Bercerita sedikit aktiviti terkini kami ahli keluarga Melayu Amman di bumi Sweileh...
Entri akan lebih kepada cerita bergambar.. as usual.. ;) senang dan mudah kan?
Aktiviti:
Ma'rad Thaqafi Antara Negara di Jami'ah Urduniyyah 22-23Hb April 2009
21HB April 2009:
Lebih kurang pukul 2pm kami AJK Masakan (Akhawat) berkumpul di Bayt Hanoun untuk aktiviti rewang kami memasak beberapa jenis makanan Malaysia dan membuat beberapa kuih muih tradisional malaysia.. Antaranya Nasi Lemak, Nasi Campur, Pulut Kuning, Karipap, Ketayap, Kasturi, Cucur Pisang, Kuih Sagu, Buah Melaka, Puteri Ayu dan Kastad Jagung. Makanan-makanan ini hanya sebagai pameran saja dan sepanjang perjalanan aktiviti di booth Malaysia, para pengunjung berpeluang merasa dan menjamah makanan tersebut.. :)
Alhamdulillah.. walaupun dengan kakitangan yang sikit, kami sempat sediakan juadah2 tersebut.. berkat pertolongan kakak2, adik2, kawan2 semuanya berjalan lancar dan mudah.. walaupun ada yang sarat mengandung, komitmen keluarga, anak2 dan kelas, mereka sanggup berganding bahu menyiapkan tanggungjawab yang diberi.. moga-moga Allah merahmati mereka dan memudahkan pekerjaan mereka dunia akhirat, insyaAllah.. semuanya rajin dan sporting! masyaAllah.. :)
Terima kasih semua.. Jazakumullah Khairan Kathira.. :)
Hampir pukul 10pm malam tu, baru kami selesai kerja.. lama juga berkampung di rumah hanoun (hanin).. Sehingga saya dan hubby serta Uwais terpaksa bermalam di sana.. Nasib baiklah tuan rumah berbesar hati menawarkan kepada kami sementelah rumah mereka lebih 2 bilik dan sentiasa sedia terima tetamu.. ;) Bukan apa sebabnya pagi esoknya saya terpaksa juga menjaga anaknya, Hanin setelah mamanya ke kelas dan abinya menguruskan persiapan booth. Jadi tak payah saya nak berulang-ulang dari rumah, nanti nak dibawa juga hanin ke rumahnya pagi-pagi tu.. saya pun boleh start awal nak menggoreng kuih muih tadi sementara menunggu kawan-kawan lain datang.. maka jadilah saya 'mak' untuk mereka semua sementara.. buatkan sarapan pagi dan minuman dahulu.. haha.. :D

22HB April 2009:
Alhamdulillah kawan-kawan yang sporting ni berjaya siapkan kerja-kerja akhir sebelum Ajk Pengangkutan dan Teknikal datang mengambil semuanya untuk di bawa ke booth.. :)Pukul 2.30pm tadi saya, hubby, Sagol dan Marwah bergegas pula ke booth Malaysia untuk tugasan menjaga pula.. Ramainya orang di sana.. Hanya ada beberapa negara yang mengambil bahagian.. Antaranya Malaysia, Jordan, Sudan, Chehnya, Syria, Arab Saudi, Pakistan, Palestin, Aljaza`ir, etc,, saya kurang ingat dah.. sori.. takpe, boleh tunggu laporan khas dari pihak PPMAj di blog mereka nanti.. ;)
Di sana sempatlah saya meninjau beberapa booth dari negara lain.. erm, memang menarik! terutamanya dari negara Syria.. barang2 harian mereka kebanyakannya hampir serupa dengan barang2 yang kita pernah gunakan dahulu antaranya seterika antik, kasut terompah & mangkuk tingkat membuatkan saya pada kenangan lalu.. Yelah..dahulu pun ketika permulaan pembukaan Malaya bukan ker ramai dari pedagang arab..? jadi no wonder pengaruh Arab tu terdapat di negara kita..
Gambar-Gambar Sepanjang Ma'rad@Pameran..
Abi dan Uwais sedondon..
Pertunjukan Silat dari Malaysia.. BEST!! i think it's something different, something special di Ma'rad ni. kebanyakan negara lain buat tarian tradisi mereka.. ramai sangat yang datang melihat. Alhamdulillah..
Aksi-aksi bersahaja..:
Ok, Jumpa lagi nanti, InsyaAllah..
Note: Teruja dapat bersama dalam merealisasikan ma'rad ni walaupun kami hanya ahli bersekutu kepada PPMAj.. disebabkan bilangan ahli yg sedikit di bumi Amman ni.. kami para isteri, juga termasuklah dalam aktiviti2 pelajar di sini.. ;)
Alhamdulillah..,
Ummu Uwais
sebelum pulang..

6 comments:
sedikit terkilan xdpt nak sumbangkan tenaga dlm menyediakan kuih2 dan santapan melayu. walaubagaimanapun...
kene jugak redha dgn apa yg Allah dah tetapkan... =l
Ain, jangan bersedih yer.. takpelah dah awak tu tak sehat.. biar sehat2 betul dulu..take more rest k.. kami semua faham insyaallah.. :)
uit! uwais tunjuk ponggong ek.. kui3
alamak!! ayu terdelete comment dari kak aniswardah dan kak yana lah.. sori2.. x smpat baca abis pn commentnya.. kot2 blh kak yana dan kak aniswardah resend huhu.. sori.. :(
cik ara, uwais tak nampak org main silat sebab tu abi angkat uwais tuh.. hehe
alhamdulillah best nyer.
comel sungguh hanin dan uwais berbaju melayu dan kurung.
salam...
ayu macam ummatic week kat uia ler... terkenang dulu2...hehehe..
Post a Comment