdul Majid Ar-rubabi'ah


Moga adik Warad dijumpai secepat mungkin..!! Allah memulangkannya dengan keadaan sihat dan selamat..amiin..

no telefon yang boleh dihubungi.. : +962777401429



Boleh lihat berita penuhnya di : http://www.alghad.jo/?news=414030

1 comment:

Ain Allen said...

Ya Allah, tabahkanlah ibu bapanya utk menghadapi ujian yang Kau beri ini, permudahkanlah mereka dalam pencarian dia, ya Allah..

***deepest sympathy for the child and his family. :'(

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”