Friday, July 31, 2009

:: Latihlah Anak Dengan Kesempurnaan ::

Sekadar berkongsi... email seorang sahabat

*******************************

Bagi pembaca yang masih ingat bahawa saya pernah menulis pada post terdahulu mengenai 'Latihlah Anak Dengan Kesempurnaan' (bagi yang belum baca sila tekan pada tajuk).

Secara ringkasnya saya mengajak kita sebagai ibu bapa bersama dengan anak-anak bukan sahaja mengerjakan yang makruf, tetapi turut mencegah kemungkaran bersama. Tunjuk dan buktikan kepada mereka bahawa Islam ini syumul.. Bukan sahaja menfardhukan solat, puasa, zakat dan pelbagai amalan-amalan lagi bahkan menuntut mencegah perkara-perkara mungkar. Bukan sahaja pada diri tetapi turut terhadap masyarakat sekeliling.


MasyaAllah LaQuwataillah Billah

Seperti biasa setiap petang aku akan mengambil 3 orang anak-anak ku di Putrajaya. Iaitu di rumah kawanku sebagai transit dari sekolah mereka di Sri Al Amin Bangi. Pastinya sebaik sahaja mereka memasuki kereta, berbagai laporan dan celoteh yang mereka akan sampaikan pada ku. Tapi kali ini (Rabu - 15 Julai 2009) bunyi celotehnya agak lain.

"Abi tadi Along (10 tahun), Angah (8 tahun), Muhammad Muzakkir (6 tahun), Nabilah (9 tahun), Nasibah (8 tahun) nampak ada kakak dan abang berpeluk dekat 'bus stop' depan tumah Nabilah." Anakku Nur Nasihah memulakan bicara.
" Ya! jadi, apa yang along buat?." Tanya ku.
" Along ingat macam abi cakap dulu, kita orang pun pergi dekat kakak tu."Jawap Nur Nasihah

Berikut adalah perbualan antara mereka dengan 'kakak' yang dimaksudkan:

Along & kawan2: " Assalamualaikum kakak, kakak siapa nama?."
Kakak: " Waalaikummussalam, Adila."
Along & kawan2: " Kakak! yang lelaki tu tadi siapa?."
Kakak: "Ohhh, kawan."
Along & kawan2: "Tadi kami nampak kakak berpeluk dengan kawan kakak tu. Perbuatan macam tu Allah marah kakak, boleh masuk api neraka."
Kakak: Terkedu seketika
Along & kawan2: "Assalamualikum kakak, kami pergi dahulu.

"Lepas tu kan abi kami nampak kawan lelaki kakak tu datang senula. Dia terus duduk dekat dengan kakak Adila. Tapi kakak Adila lari-lari. Lelaki tu cuba rapat lagi, tapi kakak Adila tetap mengelak." tambah Nur Nasihah dengan penuh minat.

" Ah, kan abi dah kata. Jangan takut tegur orang buat maksiat, sebab Allah ada bersama kita. Kalau dia apa-apakan kita sekalipun dan kita mati akibat dari itu. Kita akan mati syahid."
sambil dalam hati ku menyebut 'MASYA'ALLAH LAQUWATAILLAH BILLAH' (lafaz yang sebaik di sebut apabila ingin memuji anak-anak)

" Ya Allah! jadikanlah anak-anak ini sebagai Quratia'yun. ....AMIN"

Thursday, July 30, 2009

:: TAHNIAH ARA & UST MUHAIMIN ::

Salam tahniah dan syabas kami buat sahabat saya, Dewi Maharah dan Suami, Ust Muhaimin atas kelahiran mutiara hati pertama mereka pada pukul lebih kurang 3 petang (waktu malaysia) tadi.

Bayi Perempuan seberat 2.49 kg selamat dilahirkan melalui ceaseran. Apapun kami di sini sentiasa mendoakan agar Ara dan Babynya sentiasa sihat dan selamat dan sabar dalam menanti kepulangan suami dari bumi jordan ini.


Semoga anak ini setabah ummi dan abinya dalam harungi perjuangan kehidupan dan bakal srikandi Islam suatu masa nanti, insyaAllah..!

Moga Allah lindungi dan rahmati kalian, amiin. :)

Wednesday, July 29, 2009

:: Alkisahnya Suami Isteri ::

Dari kisahnya tak bertegur sapa..

*****************************

Terjadi pada satu hari, sepasang suami isteri ni berselisih faham dan tidak bertegur siapa.


Si Suami ni nak bangun pagi pada esoknya. Tapi tak tau macam mana nak bagitau Si Isteri supaya kejutkan dia.

Akhirnya Si Suami mendapat satu idea yang bernas! Dia menulis satu nota ringkas kepada isterinya yang berbunyi;

"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya Si Suami ni terlewat bangun. Dia nak marah pun ada, nak ketawa pun ada kat isterinya.

Nak tahu kenapa???? Si Suami ni terjumpa satu nota;

"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI!"

http://pokoksena85. blogspot. com/



****************************************
(hiihii.. apa kita kata ye..? )


:: Ucapan2 ::

Assalamu'alaikum wrt..


Salam Takziah dr kami buat keluarga ipar saya @ mertua kakak kembar saya yang baru kehilangan bapa mertuanya kelmarin. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin dan rohnya dicucuri rahmatNya.. Moga tabah dan sabar dalam teruskan kehidupan. Al-Fatihah buat Allahyarham.


************************

Kami Ucapkan tahniah buat Ustaz Zul & Rifhan Diyana atas kelahiran anak kedua mereka (perempuan) 5 hari lepas (24hb Julai 2009) di Hospital Klang. Moga anak ini menjadi anak solehah, pemangkin cita-cita kedua-dua ibu bapanya, InsyaAllah. Srikandi buat agama, bangsa dan negara!

************************

Kami doakan buat sahabat Ara yang kini sedang di hospital. Doa kami semua di sini agar esok segalanya berjalan lancar dan selamat. InsyaAllah Khair.. Rabbi yassir wala tu'assir. Moga ibu dan baby semuanya sihat dan selamat! amiin.


************************

wassalam

Monday, July 27, 2009

:: AJAK @ AJAR ANAK ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wrt..


Saya ingin berkongsi sedikit pandangan tentang didikan dan bimbingan anak ini terutama di dalam solat.

Suruhan dan Gesaan


Dalam mendidik anak, kita tidak perlu menyuruh mereka dengan banyak kali untuk melakukan sebarang tugasan. Jika kita memberi tugasan kepada anak-anak, beritahu atau sampaikan sekali sahaja. Selepas itu perlulah ada tindakan susulan.

Sebagai contoh: Jika ingin anak kita solat, perintahkan mereka untuk solat sekali sahaja. Selepas itu ibu bapa perlu perhatikan dan tunggu sehingga mereka membentangkan sejadah dan terus solat.

Ingat, perintahkan mereka sekali sahaja, tapi tunggu sehingga mereka melaksanakan tugas itu. Anak-anak akan mendengar dan mengikut arahan ibu bapa seandainya kita menasihati mereka dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Seandainya kita mengamalkan cara atau kaedah ini, maka akan lahirlah anak-anak yg berdisiplin dan mendengar kata. Tetapi kita ada anak-anak masih degil dengan sekali suruhan, maka hendaklah digesa sekali lagi dengan penuh kasih sayang. Jangan menaikkan suara tanpa sebab.

pastikan suruhan dan gesaan kita itu didengar dengan jelas oleh anak-anak. Jangan sekali-kali merungut atau membebel sedangkan butir-butirnya tidak didengar dengan jelas oleh anak-anak. - petikan drp Buku Kemahiran Mendidik Anak: 21 kaedah mendidik anak cemerlang, Dr Hj Fadzilah kamsah, Hj Muhammad Zakaria, telaga biru

Gambar hiasan: abg khairi, abg faheem dan uwais sedang solat bersama

Ajak dan Ajar

Saya ingin menambah dari petikan tersebut di mana saya rasa sangat baik jika kita 'mengajak' anak kita melakukan aktiviti berfaedah bersama sebagai contoh di atas, Solat. Dengan ajak, bermakna kita juga ajarnya bagaimana mengerjakan solat secara tidak langsung. Kerana dengan perkataan ajak seperti 'mari' atau 'jom', insyaAllah anak dengan mudah akan ikut bersama kita melakukan solat jemaah. Apatah lagi bagi anak lelaki dengan mudah akan mengikut bapanya ke masjid bersama. Bermulalah didikan ini sedari awal usianya kerana jiwa anak amat mudah dibentuk jika kita mula menitik beratkan hal-hal kewajipan dalam agama ini sejak awal usianya. Bak kata pepatah, Meluntur buluh Biarlah dari Rebungnya. Dengan ajakan ini, anak akan merasa kebersamaan itu dan insyaAllah mereka akan merasa nikmat dan seronoknya melakukan solat itu tanpa adanya paksaan dalam jiwa mereka.

Alhamdulillah, itulah yg saya dan suami cuba biasakan buat nak sulung kami, Uwais (semoga Allah sentiasa tetapkan imannya dalam agamanya dan istiqamah dalam melaksakan suruhanNya hingga akhir hayatnya) ajak dia solat bersama kami (walaupun dia buat masa ini hanya sekadar boleh sujud, takbir dan sujud) kerana kami lihat kadang kala tanpa di suruh dia lakukan sendiri pergerakan solat (sujud) itu dengan bunyi Awwa Abar(Allahu Akbar) di usianya kini setahun 7 bulan. Saya lihat anak-anak seusianya memang sedang memerhati dan mengikut setiap pergerakan kita seharian. Mereka akan cuba buat dan mencuba segala sesuatu yg baru. Ambil peluang ini sebagai didikan awal kita untuk mereka melakukan aktiviti berfaedah bersama. Biasakan anak-anak dengannya. InsyaAllah perkara yg biasa dibuat ini akan berterusan hingga dewasanya.

Berbeza pula dengan ajar. Dimana jika kita hanya ajar tanpa kita sendiri tidak lakukan apa yang kita ajar atau suruh, it's nothing lah orang kata. Anak-anak akan rasa keterpaksaan dalam melakukan solat itu. Makanya dalam mengajar, kita ajaklah sekali anak-anak solat bersama selalu agar perkara itu seiring sejalan bersama. Kerana Solat adalah salah satu tiang islam yg amat penting dalam membina dan mendidik peribadi muslim. :) Jika kita boleh lakukan senaman bersama, melancung bersama, rehlah bersama, bersukan bersama, makan bersama, apatalah salahnya kita lakukan Solat Bersama! insyaAllah ianya akan membawa impak yg positif ke arah mencanakan anak-anak soleh solehah.. (moga Allah tetapkan iman kami, tunjukkan kami dalam mendidik anak-anak kami bakal generasi pimpinan islam masa depan, insyaAllah).

Akhir kalam, saya kongsikan bersama doa untuk kita dan anak tetap solat. Dari surah Ibrahim ayat 40-41:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal & pembalasan."


Wallahua'lamu bissowab..

Wassalam.

Family First!
ummu uwais

:: REJAB< SYA'BAN>RAMADHAN ::

Sunday, July 26, 2009

:: HADITH 3/40 : RUKUN ISLAM ::

Assalamu'alaikum wrt...

Dari Liqa' tafaqquh PPMAj pada sabtu minggu lepas tentang Hadith ke-3 daripada Hadith 40. Dalam keadaan yang kurang sehat dan ditambah pandangan kejap-kejap kepada si anak yg terpaksa dibawa bersama buat saya kurang 'istiqomah' atau kata lain kurang beri perhatian pada penyampaian yg disampaikan oleh Ust Yus tentang hadith ini. Makanya, saya berusaha mencarinya di satu laman dan sedikit sebanyak bantu saya faham secara ringkasnya di sini. Mungkin Ust Yus boleh postkan intipatinya secara mendalam di laman beliau sendiri. Moga memberi manfaat untuk semua, insyaAllah..


*********************************

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيانأرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :
Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya. Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir. Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma). Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq. Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

3) Matlamat Ibadat :
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib
segerakan. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:


Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam
sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Daripada: http://almansuqie.blogspot.com/2008/05/hadis-3-rukun-islam.html

:: 33 Faktor Yang Membuahkan Kekhusyu'kan Dlm Solat ::

Assalamu'alaikum wrt..
Rentetan dari Forum Peranan Solat baru-baru ini.. Sekadar satu perkongsian. Moga ianya memberi manfaat bersama.

oleh: Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-Munajjid
Daar Al-Wathan


PERTAMA : Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kekhusyu'an dan apa yang menguatkannya:

1. Bersiap diri untuk menunaikan solat, diantaranya dengan menjawab adzan dan berdoa setelah adzan dengan doa yang ada tuntunannya, selain itu berdoa antara saat adzan dan iqamah, berwudhu dengan baik, membaca basmallah sebelum berwudhu, berdzikir dan berdoa setelah wudhu, bersiwak, mengenakan pakaian yang bersih, bersegera menuju masjid dan berjalan dengan tenang lalu menunggu solat, juga merapatkan dan menyusun barisan shaf.

2. Thuma'ninah dalam solat. Nabi saw bersikap thuma'ninah sehingga setiap tulang (beliau) kembali ke asalnya.

3. Mengingat mati ketika solat. Nabi saw bersabda: "Ingatlah kematian dalam solatmu, karena seseorang jika mengingat mati dalam solatnya tentu akan memperbaiki shalatnya. Solatlah seperti solatnya seseorang yang merasa tidak akan solat lagi"

4. Merenungkan ayat atau dzikir yang diucapkan dalam shalat. Ini tidak akan mungkin melainkan dengan mengetahui makna apa yang di baca, lantas merenungkannya sehingga akan meneteskan air mata dan sentuhan dalam jiwa. Allah berfirman:

"Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Rabb mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta" (Q.S Al-Furqan 73)

* Diantara hal memudahkan tadabbur ayat, bertasbih ketika melewati ayat-ayat tasbih, dan berta'awwudz ketika melewati ayat-ayat yang memerintahkan untuk berlindung pada Allah.

* Membaca amin setelah Al-Fatihah. Dengan membacanya akan mendatangkan pahala yang besar. Rasulullah saw bersabda: "Jika Imam mengucapkan amin, maka ucapkanlah amin, karena siapa yang ucapan aminnya bersamaan dengan aminnya para malaikat, akan diampuni dosanya yang telah lalu" (H.R Bukhari).

* Apabila imam mengucapkan 'Sami'Allahuliman hamidah', maka makmum mengucapkan: 'Rabbanaa wa lakal hamdu' . Ucapan tersebut juga berpahala besar.

5. Membaca seayat demi seayat, karena dengan begitu akan lebih memberi pemahaman, tadabbur dan sesuai dengan contoh nabi saw. Beliau membaca ayat dengan jelas perhurufnya.

6. Membaca dengan tartil dan membaguskan bacaan. Allah berfirman:

"Dan bacalah al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan" (Q.S Al-Muzzammil 4)

Dan sabda nabi saw : "Hiasilah Al-Qur'an dengan suara kalian, karena suara yang indah itu menambah kebagusan Al-Qur'an" (H.R Hakim)

7. Merasakan bahwa Allah menjawabnya ketika solat. Nabi saw bersabda: Allah 'Azza wa Jalla berfirman : Aku bagi shalat untuk-Ku dan hamba-Ku menjadi dua bagian, bagi hamba-Ku apa yang dia pinta. Jika dia mengucapkan: Alhamdulillahirabbil 'Aalamiin maka Allah berfirman:

"Hamba-Ku memuji-Ku". Jika dia mengucapkan: "Ar Rahmaanir Rahiim, maka Allah berfirman:

"Hamba-Ku menyanjung-Ku" dan jika ia mengucapkan: Maaliki yaumid diin, maka Allah menjawab: "Hamba-Ku mengagungkan-Ku" Jika dia mengucapkan: Iyyaakana'budu wa iyyaakanasta'iin, maka Allah berfirman:

"Ini adalah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia mohon. Jika ia mengucapkan: Ihdinash Shiratal Mustaqiim Shiraathal ladziina an'amta 'alaihim Ghairil Maghdhuubi 'alaihim waladz Dhaalliin, maka Allah berfirman:

"Ini adalah untuk hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta"

8. Shalat menghadap dan mendekat ke arah sutrah atau pembatas:

* Ini akan memberikan beberapa manfaat, diantaranya:
- Menahan pandangan dari apa yang ada di belakang sutrah dan mencegah orang yang akan melewati dengan mendekatinya.

- Mencegah setan agar tidak melewati atau merusak shalat. Nabi saw bersabda: "Jika salah seorang dari kalian shalat menghadap ke sutrah, maka hendaklah ia dekat dengannya, agar setan tidak memotong shalatnya" (H.R Abu Dawud)

9. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada. Nabi saw jika shalat, beliau letakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya. Keduanya beliau letakkan di atas dada". Hikmahnya sikap seperti ini adalah menunjukkan sikap orang yang meminta nan hina. Selain itu, terjauh dari sikap bermain-main dan lebih dekat pada kekhusyu'an.

10. Memandang ke tempat sujud. 'Aisyah r.a meriwayatkan bahwa jika Rasulullah saw solat, beliau menundukan kepalanya dan mengarahkan pandangannya ke tanah. Adapun ketika tasyahud beliau memandang ke jari yang memberi isyarat dan beliau menggerakkannya.

11. Menggerakkan jari telunjuk. Nabi saw bersabda: "Hal itu adalah lebih berat bagi setan dari besi". Memberi isyarat dengan jari telunjuk mengingatkan seorang hamba akan keesaan Allah Ta'ala dan ikhlas dalam ibadah. Inilah yang perkara terbesar yang dibenci setan. Kita berlindung pada Allah dari kejahatannya.

12. Variasi dalam membaca surat, ayat, dzikir dan doa dalam solat. Metode ini akan memberikan berbagai macam makna dan kandungan dari ayat dan dzikir-dzikir bagi orang yang solat. Selain itu merupakan hal dituntunkan dan lebih menyempurnakan kekhusyu'an.

13. Melakukan sujud tilawah ketika melewati ayat-ayat sajdah. Allah berfirman:
"Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'. (Q.S Al-Israa 109)

Dan Allah berfirman:
"Apabila dibacakan ayt-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis" (Q.S Maryam 58)

Rasulullah saw bersabda: "Jika anak Adam membaca ayat sajdah lalu bersujud, maka setan menyingkir dan menangis. Ia mengatakan: "Aduhai, anak Adam diperintahkan sujud, lalu bersujud, maka baginya surga, sedangkan aku diperintahkan sujud lalu aku membangkang, maka bagiku neraka" (H.R Muslim)

14. Berlindung diri pada Allah dari godaan setan. Setan adalah musuh kita. Diantara bentuk permusuhannya adalah upayanya memberikan was was supaya hilang kekhusyu'an orang yang solat dan mengacaukan solatnya. Setan ibarat penyamun, setiap kali seorang hamba mendekatkan diri pada Allah, maka setan ingin memotong jalan tersebut. Sudah selayaknya atas seorang hamba untuk tegar dan sabar serta senantiasa berdzikir dan shalat dan tidak merasa jemu. Karena dengan keistiqamahannya beribadah akan memalingkan tipu daya setan darinya.

"Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah" (Q.S An-Nisaa 76)

15. Bercermin pada shalatnya kaum salafus sholeh.
- Ali bin Abi Thalib r.a jika menghadiri solat, merasa takut dan wajahnya berubah. Maka beliau di tanya: "Ada apa denganmu? " Maka beliau menjawab: "Demi Allah telah datang waktu amanah yang Allah tawarkan pada langit dan bumi serta gunung-gunung, mereka semua menolak untuk memikulnya dan merasa keberatan, tetapi aku malah menerimanya".
- Sa'id at-Tanukhi jika shalat tetesan air matanya tidak terhenti dari kedua pipinya ke janggutnya.

16. Mengetahui keutamaan khusyu dalam solat. Diantaranya sabda nabi saw : "Seorang muslim yang menghadiri solat fardhu lalu ia baguskan wudhunya, khusyu dan rukuknya, melainkan itu sebagai kafarat atas dosa-dosa sebelumnya selama ia tidak melakukan dosa besar. Ini adalah untuk sepanjang masa" (H.R Muslim)

17. Bersungguh-sungguh dalam berdoa terutama di waktu sujud. Allah berfirman:
"Berdoalah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan suara yang lembut" (Q.S Al-A'raaf 55)
Nabi kita yang mulia saw bersabda: "Sedekat-dekat hamba dengan Tuhannya iaitu ketika ia bersujud, maka perbanyaklah doa" (H.R Muslim)

18. Berdzikir seusai solat, ini akan membantu tetapnya atsar (pengaruh) kekhusyu'an dalam jiwa dan keberkahan yang terdapat dalam solat.


KEDUA : Menghindarkan hal-hal yang bisa menghalangi kekhusyu'an atau menodai kesuciannya.

19. Menghilangkan apa yang menyibukkan pandangan di tempat orang yang solat. Anas r.a berkata: Qiram (tirai yang ada lukisannya ada juga yang mengatakan pakaian yang berwarna) milik 'Aisyah yang digunakan untuk penutup/tirai di samping rumahnya. Maka nabi saw bersabda kepadanya: "Hindarkanlah ia dariku, karena lukisan tersebut tampak dalam solatku" (H.R Bukhari)

20. Tidak solat dengan mengenakan pakaian yang bergambar atau bertuliskan atau berwarna yang dapat mengganggu orang yang solat. 'Aisyah r.a: Nabi saw solat dengan mengenakan pakaian yang bercorak/bergaris, maka beliau memandang pada coraknya. Seusai solat baginda bersabda: "Bawalah pakaian ini ke Abu Jahm bin Hudzaifah, dan tukarlah dengan pakaian yang tidak bercorak, karena tadi shalatku terganggu karenanya" (H.R Muslim)

21. Tidak shalat jika ada hidangan makanan yang ia sukai. Nabi saw bersabda: "Tidak ada solat jika makanan telah dihidangkan" (H.R Muslim)

22. Tidak solat dengan menahan kencing atau buang air besar. Tidak diragukan lagi, diantara hal yang bertentangan dengan kekhusyu'an adalah orang yang solat dengan menahan kencing atau berak. Karena itulah rasulullah saw melarang hal itu. Baginda bersabda: "Tidak ada solat jika makanan telah dihidangkan dan tidak pula dalam keadaan ia menahan dua hal yang buruk (maksudnya kencing dan buang air besar)" (H.R Muslim)
- Sikap menahan tersebut tentu akan menghilangkan kekhusyu'an. Termasuk dalam hal ini adalah menahan angin/kentut.

23. Tidak shalat dalam keadaan mengantuk. Dari Anas bin Malik r.a bahwa Rasulullah saw bersabda: "Jika salah seorang dari kalian mengantuk ketika shalat, maka hendaklah ia tidur, sampai ia mengetahui apa yang ia ucapkan (maksudnya dalam solat)" (H.R Bukhari)

24. Tidak solat di belakang orang yang sedang berbicara atau tidur. Nabi saw melarang hal ini dengan sabdanya: "Janganlah kalian solat di belakang orang yang sedang tidur atau sedang berbicara, karena orang yang sedang berbicara sibuk dengan pembicaraannya dan mengganggu orang yang solat sedangkan orang yang sedang tidur, terkadang tampak anggota badannya sehingga melalaikan orang yang solat. Apabila kemungkinan di atas tidak terjadi, maka tidak dimakruhkan solat di belakang orang yang sedang tidur. Wallahu a'lam.

25. Tidak sibuk dengan meratakan kerikil. Imam Bukhari meriwayatkan dari Mu'aiqib r.a bahwa nabi saw bersabda pada orang yang meratakan tanah ketika bersujud: "Jika engkau hendak melakukan maka cukup sekali saja" . Sebab larangan ini adalah untuk memelihara kekhusyu'an dan tidak banyak bergerak dalam solat. Lebih utama jika tempat sujud itu memang perlu dibersihkan agar membersihkannya sebelum solat.

26. Tidak mengeraskan bacaan karena dapat mengganggu jamaah solat lainnya. Rasulullah saw bersabda: "Ketauhilah, masing-masing dari kalian bermunajat pada tuhannya, maka janganlah sebagian kalian mengganggu sebagian yang lain, dan janganlah sebagian kalian mengeraskan bacaannya atas sebagian yang lain, atau beliau bersabda: (dalam shalat) (H.R Abu Dawud)

27. Tidak menoleh ketika solat. Dari Abu Dzar bahwa Rasulullah saw bersabda: "Allah 'Azza wa Jalla senantiasa ada di hadapan seorang hamba dalam solatnya selama ia tidak menoleh. Jika ia berpaling, maka Allah berpaling darinya". Rasulullah r di tanya tentang menoleh dalam solat, maka beliau bersabda: "Itu adalah satu sambaran/curian setan dari solat seorang hamba" (H.R Bukhari)

28. Tidak memandang ke arah langit/ke atas. Terdapat larangan tentang hal ini dan ancaman bagi pelakunya dalam sabda nabi saw : "Jika salah seorang dari kalian sedang solat, maka jangan mengangkat pandangannya ke langit" (H.R Ahmad). Nabi saw melarang keras hal itu dengan sabdanya: "Kalian menghentikan perbuatan tersebut atau pandangan kalian akan di sambar" (H.R Bukhari)

29. Tidak meludah ke arah depannya ketika solat. Karena hal tersebut berlawanan dengan kekhusyua'an dalam solat dan adab pada Allah. Nabi saw bersabda: ""Jika salah seorang dari kalian sedang shalat, maka jangan meludah ke depannya, karena Allah ada di hadapannya ketika ia solat" (H.R Bukhari)

30. Berupaya agar tidak menguap ketika solat. Rasulullah saw bersabda: "Jika salah seorang dari kalian menguap, maka hendaklah ia tahan sekuatnya, karena setan bisa masuk" (H.R Muslim)

31. Tidak meletakkan tangan pada pinggang dalam shalat. Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw melarang meletakkan tangan pada pinggang dalam shalat.

32. Tidak memanjangkan pakaian hingga menyentuh tanah. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw
melarang memanjangkan pakaian hingga menyentuh tanah dan seseorang yang menutup mulutnya. (H.R Abu Dawud)

33. Tidak menyerupai haiwan. Nabi saw melarang tiga hal dalam solat:

- Duduk seperti binatang buas

- Sujud seperti burung yang mematuk (makanannya)

- Seseorang yang menjadikan satu tempat khusus di masjid untuk solatnya, ini menyerupai unta, yang mana ia tidak merubah tempat berdiamnya.

Inilah apa yang dapat kami sampaikan tentang faktor-faktor yang bisa mendatangkan kekhusyu'an dan hal-hal yang bisa menghalangi kekhusyu'an agar kita bisa menghindarinya. Segala puji bagi Allah, semoga shalawat dan salam tetap tercurah atas nabi kita Muhammad. (dakwah.info/tarbiyyah)

Wednesday, July 22, 2009

:: ROQS 2009 ::

Assalamu'alaikum wrt..

ROADSHOW GEMA AL_AQSA 2009
(ROQS '09)
- AMMAN- -22 JULAI 2009, 8pm -MSD JORDAN


Alhamdulillah.. semalam berkesempatan juga saya dan anak saya serta beberapa warga Melayu-Amman menghadiri roadshow yg julung-julung diadakan di Bumi Jordan.

Uwais dan kakak Diba turut tidak mahu ketinggalan dalam roadshow ini :)

Penceramah datangnya khas dari Aman Palestin Malaysia sendiri iaitu melalui Perundingnya Mejar Nadzri Bin Musman.

Mejar nadzri sedang menyampaikan ceramahnya

Majlis dirasmikan oleh Duta Besar malaysia ke Jordan, Dato' Abdul Malek dan dihadiri juga oleh pegawai-pegawai dan isteri dari kalangan MSD Jordan dan juga Embassy sendiri.

Ucapan dan perasmian oleh Dato Abdul Malek

Sebelum bermulanya ceramah oleh Mejar Nadzri, majlis diserikan dengan persembahan dari 4 orang pelajar Irbid bersama iringan 3 percutionist dengan persembahan puisi dan juga nyanyian bertenaga khas buat Palestin.

persembahan bertenaga dari pelajar irbid

Dengan tajuk ceramahnya "Kenapa Palestin?" cukup memberi kesan di hati kami bermula dengan sejarah2 Bumi Bertuah palestin, Penjajahan demi penjajahan ke atasnya, Mengapa ianya menjadi rebutan oleh 3 agama samawi iaitu Islam, Kristian dan yahudi dalam penaklukannya, dengan slide show di mana penghijarahan beramai2 oleh kaum yahudi ke atasnya melalui kuasa British, Kekejaman demi kekejaman yang dilalui dalam episod berdarah Umat palestin sedari dahulu lagi hingga kini.

Bak kata Mejar Nadzri, isu Palestin adalah isu Dunia, isu antarabangsa bukan hanya isu negaranya yang patut diberi perhatian oleh seluruh dunia, Negara2 Islam khususnya lebih-lebih lagi tentang isu-isu kemanusiaan sejagat di mana memberi petunjuk jelas bahawa siapakah pengganas sebenarnya..!

Salah satu sebab rebutan ini adalah kedudukan strategik geografi bumi palestin di mana ianya terletak di tengah2 di antara Benua Asia, Benua Eropah, Benua Afrika dan Benua South Amerika dan ditambah oleh kata-kata Salahuddin al-ayubi bahawa "Sesiapa yang menguasai bumi Palestin, mereka menguasai Dunia.."

Akhir ceramahnya, Mejar nadzri berharap sentiasa ada sumbangan-sumbangan dari semua demi kehidupan buat masyarakat palestin seluruh dunia yang hidupnya terus dalam pelarian hingga kini.. Doakan Keselamatan dan keamanan buat mereka..!!

Mungkin anda boleh ketahui lebih tentang bumi palestin di laman web rasmi aman palestin.. atau boleh Klik sini..

Tahniah kepada pihak-pihak yang terbabit yang berusaha menganjurkan roadshow seperti ini dan di harap ianya diteruskan di masa-masa akan datang..


Wassalam.

********************************************************

Note: Bayt Amzar ucapkan tahniah dan all the BEST buat ust Muhaimin yg akan Munaqashah (viva) bg Master takhasus Tafsirnya pada hari ini. Moga Dipermudahkan segalanya dan terus berjaya dunia akhirat. Dan juga tak lupa ucapan buat Pn Dewi Maharah (zaujahnya) moga selamat bersalin anak pertama kalian. kami di sini sentiasa doakan selamat semuanya.. :)

Tuesday, July 21, 2009

:: Happy Birthday MaK@Nenek ::

UWais: UcApAn SeLaMaT UlaNgtaHuN KeLaHiRaN yg Ke-55 IstImEwA BuAt NeNek Uwais Di PaHanG..

Umi & Abi: SaNaH HeLwAh, YaUmuL MieLaD Ila HaBiBati uMMi : MisMah Hj BaJuRi

Moga Sentiasa Dalam Kesihatan Dan KeteNangan Dalam NiKmaT HiDup Dan ImaN
DiPanJangKan Umur, Murah RezeKi Dalam RahmatNYA SeLaLu..

SaLaM SaYanG, SaLaM RiNdU SeLalu Dr AnakAnda Dan CuCunDa, BuMi JoRdAN :)

Monday, July 20, 2009

:: 'Sepupu' Kembar Uwais ::

Salam 'alaik..

erm, ada ke istilah 'sepupu' kembar? haha, yg pastinya itu hanya lawak saja.. ;)

Macam uwais dengan adik sepupunya nilah.. Ahmad Tsaqif Amsyar. Memang kalau lihat sekali imbas, mereka ni seiras betul jika dilihat bersama uwais waktu baru lahirnya.. Maklum, umminya dengan saya kan adik beradik kembar seiras.. hii.. Tapi setiap penciptaan Allah maha Agung tu, pastinya ada kelainan, kan? Subahanallah..

(entry ni saja-saja.. sbb sebelum ni tak dapat nak upload gambar tsaqif di sini..) ;)



Salam sayang dan salam rindu buat Tsaqif yg comei.. !!! mmuuaahhhh!!!

Sunday, July 19, 2009

:: Majlis Memperingati Israk Mikraj ::

Assalamu'alaikum wrt..

Salam rindu buat semua...
(lama sungguh blog ini sepi tanpa entry terkininya ;) )

Sekali lagi pihak PPMAj mengadakan satu forum sempena memperingati Isra' Mikraj pada Jumaat lepas (17hb Julai 2009) selepas solat jumaat bertempat seperti biasa di Bayt Hanoun.

Dan juga seperti sebelum ini, kami pihak akhawat (para ibu kecuali Miss Timb Pres) ditugaskan untuk sediakan juadah makanan tengahari buat para hadirin yang datang. Program masak-memasak dimulakan seawal pagi. Alhamdulillah, semua kerja jadi ringan apabila semuanya mantap dalam memberikan kerjasama. hihii.. (tahniah!) Alhamdulillah juga saya dapat bersama-sama kalian (sedangkan kalau di rumah, bau saja masak2 ni dah tak boleh tahan..) sungguh Allah Maha memberi rahmat..!


Forum kali ini bertajuk : "Peranan Solat dalam membina dan membentuk peribadi Muslim"

Dengan Tema : MENYINGKAP TABIR DI SEBALIK ISRA' & MIKRAJ

Majlis dipengerusikan oleh Ust. Syed Helmi dan Ahli Panelnya terdiri daripada :

1. Ustaz Fakhrurrazi

2. Ustaz Wan Yusrizal

3. Ustaz Mohd. Najib Jaffar

Forum ini mengupas tajuk bagaimana dengan Solat itu sendiri, dapat malah mampu membina dan membentuk peribadi setiap muslim itu ke arah yang positif, yang lebih baik dan mulia. Dimana dengan rahmat dan petunjukNya menghindar mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar kepada Allah SWT. Ustaz Razi menjawab soalan khusus kepada makrifatullah, ustaz Yus pula lebih kepada Falsafah Solat itu sendiri manakala Ust najib lebih berkisar kepada soalan umum tentang solat. Dengan pengerusinya yang bijak menarik hadirin yang hadir, buat majlis ini tak lekang dari bosan dan mengantuk.. ;) Para Panelnya pun tak kurang menariknya.. :)



Selepas tamatnya Forum, kami semua menjamu selera makan tengahari. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada para ahli panel dan moderator serta kepada mereka yang telah khirij iaitu Ustaz Muhaimin, ustaz Mahyuddin, Ustaz Razi dan juga Ustazah Wahida. Akhirnya satu persembahan istimewa daripada ketiga-tiga ustaz yang akan khirij. Wah.. bakat2 terpendam sungguh mereka ni! suara dah ada.. ;)



Majlis yang sederhana tapi cukup meriah dan bermanfaat kepada semua insyaAllah.. tahniah buat PPMAj atas usaha penganjuran majlis sebegini. Moga terus mantap dan dinamik! :)



Tak lupa juga kepada tuan rumah (En Shahrul dan Pn Marwah) atas jasa baik selalu sudi mengadakan majlis2 di rumah mereka. Moga Rahmat Allah sentiasa bersama kalian.

Mungkin video untuk forum tersebut boleh dilihat pada blog PPMAj (kalau mereka uploadlah) hii

Ok, wassalam.

Monday, July 13, 2009

:: ISTANBUL & CAPPADOCIA ::

Assalamu'alaikum wrt..

Untuk Entry Istanbul dan Cappadocia ni, saya terpaksa link kan saja dari sahabat2 saya yang sama berjaulah baru-baru ini. Saya kongsikan sedikit gambar2 sepanjang di sana.. Link dari Kak Ina dan adik Zulaikha.. :) Keadaan diri sekarang tidal mengizinkan saya menghadap lama di depan pc.. huhu

ISTANBUL
Destinasi yg kami tunggu2 dan pastinya meninggalkan kenangan yg sangat manis. Bandarnya yg sangat bersih dan menarik, buat saya tidak akan lupa selamanya. Kami di sini selama 3 hari 2 malam. paling lama berbanding bandar2 lain yg kami singgah. Banyak tempat sejarah yang kami lawati tinggalan Islam Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika dahulu.. Turkey sememangnya terkenal dengan masjid-masjid sejarah yang banyak. sangat senang dan mudah bertemu masjid dimana-mana bahkan ianya hanya berdekatan saja antara masjid-masjid disana. Banyak pengalaman dan pengajran dapat diambil hasil dari peninggalan-peninggalan sejarah ini. Boleh lihat di mana runtuhnya kerajaan Uthmaniyyah dek kerana hanya dikuasai oleh harta kekayaan dan materialistik semata-mata.

Saya amat ternanti-nanti untuk ziarah maqam Sultan Muhammad Al-fateh yang saya banyak dengar kisahnya dari salah satu blogger sebelum ini. Saya mula tertarik untuk kenali beliau. Seorang pemuda yang berjaya menawan Kota Istanbul tika usianya masih awal 20-an. Dan mangkatnya beliau juga pada usia yg sangat muda, iaitu pada usia 27 tahun. Seorang yang amat berani dan bijak saya kira. ceritanya di sini..


Maqam Al-Fateh

Selain itu, kami juga sempat lawat masjid Sultanahmet atau Masjid Biru (Blue Mosque). Memang teruja lihat masjid ni lebih-lebih lagi pada waktu malam. Lagi tempat, Grand Bazaar, Spice Bazaar, Eminonu, naik feri rentas laut Bosphorus, naik cable car, Topkapi Palace, Muzium Ayasofea etc.. Cerita selanjutnya boleh tengok di blog Zulaika.... (thanks ika) dan di sini..

Blue Mosque

Hadapan Blue Mosque

Kapali Carsi (Grand Bazar)

Dalam Topkapi Palace

Spice Bazar


Selat Bosphorus

bergambar atas puncak



Erm, kalau ada rezeki kami nak ke sini lagi.. ;)

CAPPADOCIA
Di Cappadocia kami bermalam di Hotel Nature Cave park selama satu malam saja. Tempat ini terkenal kerana keunikan bentuk muka buminya yang mungkin tidak terdapat di tempat lain.Kami dibawa ke tempat tersebut oleh tourist guide Turki.

Cappadocia juga bermaksud The Beautiful of Horses. Sejarahnya boleh di baca di sini.. dan di sini..

Boleh baca selanjutnya di laman K.Ina.. (thanks k.ina)


Actually saya dah buatkan satu video klip utk kembara Turkey ni tapi disebabkan tak dapat di upload di youtube (terlalu pjg saya buat..hiii), malanya tak dapat saya publishkan di sini.. ;)

Sunday, July 12, 2009

:: IDAM ::

Idam.. perkara biasa bagi yang di awal pregnant.. Saya juga tak terlepas.. Kalau hari-hari yg lepas, saya idamkan makan nasi putih panas bersama ayam goreng dan kicap manis malaysia, rasa nak makan sosej cicah sos thailand, hari ni saya idan pula makan buah bersama kuah rojak! huhu..

pagi tadi saya gagahkan juga ke dapur untuk buat kuah rojak saya tu! (resipi sendiri) hihii.. tengaharinya saya potong buah epal dan makan bersama kuah rojak tu! Kuar rumah jap (kebetulan bawang dah abis nak masak utk lunch), saya beli sekali buah pear muda! potong, campur sekali dalam kuah rojak! yum2x.. alhamdulillah.. walaupun idam tapi setakat ni saya boleh lagi menahannya especially bila idam makanan Malaysia yg takkan dapat di sini..huhu.. sambal tempoyak, ulam2 raja etc.. sabar ye ummi.. ;)

Kalau nasi, saya tak berapa selera sebenarnya nak makan sekarang. nasi arab ke nasi Malaysia ke.. ntahlah..tapi terpaksa juga ambil sebabnya nanti perut masuk angin, gastrik pula.. saya lebih suka makan mee2 basah.. macam mee bandung, rebus, laksa, tomyam, sup etc.. Pening loya kali ini pula lain sedikit dari tika saya mengandungkan uwais dulu..

Saat-saat begini, menuntut pengorbanan dan kesabaran sang suami tercinta dalam urusan rumahtangga.. banyak kerja-kerja harian saya terganggu kerana masalah kesihatan ni. Hubby lah yang banyak membantu dalam segala kerja rumah.. Dalam detik2 begini sememangnya menuntut nilai "ta'awwun"(bantu-membantu) suami isteri demi urusan rumahtangga berjalan baik.. Moga Allah membalas sebaik2 balasan buatmu..

Alhamdulillah hubby dah mula rajin ke dapur, memasak untuk kami.. (saya bantu juga sikit2) saya tak boleh bau wap nasi, bawang seumpamanya ketika ini.. Sambil2 tu saya ajar sikit2 apa yang hubby kurang tahu untuk masak menu tertentu.. (kiranya saya dah dapat rasalah masakan dari air tangan suami sendiri..:) erm, boleh tahan..:D mungkin semangatnya untuk memasak semakin bertambah bila termasuk dalam group yg menang Iron Chef Amman baru-baru ni.. hihii.. chayok2x abi!

Saturday, July 11, 2009

:: Lama Uwais tak Bercerita ::

Assalamu'alaikum semua..

erm, dah lama kan uwais tak cerita kt blog kami ni.. Sejak balik Turkey bulan lepas, mood nak hadap pc kurang.. Tambahan Ummi lak sedang melalui 'saat awal' dalam minggu-minggu pregnant ni. Sian Ummi.. Semalam Ummi sangat tak berdaya. Kejap-kejap ummi baring, kejap-kejap ummi duduk.. Sampai ke malam, ummi baru nampak bertenaga sikit..Alhamdulillah.

Uwais kesian dengan ummi, uwais tidur sendiri tapi cuma minta ummi peluk sambil tepuk dan nyanyikan zikir hasbi rabbi jallallah.. :) Selalu uwais mesti nak ummi susukan uwais dulu sebelum tidur, tapi sejak Uwais dah nak dapat adik, Uwais dah tak harap sangat dah..asal ummi atau abi buatkan susu botol, dah cukup uwais boleh tidur sendiri.. :)
Ummi kata pada Uwais, "along (panggilan utk uwais sekarang) dah nak ada adik..so, along kena belajar tidur sendiri, kena pandai dah belajar bawa diri.." InsyaAllah ummi! :D

*************************************************
Erm, musim panas ni, memang sangat uwais suka! sebabnya uwais dapat makan buah-buahan segar pelbagai jenis! Memang diketahui bumi syam memang amat subur tanahnya sejak dahulu lagi.. Jordan termasuk dalam negeri syam.. terbaru uwais makan tu namanya buah ka'kah. macam nama kek (dlm bahasa arab) juga..bentuknya pun seakan kek, agaknya sebab tulah namanya ka'kah.. Best buah ni. rasanya seakan buah durroq tapi lebih manis dan lemak berbanding durroq!


Lagi satu buah ni tak tahu namanya..baru-baru ni dapat dari tuan rumah kawan abi.. yum..manis sangat dan ranum! buahnya macam prun tu tapi masaknya warna kuning! memang fresh lah sebabnya dipetik dari tanaman tuan rumahnya sendiri.. kira namanya dalam kategori summer yellow lah kot..


***********************************
Lagi gambar2 uwais bersama buah-buahan kegemaran.. Love Fruits!! :D


Lumba makan tembikai dengan ummi di MEKAR! haha

****************************************************************

Abi belikan buah anggur yg tiada biji je. So, uwais boleh makan sekali!
Kami sedang tunggu buah delima (rumman) dan buah Tin sekarang ni. belum banyak jual lagi di sini..

***********************************************************************

Kelmarin ikut ummi dan abi pergi University Al-Bait, Mafraq. Ada program MEKAR bawah MPPMJ. Abi jadi salah seorang hakim untuk debat bahasa melayu bersama ust razi dan ustzh hasliza. Mulanya ummi yang diundang jadi hakim, tapi ummi pujuk abi yg jadi sebabnya ummi fikirkan uwais dan 'morning sickness' ummi tu. ;) Dan juga Ummi dan Uwais dah dapat jumpa juga akhirnya kakak Ainul (irbid) yg br pulang dr Jelajah Europe tu:)
Uwais sempat tolong kakak2 committee susun air mineral dalam dulang ;)
********************************************************
Ha, semalam kat rumah dah dapat semula channel favourite uwais dulu (toyor al jannah)! Abi belek2 channel semalam, tengok2 ada banyak channel baru tambah di NileSat kami. Jazeera atfal dan Nikelodeon pun ada! Tak payah dah abi g kedai satellit minta tukarkan taradud (frequency) channel tu. ;) alhamdulillah.. mulalah uwais khusyuk tgk toyor al jannah lagi2 banyak dah lagu baru..hihii..

tengah khusyuk tu dengar lagu ya ahla balad (lubnan)


*******************************************************

ok, sampai sini dulu. jumpa lagi!! ummi nak taip lak..hihii.. (yelah tu..ni pun ummi yg taipkan..:p)

:: Cintai dia kerana Allah ::

oleh:
Maznah Daud

Allah menciptakan semua makhluk berpasang-pasangan. Hal ini dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi atau daripada diri mereka ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
(Ya Sin 36:36)

Manusia diciptakan terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Lantaran itu Allah mensyariatkan perkahwinan.

Perkahwinan merupakan satu ibadah. Ia mengandungi hikmah tertentu. Jika dihayati dengan sebenarnya pasti akan membuahkan natijah yang baik dan menguntungkan di dunia dan akhirat.

Antara hikmah perkahwinan menurut Islam adalah untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Ar-Rum 30:21)

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. menerangkan bahawa Dialah yang mencetuskan rasa kasih, sayang dan kemesraan antara suami dan isteri. Dan kasih sayang itu adalah satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Secara tidak langsung dapat difahami bahawa cinta yang terjalin antara lelaki dan wanita yang bukan suami isteri bukanlah sesuatu yang datang daripada Allah. Ia adalah hasutan syaitan dan kehendak nafsu semata-mata.

Justeru, suami isteri harus sedar bahawa cinta yang terjalin antara mereka bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan fitrah, malah ia satu anugerah, rahmat dan nikmat daripada Yang Maha Esa.

Maka demi mengekalkan rahmat dan nikmat yang sangat berharga, suami isteri harus meningkatkan rasa cinta mereka ke tahap yang lebih tinggi, lebih murni dan abadi, daripada cinta kerana ikatan ijab dan qabul kepada cinta kerana Allah.

Cinta kerana Allah adalah ikatan cinta yang dijalin di atas asas iman dan akidah. Seseorang yang mencintai saudaranya kerana Allah akan meletakkan saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri. Menurut asy-Syahid Hasan al-Banna, kasih sayang yang paling rendah ialah bersikap terbuka dan berlapang dada, dan yang paling tinggi ialah mengutamakan saudara.

Sikap terbuka dan berlapang dada amat penting demi mengekalkan rasa cinta dan kasih sayang. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Jangan kamu putuskan hubungan dan tidak bertegur sapa, jangan benci-membenci dan dengki-mendengki. Jadilah kamu hamba-hamba Allah, sebagai saudara antara satu sama lain. Tidak halal bagi seseorang Muslim meninggalkan saudaranya (dalam keadaan bergaduh) lebih daripada tiga hari.”
Riwayat al-Bukhari

Berlapang dada juga bermaksud tidak bersangka buruk dan mencari-cari kesalahan dan kesilapan kemudian menghebahkannya kepada orang lain.

Semua itu sangat dilarang oleh Allah. Dalam sepotong ayat, Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Hujurat 49:12)

Orang yang berkasih sayang kerana Allah sentiasa mengamalkan sikap toleransi, saling bermaafan dan tidak membesar-besarkan kesalahan saudaranya. Contoh terbaik adalah sikap pemaaf Rasulullah s.a.w. ketika menerima kekalahan dalam peperangan Uhud yang berpunca daripada segolongan sahabat tidak mematuhi arahan baginda. Peristiwa ini dirakamkam oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Ali Imran 3:159)

Dalam hubungan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Sesiapa yang meminta maaf kepada saudaranya yang Muslim, tetapi dia tidak memaafkannya, maka dia (saudaranya itu) menanggung dosa seperti pemungut cukai (secara tidak sah).”
Riwayat Ibn Majah

Cinta kerana Allah mementingkan pelaksanaan tanggungjawab lebih daripada menuntut hak. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Kewajipan Muslim ke atas saudaranya yang Muslim enam perkara:

-Memberi salam ketika berjumpa
-Memenuhi jemputannya
-Memberi nasihat
-Memohon rahmat ketika dia bersin
-Menziarahinya ketika dia sakit
-Mengiringi jenazahnya apabila dia telah meninggal dunia.”
Riwayat Muslim

Cinta kerana Allah juga tidak mengharap balasan dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan duniawi. Yang diharapkan hanyalah ganjaran daripada Allah serta keredhaan-Nya. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (maksudnya):

“Orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku, untuk mereka singahsana daripada cahaya yang sangat indah. Mereka dicemburui oleh anbia’ dan syuhada.’”
Riwayat at-Tirmizi

Seandainya suami isteri dengan penuh sedar mencintai pasangannya kerana Allah dan menghayati segala tuntutannya, maka keindahan hidup ini bukan sahaja dapat dikecapi oleh mereka berdua, sebaliknya akan melimpah ruah ke dalam masyarakat, negara dan alam seluruhnya kerana rumahtangga adalah batu-bata yang membentuk masyarakat. Baik rumahtangga, sejahteralah masyarakat.
********************************************
Note: Saya mohon berbanyak kemaafan kepada ukhti Shila kerana tidak dapat memenuhi jemputan minum petang beliau petang tadi. Keadaan kesihatan diri amat tidak mengizinkan saya untuk hadirinya. Bagaimanapun, terima kasih atas jemputan. :)

Sunday, July 5, 2009

:: CUCUK ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini Along Uwais kena cucuk bagi umurnya yang sudah pun cecah setahun setengah. Ikutkan appointment datenya pada 26HB jun lepas, tapi disebabkan pada waktu itu, kami masih berada di Turkey, terpaksalah tundakan.. Kami tiba pula pada hari ahad pagi.. sedangkan untuk khidmat cucuk tu hanya ada pada hari ahad. Terpaksalah tundakan lagi. Kakaknya Hanin ketika itu sedang berada di klinik dan mungkin sudah dicucuk.. saya dapat message dari mamanya petang itu bagitahu yang Hanin dah kena cucuk, demam panas sikit dan tak boleh bergerak sangat. Katanya memang cucuk kali ini doktor kata agak kuat sikit penangannya!

Esoknya saya ziarah mereka (kebetulan mereka pun baru pulang dari mengerjakan Umrah). Saya tengok Hanin terketar-ketar nak jalan. Sian dia. Terus datang pada saya minta peluk. Mungkin nak ngadu yang dia tak sehat.. Lama juga tak jumpa anak susuan saya ni..Rindu sangat2.. masa Jaulah, hampir tiap hari saya cakap dengan Uwais, kakak Hanin buat apa tu ye..? :)

Ok, balik semula pada cucuk Uwais. Abinya seorang yang bawanya ke klinik sebab abi tak bagi saya ikut, katanya nanti jalan naik bukit, jauh lak tu. Minta saya tunggu rumah je. Saya baru sangat lagi dalam minggu mengandungkan anak kedua kami. Risau juga dia bila nampak saya buat keje banyak2.. huhu.

Sebelum pergi, saya berpesan ulang kali pada Along Uwais, "along jgn nangis tau!kena kuat!" Dia senyum saja.. Salam tangan saya dan cium..

Pulangnya, Uwais terus datang cari saya di dalam bilik. Mungkin nak ngadulah tu yg dia kena cucuk ;) memang pun.. Dia dengan senyum2 tunjuk jari telunjuknya yg dicucuk untuk diambil darah. Saya tengok direkodnya, berat badannya 9.8Kg (belum cecah 10kg pun) tapi alhamdulillah juga grafnya naik..yang penting dia sihat! Masa tu saya tengok dia ok lagi..boleh gerak, lari sana sini.. Selang beberapa jam lepas tu, dia dah mula panas2 badan, nak terbaring.. datang pada saya panggil umi..umi.. (lembut sungguh nadanya..)

Ok, along baringlah tidur dulu ye. Umi letakkan bantal atas kepala.. Saya tepuk2 sikit, terus tertidur. Letih nampaknya kesan dari cucukan tu. Lama juga dia tidur. Lepas bangun tu hingga sekarang dia terbaring lagi sambil tengok cartoon arab di TV. Salinkan nappy dia dan masukkan tahmil ikut punggungnya. Ubat panas badan. masa tu rasa betul panas badannya..Alhamdulillah Uwais ok lagi setakat ni..Boleh juga gelak2 saya main dengannya. Bila dia dah boring, panggil2 saya suh main dengan dia. lepas tu minta saya dukung dia.. Dah boring baringlah tu..

Uwais, anta bathol! hero! Doktor cakap padanya pagi tadi.. So, along kena kuat ok? sikit je.. kena tahan.. :) sehat cepat!!

Thursday, July 2, 2009

:: TURKEY TRIP 1 (ANTAKYA, KONYA, BURSA, KAYSERI) ::

Assalamu'alaikum wrt...

Alhamdulillah setelah berehat sekian lama (lama ke) saya mahu mulakan sedikit pengembaraan kami sekeluarga bersama sahabat2 dan adik2 Irbid ke bumi Turkey yang penuh dengan sejarahnya tersendiri, antara negara yang sangat menarik dan sungguh istimewa!

Dengan IzinNya kami sekeluarga dapat juga menyertai trip ini yang dikelolakan oleh pihak HZTours oleh kedua-dua pengarahnya Ust Hazimin dan Ust Zaid. Mereka jug turut membawa zaujah dan anak msing-masing. Perkenalan baru antara saya dan zaujah mereka. Memang bagus dan banyak manfaatnya kami rasai bila berjaulah bersama-sama di bawah satu trip sebegini.. Lebih terasa selamat dan peluang ke banyak tempat lebih luas.

Perjalanan kami selama 9 hari bermula 19HB Jun dan berakhir pada 28HB Jun 2009, menaiki bas Sahara yang dipandu oleh Abu Tameer. Tiba di Amman untuk mengambil kami dan seterusnya bergerak ke Irbid mengambil adik-adik (JUST dan YARMOUK) yang turut mengikuti trip ini.

Maka bermulalah jaulah kami menuju ke Turkey... Perhentian pertama kami adalah bumi syam, Syria. Kami berhenti makan malam di salah satu Restoran "mat'am wa mandi" di tengah bandar Dimasyq. Sajian 'Mandi' sememangnya best dan bertambah seronok kerana kami makan bersama-sama dalam satu dulang besar.. merapatkan ukhuwwah insyaAllah!


Malam itu kami hanya bermalam di Hotel 'Sahara' yang sentiasa bergerak menerjah malam yang sunyi.. Sehinggalah kami tiba di sempadan Syria-Turkey (Halab) berhenti untuk hal-hal immigration dan berhenti minum pagi di sempadan Turkey-Syria (HATAY).. Bersarapan Roti, Syurbah Best dan Cay@tea!

Selamat datang ke Turkey


sempat bergambar di galeri hatay Sofrasi


TURKEY
Di Turkey, kami sempat melawat 7 buah tempat iaitu: Antakya, Konya, Adana, Bursa, Istanbul, Kapadokya dan Kayseri. Tapi saya tak banyak ingat sangat nama-nama daerah yg kami singgah, maklum dengan kepenatan dan melayan kerenah anak, saya selalu ketinggalan utk beri perhatian pada penerangan pengelola..huhu.. terpaksalah saya skip tempat2 tersebut dan hanya masukkan beberapa tempat yang saya ingat..hihii.. insyaAllah boleh rujuk pada blog K.ina atau K.siti atau adik2 Irbid lain.. ;)


ANTAKYA


Masjid habibunnajar tertua

Di Antakya, destinasi pertama jelajah kami, adalah ziarah masjid Habibunnajar iaitu masjid tertua di sana. Di dalamnya terdapat beberapa maqam sahabat. (sungguh lupa siapa).


sempat berbual & bergambar dengan 2 org makcik di depan masjid ;)


KONYA
Konya adalah sebuah kota di pusat Anatolia di Turki yang memiliki nama yang dilindungi selama berabad-abad.

Yang paling penting dalam kunjungan ke tempat Konya adalah makam mevlana yg besar, yang berpuisi mystic cara sufism dan Pengasas kepada Whirling Darwis. Selain itu ada Karatay Medrese, yang merupakan sekolah teologi keramik yg telah dijadikan sebagai museum, Alaaddin Masjid Keykubat dari abad 12 dan Ince Minare (Thin Minaret) Masjid. Klik sini.

Di Konya, kami bermalam di Hotel Petek dan sebahagiannya menetap di Hotel Ulusan, hanya berdekatan hotel kami. Sebelum makan malam di Mevlevi Sofrasi, kami melawat Muzium Maulana (Mevlana) dan berpeluang menyaksikan Zikir sufi atau Zikir Mevlana di Mevlana Cultural Markeze (Muzium tu berada dalamnya). Kalau sebelum ini, kami hanya dapat lihat di kaca TV tapi kali ini kami dapat melihat secara live bagaimana zikir ini dimainkan bersama satu tarian unik saya kira.






Esoknya kami melawat pula di salah satu camii (masjid) iaitu Ince Minare (Thin Minaret) Masjid. (yeker namanya..?) dan Aladdin Park yang sangat cantik, penuh dengan bunga-bunga yang berbagai warna. Kami tak sempat ikut rombongan ke tempat lain, terpaksa berhenti di satu tempat duduk sebab masa tu Uwais sedang meragam (menangis mahu tidur). jadi saya dan abinya terpaksalah tidurkannya dulu. saya terpaksa menyusukannya dahulu. Alhamdulillah lepas agak lama juga, uwais dah reda. Sempat juga kami snap beberapa keping gambar di taman tersebut. Keadaan di situ panas terik, mungkin sebab tu Uwais pun tak selesa, tambah mengantuknya lagi.. huhu.. sabar je.. :)

salah satu bngunan tinggalan sejarah.. seakan UFO ;)

Aladdin Park


Pastu pergi ke Muzium yang dahulunya adalah sebuah madrasah.. Didalam tu terdapat beberapa peninggalan bahan-bahan sejarah lama seperti alat mengesan qiblat, ukiran-ukiran patung dan sebagainya.

hadapan muzium

Then melawat masjid Serafiddin yg berdekatan. Kami makan tengahari di restoran Lokanta Safi. Makan nasi Pilaf yang rasanya seakan nasi dagang bersama ulam-ulaman dan berbagai jenis lauk-pauk. erm, sungguh menyelerakan. Kalau nak tahu, di sini (turkey) nasinya hanyalah sepinggan kecil saja manakala lauk-pauk pula pelbagai. memang diet yg best lah! hihii..


Lepas makan, kami ke satu masjid. (Allah..lupa lg namanya..) Dalamnya ada muzium dan maqam-maqam.
di luar masjid tersebut..

Lepas Solat di salah satu masjid

BURSA

Di Bursa kami singgah di satu taman yg tersusun dihiasi pancutan air yg menarik. Sesuai dengan gelarannya Green Bursa, yang berasal dari Kebun dan Taman yang hijau. Bursa juga terkenal dengan pusat pembuatan sutera di mana di sini terdapat satu bazar sutera yg menjual khusus pelbagai jenis kain yg dibuat dari sutera. Di sini kami sempat beli satu bantal je buat anak teruna kami.hihii.. (sebab lupa bawa bantalnya dr Sweileh). Tak lupa di sini juga ada menjual rempah dan herba tradisional dan kami sempat beli 1 jenis teh herba asli sebagai kenangan.


Sebelum tu, kami ziarah Yesil Cami a.k.a Green Mosque (masjid hijau) yg terletak bersebelahan dengan bazar tersebut. Masjid ini diakatakan antara masjid yang tercantik dan indah dekorasi dan seni binanya. Memang cantik! terdapat beberapa ukiran lama dan ayat2 al-Qur'an yang indah diukir di sepanjang dinding masjid. Di tengah-tengahnya terdapat kolam kecil yg ditengahnya ada pancutan air. Memang ada sedikit kelainan saya bandingkan dengan masjid2 yg kami singgah sepanjang trip ini.

dalam masjid hijau

ukiran di salah satu pintu masuk masjid

Sebelum singgah di sini, kami sepatutnya menaiki cable car di Uludag tapi disebabkan cable car sedang di dalam pembaik pulihan, jadi ianya ditutup buat sementara waktu. Kalau naik cable car ni memang kita akan nampaklah kota Bursa keseluruhannya dari atas. pasti menarik! tapi tiada rezki kami waktu itu.. :) all about Bursa, klik sini..


KAYSERI

Kayseri adalah daerah asal kelahiran Presiden Turkey sekarang iaitu Abdullah Gul. Kami just ambil gambar je sekitar taman di situ.. saya dah rasa penat masa tu nk jalan jauh lagi. ;) boleh klik sini all about Kayseri..




Ok, Istanbul dan Cappadocia, To Be Continue... terasa pening-pening dah... huhu

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”