Thursday, August 13, 2009

:: UWAIS BACA KITAB ::

Alhamdulillah.. syukur padaMu ya Rabb atas kurniaan cahaya hati ini.. Hati ibu dan ayah mana tak gembira dan seronok bila lihat anak sendiri mula tunjukkan perkembangan yang amat positif! (kami percaya ramai lagi anak-anak di luar sana yg seusianya telah menunjukkan perkembangan positif ini malah mungkin lebih baik dari uwais.. :) )


video ngaji uwais.. cuba sebut beberapa perkataan yang dapat ditangkapnya..

Uwais Amzar yang kini menjangkau usia ke 1 tahun 8 bulan, sudah menunjukkan minatnya terhadap buku dan amat positif bila dia sangat rajin mengikut apa yg kami baca. Terutama bila kami mengaji al-qur'an. MasyaAllah.. moga-moga perkembangan positifnya ini berkekalan hingga akhirnya. Dan sebagai ummi dan abinya, kami sentiasa pohonkan petunjuk dan hidayahNya dalam hatinya ke arah jalan yg diredhaiNya dan kepada kami jua dalam terus mendidik dan membimbingnya hingga akhir usia kami. Kerana dengan Al-Qur'an dan as-Sunnah itulah penawar segalanya dalam kehidupan, insyaAllah..

Entry ini sekadar sebagai satu motivasi untuk dirinya di suatu hari nanti.. tanda kenangan dan peringatan buat dirinya nanti agar dia tahu inilah harapan ummi dan abinya.. Ya Allah, kami pohon selalu rahmat dan redhaMu.. amiin.

sedang ikut abinya mengaji (dlm lenggok bahasanyalah.. )

Nampaknya abinya kena belikan kitab Qiraati buatnya.. Thanks K.Pah sefamily, sebab sejak balik dari rumah K.Pah tempoh hari Ayu tengok dia rupanya sudah boleh ikut baca qiraati.. dh boleh sebut Aa, Ba, Ta.. etc :) Allah jua yg beri petunjuk..

4 comments:

Ilyana Ar Razi said...

salam ayu,

teruskan didik uwais mencintai ilmu. itu sahajala harta yang bermanfaat dan mampu setiap ibu bapa tinggalkan untuk anak2nya kelak.

Unknown said...

wslm kakakku..

insyaAllah kak.. memang itu cita-citanya.. nak contohi akk juga didik anak2.. :) moga Allah permudahkan jalan bg kami semua.. amiin.

jazakillah khairan kathira..

ummuabdullahsyaakir said...

Subhanallah sejuk rsa bila ank2 ingn belajr ilmu lagi2 mmbaca Quran

Teruskn ummi..moga Allah mjadikn Uwais pnyejuk mata n penawar hati kalian^_^

Unknown said...

ummuabdullah..

insyaAllah sama2lah kita semua didik mereka ke arah jalan yg diredhaiNYA..

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”