Thursday, April 30, 2009

:: Slm Hari Pekerja ::

SELAMAT HARI PEKERJA BUAT SEMUA YANG BEKERJA..
Manfaatkan Waktu Sebaiknya.. :)



:: Something To Make U SMILE :) ::

SENYUM... SMILE...BE HAPPY ALWAYS..











alhamdulillah....

:: Petua Hidup Berkeluarga ::

Petua menjaga hati isteri ·

~Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah ·

~Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.. ·

~Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah. ·

~Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain. ·

~Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri. ·

~Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri. ·

~Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya. ·

~Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung. ·

~Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi. ·

~Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah ·

~Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.


Lelaki pilihan wanita
1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.


Petua mengetahui cinta pasangan hidup
Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

Ø Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

Ø Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

Ø Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

Ø Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

Ø Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

Ø Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

Ø Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

Ø Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

Ø Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

Ø Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurang an di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

Ø Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama..

Ø Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

:: 'JANGAN' untuk KEBAIKAN & PERINGATAN ::

Bissmillahirrahmanirrahim...

~ Peringatan Untuk Diriku yang Sering alpa..~



-Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.




-Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).




-Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.




-Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


-Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


-Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


-Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


-Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


-Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


-Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

-Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


-Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita...


-Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


-Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


-Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.



ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wednesday, April 29, 2009

:: Tag 5x5 Mama Hanin ::

Bismillahirrahmanirrahim...


(1) Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan...

- Haji dan Umrah ke Baitullah Haram

- Travel around the World..

- miliki sebuah rumah yang ada tanah lapang

- buka sebuah restoran (belum terpikir jenis masakan ;)

- miliki DSLR!!

(2) 5 alasan terhadap pilihan tersebut

- Off courselah nak tunaikan rukun Islam ke 5.. then nak ziarah maqam2 nabi especially Maqam Rasulullah SAW :)

- Timba pengalaman.. dapat tengok2 negara orang.. best kan? heh

- sebab apa nak ada tanah lapang? sebab suka bercucuk tanam..boleh buat banyak benda juga bila ada tanah kan? macam-macam ada.. :p

- ni berangan2 jer.. tapi mana tahu kalau nak jadi kenyataan..? hihii..sila2 lah datang nanti..kih3x

- Huh, tentu korang tahu saya suka sangat snap photo! tengok saja blog ni..hihii penuh dgn gambar je.. kalau ada DSLR lagi bagus amik gambar kan? boleh tak kita dapat ni bang yer..? ;)


(3) 5 impresi terhadap orang yg anda minat..

- sangat hardworking, tak pemalas, ringan tulang membantu

- berjiwa kental, kuat semangat

- senyum selalu, manis mukanya

- pemurah

- Bijak!!


(4) 5 perkara hebat pernah anda lakukan

- tak hebatlah! Allah Maha Hebat!!

- Baiki barang elektrik rosak kot..

- Memasang komponen arial TV lah kot..

- Memasaklah..cepat siap!! haha

- Lahirkan Uwais Amzar ke dunia..!!


(5) 5 ciptaan yang paling disukai (tak semestinya teknologi)

- My hubby, My son and My Family & Future sons @ daughters ;)

- My Best Friends

- Buah-buahan fresh!!

- Kenderaan

- Tanah!! hoho~


(6) 5 perkara yang dibenci

- Bising sangat2

- pendendam

- Pemalas!

- suka-suka je ngutuk orang

- kedekut


(7) 5 orang yg hendak anda tag.

- sapa yer?

- erm...

- sapa2 lah yang rajin nk balas

- ok..

- Ara lah.. hihii

***************************
alhamdulillah..siap pun..jawapan 'malas' dari ummu uwais.. walaupun suka orang yang 'rajin'.. hihii.. ;)

:: Kanak-Kanak 5 Tahun Hilang ::


Bismillahirrahmanirrahim...

Petang semalam bila melalui kedai sayur syakbiyyah, kami terpandang satu iklan di cermin sebuah kereta tentang berita kehilangan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun. yang pastinya bukan di bumi Sweileh lah.. Menurut sumber berita Al-Ghad, di tempat bernama Lawa' ul Kurah.. saya tak pasti di mana tempatnya..


Dilaporkan keluar membeli humus dan falafel dari kedai yang berdekatan rumahnya.. Setelah lebih kurang 2 jam tak pulang-pulang, ayahnya pergi menjengah.. mereka berfikir anaknya pergi bermain bersama kawan-kawannya.. tapi malangnya mereka tidak berjumpa dengannya.. selepas 5 jam tidak berjumpa juga, ibu bapanya melaporkannya ke balai polis berdekatan..

gambar: Adik Warad bin Abdul Majid Ar-rubabi'ah


Moga adik Warad dijumpai secepat mungkin..!! Allah memulangkannya dengan keadaan sihat dan selamat..amiin..

no telefon yang boleh dihubungi.. : +962777401429



Boleh lihat berita penuhnya di : http://www.alghad.jo/?news=414030

Tuesday, April 28, 2009

:: J.O.D.O.H ::

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ini pagi-pagi selepas menyiapkan sarapan dan bersihkan anak2, saya membelek-belek e-mail sebelum melangkah ke dapur untuk makanan tenagahari pula.. Saya tertarik dengan satu email yang dikirimkan oleh salah seorang di laman yahoogroup yang saya sertai.. Pasal JODOH. Mungkin kita boleh renung2kan…
******************************************

“Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di
bumi….”

Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak berimankemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersamamasalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahilpula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkanhubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda
gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?Berapa
ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita
menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak
hadiahkan kita pelangi.."


" `Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

:: 1, 2, 3 Action!! ::

Assalamu'alaikum wrt..

Sedikit tatapan buat mereka berdua satu hari nanti.. :) Jalan-Jalan petang membawa mereka amik angin..



aksi spontan


beraksi depan Maktabah Islami berhadapan TolKarim, Sweileh


Sokmo nak berebut.. dah macam twin!







Kecik-kecik dah rajin baca buku.. ;)

Atas Ke'aktif'annya.. ha..kan dah dapat tanda di dahi.. huhu..

:: Wardahku Akhirnya... ::

Bismillahirrahmanirrahim...


~Bunga wardah yang dipetik kelmarin~



Akhirnya.. baru je kelmarin letak bunga2 Rose tu kat atas meja.. konon2nya nak bagi seri sikitlah..


~ Akhirnya berderai ke bumi...dek tangan uwais..~

at last.. datang anakanda Uwais yang sangat aktif.. di capainya bunga2 tu atas meja gunakan kerusi kecilnya.. menguraikan kelopak2 bungaku.. huhu.. abi kata..erm..habis dah bunga ummi... Ummi dok khusyuk buat kerja kat dapur, Uwais lak khusyuk buat kerjanya di luar dapur.. ;)

Maka, tinggallah 2 kuntum ni jer.. huhu

Sunday, April 26, 2009

:: Cerita Petang Tadi ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Cerita kami Petang ini...
Ketika anak-anak sedang nyenyak tidur, saya ambil kesempatan membuat roti sosej yang dah sekian lamanya memendam.. dulu pernah buat sekali..tapi tak berapa jadi..kali ini..hari ini..yeah..!! Alhamdulillah menjadi pun.. actually kali ini baru buat betul2 sebab dah ada butter.. ('arad di Tol Karim, 5 ketul JD1.990) apa lagi cepatlah saya beli..hihii..nak beli sebelum ni harganya agak mahal kan.. ;)

Uwais sedang khusyuk makan roti sosej kegemarannya.. boleh habis lak tuh.. hihii tapi ummi abi curi-curi sikitlah..heh

Then after solat Asar, hubby ajak saya main badminton diluar rumah..katanya nak biar peluh sikit..kot2 boleh kebah demamnya dan sakit kepalanya... Saya pun masa tu tetiba datang sakit kepalanya..terus siap temankan hubby main.. moga keluar rumah lega sikit sakitnya..dapat angin luar.. :) alhamdulillah memang rasa lega sikit sakit kepala ni.. tapi hubby masih begitulah..mungkin sakitnya kuat dari saya.. (belum diizinkan Allah untuk pulih sepenuhnya..)
Uwais pun dengan muka cerianya dapat main bersama kami..

Muka ceria Uwais dapat main sekali..abinya ajar main badminton!


Tengah-tengah main tu, sempat saya berhenti jap untuk memetik wardah yang dah kembang di belakang rumah sewa kami.. cantik lak.. take break jap sebab angin datang menerpa..kang nak serve bola ntah ke arah mana.. tup2 keluar ke luar tembok..kih3x..

ada 3 jenis bunga wardah.. merah, putih dan pink.. jamilah jiddan!

Usai main, hubby kata nak ke Soidiliah (farmasi) nak beli panadol.. saya dan uwais ikut sekali.. sebab saya nak cari daun oregano (za'tar)..tapi malangnya takde di kedai tu.. takpelah..

Dalam perjalanan pulang, sebelum kami melangkah ke kedai Abu 'Amir untuk ziarahnya, saya terima satu message dari kawan baik saya di Malaysia memberi khabar.. :

Salam, mohon alfatihah buat ayahanda saya hj. Ramlan b. Kadkan, yg tlh kembali ke Rahmatullah jam 10 mlm 26/4/09, moga rohnya b'sama para solehin, insyaAllah.- K.shila. (aniswardah)

Saya khabarkan terus pada hubby.. kebetulan hubby juga kawan baik suaminya..dan mereka bertiga satu batch ketika belajar di iium dulu.. Innalillahiwainnalillahiraji'un..ayat yang keluar dari mulut hubby.. saya terus reply messagenya.. :

Innalillahiwainnalillahiraji'un.. Slm Takziah dari kami sekeluarga.. mg rohnya tgolong d kalangan org2 beriman.. Mg lebih tabah dan sabar kak ye..
DariNya kita datang DariNya jualah kita kembali.. bulan ni saja saya terima banyak berita kematian.. memang benarlah janji Allah itu..Satu hari akan sampai kematian buat kita.. buat kita yang masih hidup, ianya memberi peringatan dan keinsafan buat diri...

************************

hubby dan Uwais Bersama Abu 'Amir yang baik hati..



Note: (1) al-Fatihah Buat Ayanhanda K.Rosilawati bte hj Ramlan..
(2) Moga Abi Uwais cepat sembuh!! sok nak ke kelas kan.. :)



Saturday, April 25, 2009

:: Syafakallah Fauran Sayang ::

Assalamu'alaikum wrt...

Hari ini buah hati saya demam, tak berapa sedap badan katanya.. Mula rasa tak sedap badan sejak pulang dari Sweileh Gharbi petang semalam.. selepas hubby belanja makan Mansaf! Malamnya tu hubby dah tak larat nak buat kerja-kerja kuliahnya.. After Isya' terus baring, berehat... saya bagikan padanya air suam dan panadol moga2 demamnya kebah esok pagi.. Terasa badannya panas malam tu.. tuamkan juga kepalanya dengan tuala basah.. (sekadar ikhtiar.. ;)

Sehari sebelum tu, saya yang terasa panas badan..hubby yang katalah..saya tak pulak kata saya demam masa tu..tetiba hubby rasa badan saya panas.. hubby siap ambilkan tuala tuamkan ke kepala saya..huhu..sungguh terharu.. tetiba dapat layanan istimewa sungguh! hehe.. buatkan air teh panas dan suapkan roti..hihii.. syukran abg! :) Alhamdulillah...

Uwais sedang memegang dahi abinya..nak rasa panas lagi tak..?


Oleh kerana hubby tak sehat, saya dan uwais berdua ke kedai Tol Karim membeli barang keperluan dapur ditemani Ain, Jiran Melayu saya tu.. ;)

Ummi dan Uwais doakan abg cepat sembuh ye. Take Rest k.. Love u! :)

Friday, April 24, 2009

:: Sebenar Uwais ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Lihat 2 gambar berbeza Uwais Amzar:

Perbezaan ini dilihat pada 2 musim iaitu Musim Panas (Soifiy) dan Musim sejuk (syita')



Kurus kan Uwais? nampak sangat berisi semusim lalu sebab berpakaian tebal sepanjang masa..hihii.. dah sejuk.. ;) walaupun sebenarnya taklah diketegorikan kurus sangat, sebab mukanya maintain chubby! hehe

:: Lagi Gambar Penuh Ma'rad ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni terasa lebih rajin lak nak entrikan lagi gambar2 sekitar Ma'rad Thaqafi Dauli tu.. :D

ala-ala Ummatic Week tika saya di IIUM dulu.. cume bezanya di IIUM dulu ada juga buat booth jualan dan tapaknya lebih luas.. :)





















Tahniah Buat semua Warga Melayu Amman yang terlibat menjayakan Ma'rad untuk Malaysian Booth !!

Wednesday, April 22, 2009

:: Ma'rad Thaqafi Jami'ah Urduniyyah ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Bercerita sedikit aktiviti terkini kami ahli keluarga Melayu Amman di bumi Sweileh...
Entri akan lebih kepada cerita bergambar.. as usual.. ;) senang dan mudah kan?

Aktiviti:
Ma'rad Thaqafi Antara Negara di Jami'ah Urduniyyah 22-23Hb April 2009


21HB April 2009:
Lebih kurang pukul 2pm kami AJK Masakan (Akhawat) berkumpul di Bayt Hanoun untuk aktiviti rewang kami memasak beberapa jenis makanan Malaysia dan membuat beberapa kuih muih tradisional malaysia.. Antaranya Nasi Lemak, Nasi Campur, Pulut Kuning, Karipap, Ketayap, Kasturi, Cucur Pisang, Kuih Sagu, Buah Melaka, Puteri Ayu dan Kastad Jagung. Makanan-makanan ini hanya sebagai pameran saja dan sepanjang perjalanan aktiviti di booth Malaysia, para pengunjung berpeluang merasa dan menjamah makanan tersebut.. :)



Alhamdulillah.. walaupun dengan kakitangan yang sikit, kami sempat sediakan juadah2 tersebut.. berkat pertolongan kakak2, adik2, kawan2 semuanya berjalan lancar dan mudah.. walaupun ada yang sarat mengandung, komitmen keluarga, anak2 dan kelas, mereka sanggup berganding bahu menyiapkan tanggungjawab yang diberi.. moga-moga Allah merahmati mereka dan memudahkan pekerjaan mereka dunia akhirat, insyaAllah.. semuanya rajin dan sporting! masyaAllah.. :)

Terima kasih semua.. Jazakumullah Khairan Kathira.. :)


Hampir pukul 10pm malam tu, baru kami selesai kerja.. lama juga berkampung di rumah hanoun (hanin).. Sehingga saya dan hubby serta Uwais terpaksa bermalam di sana.. Nasib baiklah tuan rumah berbesar hati menawarkan kepada kami sementelah rumah mereka lebih 2 bilik dan sentiasa sedia terima tetamu.. ;) Bukan apa sebabnya pagi esoknya saya terpaksa juga menjaga anaknya, Hanin setelah mamanya ke kelas dan abinya menguruskan persiapan booth. Jadi tak payah saya nak berulang-ulang dari rumah, nanti nak dibawa juga hanin ke rumahnya pagi-pagi tu.. saya pun boleh start awal nak menggoreng kuih muih tadi sementara menunggu kawan-kawan lain datang.. maka jadilah saya 'mak' untuk mereka semua sementara.. buatkan sarapan pagi dan minuman dahulu.. haha.. :D


22HB April 2009:
Alhamdulillah kawan-kawan yang sporting ni berjaya siapkan kerja-kerja akhir sebelum Ajk Pengangkutan dan Teknikal datang mengambil semuanya untuk di bawa ke booth.. :)

Pukul 2.30pm tadi saya, hubby, Sagol dan Marwah bergegas pula ke booth Malaysia untuk tugasan menjaga pula.. Ramainya orang di sana.. Hanya ada beberapa negara yang mengambil bahagian.. Antaranya Malaysia, Jordan, Sudan, Chehnya, Syria, Arab Saudi, Pakistan, Palestin, Aljaza`ir, etc,, saya kurang ingat dah.. sori.. takpe, boleh tunggu laporan khas dari pihak PPMAj di blog mereka nanti.. ;)

Di sana sempatlah saya meninjau beberapa booth dari negara lain.. erm, memang menarik! terutamanya dari negara Syria.. barang2 harian mereka kebanyakannya hampir serupa dengan barang2 yang kita pernah gunakan dahulu antaranya seterika antik, kasut terompah & mangkuk tingkat membuatkan saya pada kenangan lalu.. Yelah..dahulu pun ketika permulaan pembukaan Malaya bukan ker ramai dari pedagang arab..? jadi no wonder pengaruh Arab tu terdapat di negara kita..


Gambar-Gambar Sepanjang Ma'rad@Pameran..

Malaysian Booth

Anak-Anak Malaysia Demo Permainan dan Percussion.. ;)

Abi dan Uwais sedondon..

Pertunjukan Silat dari Malaysia.. BEST!! i think it's something different, something special di Ma'rad ni. kebanyakan negara lain buat tarian tradisi mereka.. ramai sangat yang datang melihat. Alhamdulillah..

Model Malaysian Booth..??

Para Pengunjung..

Kami di sini.. :)

sebelum pulang..


Aksi-aksi bersahaja..:


Ok, Jumpa lagi nanti, InsyaAllah..

Note: Teruja dapat bersama dalam merealisasikan ma'rad ni walaupun kami hanya ahli bersekutu kepada PPMAj.. disebabkan bilangan ahli yg sedikit di bumi Amman ni.. kami para isteri, juga termasuklah dalam aktiviti2 pelajar di sini.. ;)


Alhamdulillah..,

Ummu Uwais


:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”