Monday, July 27, 2009

:: AJAK @ AJAR ANAK ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wrt..


Saya ingin berkongsi sedikit pandangan tentang didikan dan bimbingan anak ini terutama di dalam solat.

Suruhan dan Gesaan


Dalam mendidik anak, kita tidak perlu menyuruh mereka dengan banyak kali untuk melakukan sebarang tugasan. Jika kita memberi tugasan kepada anak-anak, beritahu atau sampaikan sekali sahaja. Selepas itu perlulah ada tindakan susulan.

Sebagai contoh: Jika ingin anak kita solat, perintahkan mereka untuk solat sekali sahaja. Selepas itu ibu bapa perlu perhatikan dan tunggu sehingga mereka membentangkan sejadah dan terus solat.

Ingat, perintahkan mereka sekali sahaja, tapi tunggu sehingga mereka melaksanakan tugas itu. Anak-anak akan mendengar dan mengikut arahan ibu bapa seandainya kita menasihati mereka dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Seandainya kita mengamalkan cara atau kaedah ini, maka akan lahirlah anak-anak yg berdisiplin dan mendengar kata. Tetapi kita ada anak-anak masih degil dengan sekali suruhan, maka hendaklah digesa sekali lagi dengan penuh kasih sayang. Jangan menaikkan suara tanpa sebab.

pastikan suruhan dan gesaan kita itu didengar dengan jelas oleh anak-anak. Jangan sekali-kali merungut atau membebel sedangkan butir-butirnya tidak didengar dengan jelas oleh anak-anak. - petikan drp Buku Kemahiran Mendidik Anak: 21 kaedah mendidik anak cemerlang, Dr Hj Fadzilah kamsah, Hj Muhammad Zakaria, telaga biru

Gambar hiasan: abg khairi, abg faheem dan uwais sedang solat bersama

Ajak dan Ajar

Saya ingin menambah dari petikan tersebut di mana saya rasa sangat baik jika kita 'mengajak' anak kita melakukan aktiviti berfaedah bersama sebagai contoh di atas, Solat. Dengan ajak, bermakna kita juga ajarnya bagaimana mengerjakan solat secara tidak langsung. Kerana dengan perkataan ajak seperti 'mari' atau 'jom', insyaAllah anak dengan mudah akan ikut bersama kita melakukan solat jemaah. Apatah lagi bagi anak lelaki dengan mudah akan mengikut bapanya ke masjid bersama. Bermulalah didikan ini sedari awal usianya kerana jiwa anak amat mudah dibentuk jika kita mula menitik beratkan hal-hal kewajipan dalam agama ini sejak awal usianya. Bak kata pepatah, Meluntur buluh Biarlah dari Rebungnya. Dengan ajakan ini, anak akan merasa kebersamaan itu dan insyaAllah mereka akan merasa nikmat dan seronoknya melakukan solat itu tanpa adanya paksaan dalam jiwa mereka.

Alhamdulillah, itulah yg saya dan suami cuba biasakan buat nak sulung kami, Uwais (semoga Allah sentiasa tetapkan imannya dalam agamanya dan istiqamah dalam melaksakan suruhanNya hingga akhir hayatnya) ajak dia solat bersama kami (walaupun dia buat masa ini hanya sekadar boleh sujud, takbir dan sujud) kerana kami lihat kadang kala tanpa di suruh dia lakukan sendiri pergerakan solat (sujud) itu dengan bunyi Awwa Abar(Allahu Akbar) di usianya kini setahun 7 bulan. Saya lihat anak-anak seusianya memang sedang memerhati dan mengikut setiap pergerakan kita seharian. Mereka akan cuba buat dan mencuba segala sesuatu yg baru. Ambil peluang ini sebagai didikan awal kita untuk mereka melakukan aktiviti berfaedah bersama. Biasakan anak-anak dengannya. InsyaAllah perkara yg biasa dibuat ini akan berterusan hingga dewasanya.

Berbeza pula dengan ajar. Dimana jika kita hanya ajar tanpa kita sendiri tidak lakukan apa yang kita ajar atau suruh, it's nothing lah orang kata. Anak-anak akan rasa keterpaksaan dalam melakukan solat itu. Makanya dalam mengajar, kita ajaklah sekali anak-anak solat bersama selalu agar perkara itu seiring sejalan bersama. Kerana Solat adalah salah satu tiang islam yg amat penting dalam membina dan mendidik peribadi muslim. :) Jika kita boleh lakukan senaman bersama, melancung bersama, rehlah bersama, bersukan bersama, makan bersama, apatalah salahnya kita lakukan Solat Bersama! insyaAllah ianya akan membawa impak yg positif ke arah mencanakan anak-anak soleh solehah.. (moga Allah tetapkan iman kami, tunjukkan kami dalam mendidik anak-anak kami bakal generasi pimpinan islam masa depan, insyaAllah).

Akhir kalam, saya kongsikan bersama doa untuk kita dan anak tetap solat. Dari surah Ibrahim ayat 40-41:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal & pembalasan."


Wallahua'lamu bissowab..

Wassalam.

Family First!
ummu uwais

2 comments:

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

Assalamualaikum dan salam Ukhuwah.
Sebenarnya konsep ajak dan ajar anak ni semua orang dah tahu sebab dah diasuh sewaktu kecil dulu oleh ibubapa kita. Sungguhpun demikian kita kadangkala akan terlepas pandang perkara-perkara ini bila mana kita "disibukkan" dengan tugas-tugas seharian.

Unknown said...

Wa'alaikumussalam ustaz..
syukran atas komen ustaz.. :)

benarlah kenyataan ustaz. ini hanya sekadar catatan bagi ingat mengingati sesama kita. boleh jadi perkara ini lama bg sebahagian org tapi mungkinkah ianya baru bg segelintir orang. sekadar ingin berkongsi yg dah lama tersimpan di minda.. :)

wallahua'lam.

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”