ROADSHOW GEMA AL_AQSA 2009 (ROQS '09)
- AMMAN- -22 JULAI 2009, 8pm -MSD JORDAN
Alhamdulillah.. semalam berkesempatan juga saya dan anak saya serta beberapa warga Melayu-Amman menghadiri roadshow yg julung-julung diadakan di Bumi Jordan.
Penceramah datangnya khas dari Aman Palestin Malaysia sendiri iaitu melalui Perundingnya Mejar Nadzri Bin Musman.
Majlis dirasmikan oleh Duta Besar malaysia ke Jordan, Dato' Abdul Malek dan dihadiri juga oleh pegawai-pegawai dan isteri dari kalangan MSD Jordan dan juga Embassy sendiri.
Sebelum bermulanya ceramah oleh Mejar Nadzri, majlis diserikan dengan persembahan dari 4 orang pelajar Irbid bersama iringan 3 percutionist dengan persembahan puisi dan juga nyanyian bertenaga khas buat Palestin.
Dengan tajuk ceramahnya "Kenapa Palestin?" cukup memberi kesan di hati kami bermula dengan sejarah2 Bumi Bertuah palestin, Penjajahan demi penjajahan ke atasnya, Mengapa ianya menjadi rebutan oleh 3 agama samawi iaitu Islam, Kristian dan yahudi dalam penaklukannya, dengan slide show di mana penghijarahan beramai2 oleh kaum yahudi ke atasnya melalui kuasa British, Kekejaman demi kekejaman yang dilalui dalam episod berdarah Umat palestin sedari dahulu lagi hingga kini.
Bak kata Mejar Nadzri, isu Palestin adalah isu Dunia, isu antarabangsa bukan hanya isu negaranya yang patut diberi perhatian oleh seluruh dunia, Negara2 Islam khususnya lebih-lebih lagi tentang isu-isu kemanusiaan sejagat di mana memberi petunjuk jelas bahawa siapakah pengganas sebenarnya..!
Salah satu sebab rebutan ini adalah kedudukan strategik geografi bumi palestin di mana ianya terletak di tengah2 di antara Benua Asia, Benua Eropah, Benua Afrika dan Benua South Amerika dan ditambah oleh kata-kata Salahuddin al-ayubi bahawa "Sesiapa yang menguasai bumi Palestin, mereka menguasai Dunia.."Alhamdulillah.. semalam berkesempatan juga saya dan anak saya serta beberapa warga Melayu-Amman menghadiri roadshow yg julung-julung diadakan di Bumi Jordan.
Penceramah datangnya khas dari Aman Palestin Malaysia sendiri iaitu melalui Perundingnya Mejar Nadzri Bin Musman.
Majlis dirasmikan oleh Duta Besar malaysia ke Jordan, Dato' Abdul Malek dan dihadiri juga oleh pegawai-pegawai dan isteri dari kalangan MSD Jordan dan juga Embassy sendiri.
Sebelum bermulanya ceramah oleh Mejar Nadzri, majlis diserikan dengan persembahan dari 4 orang pelajar Irbid bersama iringan 3 percutionist dengan persembahan puisi dan juga nyanyian bertenaga khas buat Palestin.
Dengan tajuk ceramahnya "Kenapa Palestin?" cukup memberi kesan di hati kami bermula dengan sejarah2 Bumi Bertuah palestin, Penjajahan demi penjajahan ke atasnya, Mengapa ianya menjadi rebutan oleh 3 agama samawi iaitu Islam, Kristian dan yahudi dalam penaklukannya, dengan slide show di mana penghijarahan beramai2 oleh kaum yahudi ke atasnya melalui kuasa British, Kekejaman demi kekejaman yang dilalui dalam episod berdarah Umat palestin sedari dahulu lagi hingga kini.
Bak kata Mejar Nadzri, isu Palestin adalah isu Dunia, isu antarabangsa bukan hanya isu negaranya yang patut diberi perhatian oleh seluruh dunia, Negara2 Islam khususnya lebih-lebih lagi tentang isu-isu kemanusiaan sejagat di mana memberi petunjuk jelas bahawa siapakah pengganas sebenarnya..!
Akhir ceramahnya, Mejar nadzri berharap sentiasa ada sumbangan-sumbangan dari semua demi kehidupan buat masyarakat palestin seluruh dunia yang hidupnya terus dalam pelarian hingga kini.. Doakan Keselamatan dan keamanan buat mereka..!!
Mungkin anda boleh ketahui lebih tentang bumi palestin di laman web rasmi aman palestin.. atau boleh Klik sini..
Tahniah kepada pihak-pihak yang terbabit yang berusaha menganjurkan roadshow seperti ini dan di harap ianya diteruskan di masa-masa akan datang..
Wassalam.
********************************************************
Note: Bayt Amzar ucapkan tahniah dan all the BEST buat ust Muhaimin yg akan Munaqashah (viva) bg Master takhasus Tafsirnya pada hari ini. Moga Dipermudahkan segalanya dan terus berjaya dunia akhirat. Dan juga tak lupa ucapan buat Pn Dewi Maharah (zaujahnya) moga selamat bersalin anak pertama kalian. kami di sini sentiasa doakan selamat semuanya.. :)
No comments:
Post a Comment