Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini Along Uwais kena cucuk bagi umurnya yang sudah pun cecah setahun setengah. Ikutkan appointment datenya pada 26HB jun lepas, tapi disebabkan pada waktu itu, kami masih berada di Turkey, terpaksalah tundakan.. Kami tiba pula pada hari ahad pagi.. sedangkan untuk khidmat cucuk tu hanya ada pada hari ahad. Terpaksalah tundakan lagi. Kakaknya Hanin ketika itu sedang berada di klinik dan mungkin sudah dicucuk.. saya dapat message dari mamanya petang itu bagitahu yang Hanin dah kena cucuk, demam panas sikit dan tak boleh bergerak sangat. Katanya memang cucuk kali ini doktor kata agak kuat sikit penangannya!
Esoknya saya ziarah mereka (kebetulan mereka pun baru pulang dari mengerjakan Umrah). Saya tengok Hanin terketar-ketar nak jalan. Sian dia. Terus datang pada saya minta peluk. Mungkin nak ngadu yang dia tak sehat.. Lama juga tak jumpa anak susuan saya ni..Rindu sangat2.. masa Jaulah, hampir tiap hari saya cakap dengan Uwais, kakak Hanin buat apa tu ye..? :)
Ok, balik semula pada cucuk Uwais. Abinya seorang yang bawanya ke klinik sebab abi tak bagi saya ikut, katanya nanti jalan naik bukit, jauh lak tu. Minta saya tunggu rumah je. Saya baru sangat lagi dalam minggu mengandungkan anak kedua kami. Risau juga dia bila nampak saya buat keje banyak2.. huhu.
Sebelum pergi, saya berpesan ulang kali pada Along Uwais, "along jgn nangis tau!kena kuat!" Dia senyum saja.. Salam tangan saya dan cium..
Pulangnya, Uwais terus datang cari saya di dalam bilik. Mungkin nak ngadulah tu yg dia kena cucuk ;) memang pun.. Dia dengan senyum2 tunjuk jari telunjuknya yg dicucuk untuk diambil darah. Saya tengok direkodnya, berat badannya 9.8Kg (belum cecah 10kg pun) tapi alhamdulillah juga grafnya naik..yang penting dia sihat! Masa tu saya tengok dia ok lagi..boleh gerak, lari sana sini.. Selang beberapa jam lepas tu, dia dah mula panas2 badan, nak terbaring.. datang pada saya panggil umi..umi.. (lembut sungguh nadanya..)
Ok, along baringlah tidur dulu ye. Umi letakkan bantal atas kepala.. Saya tepuk2 sikit, terus tertidur. Letih nampaknya kesan dari cucukan tu. Lama juga dia tidur. Lepas bangun tu hingga sekarang dia terbaring lagi sambil tengok cartoon arab di TV. Salinkan nappy dia dan masukkan tahmil ikut punggungnya. Ubat panas badan. masa tu rasa betul panas badannya..Alhamdulillah Uwais ok lagi setakat ni..Boleh juga gelak2 saya main dengannya. Bila dia dah boring, panggil2 saya suh main dengan dia. lepas tu minta saya dukung dia.. Dah boring baringlah tu..
Uwais, anta bathol! hero! Doktor cakap padanya pagi tadi.. So, along kena kuat ok? sikit je.. kena tahan.. :) sehat cepat!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
4 comments:
ala... sian uwais... mmg cucuk 1 1/2 tahun ni kuat ek? ujam belom lagi.. baru lps cucuk 1tahun... dah start panggil along ek? ish... kecik2 lagi dah jadi along.. insya-allah jadi along yg baik yer... nnt nak jaga adik...
tula.. alhamdulillah bgn pg td dia ceria seperti biasa walaupun nampak nak jalan tu slow2 sikit.. sampai ptg ni dah ok.. dh blh lari.. yg kelakarnya, siap nak ikut jg kitorg solat sakit2 kakinya tu.. alhamdulillah.. :)
dh nk jd abg..kna siap dr skrg..selalu jg tersasul pgl adik! haha..
along kan memang juara bertahan sejak usia sebulan lagi! gambate uwasa! (betul ke nama uwais dlm jepun?)
umi, klu budak berdua ni masih dok sama dengan umi, teruk lah umi nak layan bila kena time2 cucuk camni! hehehe...
haah...rindu pulak bila tgk blk gmbar rambut hanin bertocang buatan umi tu..
isk3..hehe
ila hanin sefamily..
alhamdulillah... :) org laki kna kuat umi selalu kata2 dgn along uwais..! uwaisa umazari nama jepunnya rasanya.. haha(apa2lah) ;)
tulah.. ada lah tu hikmahnya hanin dh duk dgn org arab.. tp yg pasti rindu tu sentiasa ada untuk Hanin, anak dara sulung umi..hihii :)
Post a Comment